Manfaat Seks Pada Kesihatan

 

Seks adalah sesuatu yang menyeronokkan jika dilakukan mengikut kaedah dan teknik yang betul. Ia juga memainkan peranan yang penting dalam kehidupan fizikal, emosi dan kehidupan seseorang.

Menurut laporan pengkaji, seks boleh menambahkan imunisasi pada badan, melegakan pening dan kesihatan serta membantu mengawal hormon, wanita yang kerap melakukan hubungan seks dengan suami akan melambatkan proses menopuos. Antara manfaat seksual suami isteri :

1- Menambah Kesihatan dan Keceriaan
Mereka yangkerap melakukan hubungan seks akan lebih bertenaga dan sentiasa melakukan sesuatu yang menyeronokkan dalam kehidupan. (menurut kajian Dr. Ted Mellevenna dari Instititud for Advanced Study of Human Sexsuality San Francisco)

2- Mengawal Hormon
Wanita yang melakukan hubungan seksual sekali dalam seminggu mempunyai mempunyai kitaran haid yang normal dan melewatkan proses menopous (awet muda). Meningkat tahap ekstrogen yang tinggi dalam darah yang bertindak menambah baik sistem kardiovaskular, mengawal kadar kolestrol, membina tulang dan mengawal kulit.

3- Membakar Kalori
Lebih kurang 4.2 kalori dalam seminit dibakar ketika anda dan pasangan melakukan hubungan seksual berbanding 4 kalori seminit untuk permainan tenis.

4- Menguatkan Otot Pelvik (Faraj)
Kemutan yang berlaku oleh faraj terhadap zakar yang keluar masuk akan mengawal otot di pintu pelvik (faraj) dengan aktiviti akan memberikan bentuk badan yang menarik, menegapkan tulang belakang dan mengempiskan perut.

5- Melegakan Senggugut
Kadar klimak seorang wanita mampu melegakan senggugut yang sering menyerang wanita ketika datang haid.

6- Meningkatkan Sistem Imunisasi
Ketika mengadakan hubungan seks, sejenis hormon akan dirembeskan keluar, hormon ini akan menjadi imunisasi dalam badan yang mampu mencegah penyakit ringan seperti batuk dan selsema.


7- Mengurangkan Stres dan Lena Tidur
Sewaktu terangsang otot anda menegang manakala sewaktu orgasme, ia menyentak dan kemudian ia berbalik ke posisi asal iaitu rehat. Mereka yang mencapai kepuasan dalam hubungan seksual akan hidup lebih tenteram, kurang risau malah boleh tidur dengan lebih lena dalam suasana yang lenbih tenang.

8- Mengurangkan Kesakitan Ketika Bersalin
Melakukan hubungan seks ketika sarat mengandung akan mengurangkan kesakitan ketika bersalin..

9- Melegakan Sakit Kepala
Hormon Oxytocin yang dirembeskan ketika klimaks mampu melegakan mereka yang sering sakit kepala.

10- Awet Muda
Dengan melakukan hubungan seks yang kerap anda akan kelihatan lebih muda dari usia anda yang sebenar, kerana setiap kali anda mengalami orgasme sewaktu melakukan hubungan seksual, horman DHEA akan bertambah. Hormon ini akan meningkatkan lagi sistem imunisasi dalam badan, membaiki tisu dan memelihara kulit agar sentiasa kulit.

11- Mencegah Sakit Jantung
Bagi wanita mempunyai hormon ekstrogen dalam darah yang meningkat ketika melakukan hubungan seksual mampu mencegah dari risiko sakit jantung.

12- Melancarkan Perjalanan Darah
Aktiviti seksual suami isteri akan melancarkan lagi peredaran darah dengan mengantikan darah yang lama dalam badan. Ia berlaku ketika darah dipam keseluruh badan dan ia akan membuang sisa-sisa toksid lama di dalam badan.

Sumber : Buku
Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Ilmu Batin Hebat - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger