Usah Terpengaruh Pil Ajaib Tambah Saiz

 

Soalan 
Assalamualaikum doktor, saya berusia 30 tahun, tinggi 180 cm dengan berat 85kg. Saya mempunyai masalah zakar kecil berbanding lelaki seusia. Waktu mengendur zakar akan tenggelam dan ketika tegang cuma berukuran 6 cm.

Saya mohon nasihat doktor cara sihat dan amalan bagaimana perlu dilakukan untuk mendapatkan saiz zakar lebih panjang dan mempunyai ukur lilit yang boelh dibanggakan. Saya ada terbaca dalam laman sosial mengenai pil dan amalan mengurut menggunakan minyak lintah tetapi sejauh manakah keberkesanan menggunakan pil ini dan urutan pada zakar lelaki.

Jejaka seram | Parit Buntar


Jawapan Dr Tambi

Semua lelaki beranggapan saiz dan ukuran anggota kelamin mereka diukur mengikut ketinggian  dan berta badan. Jadi untuk lelaki yang sebesar anda sudah tentu saiz anggota kelamin  ketika ereksi besar daripada biasa. Jika purata saiz dan ukuran zakar lelaki 13cm, pasti ia lebih untuk lelaki sebesar anda. Malangnya tanggapan ini tidak tepat.

Mungkin ada kaitan dengan baka dan anggota kelamin anda tidak sensitif kepada hormon testosteron, maka tiada tindak balas dan tiada tumbesaran yang berlaku. Anda usah mudah terpengaruh kepada pil ajaib atau krim ajaib atau produk yang konon dapat membantu menambah saiz zakar.

Saya pernah mengendalikan sebilangan lelaki seperti anda yang mempunyai anggota kelamin yang berukuran kurang menyenangkan. Jika lelaki gemuk serta mempunyai banyak lemak di paras tundun, maka saya akan syorkan lelaki itu menguruskan badan terlebih dulu.

Saya pasti anda bercita-cita menambah saiz anggota kelamin. Tapi anda perlu dapat bimbingan dan bantuan yang tepat.

Berwaspada dan dapatkan bantuan doktor. Hubungi doktor Tambi di dr_tambi@yahoo.com.


Sumber : Harian Metro Ahad | 16/03/14
Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Ilmu Batin Hebat - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger