Tip Persediaan Menghadapi Malam Pertama

Malam pertama adalah malam yang amat menegangkan bagi pasangan pengantin. Bagi wanita ketegangan itu kadangkala berlipat kali ganda. Disini ada beberapa tips yang boleh dikongsi bersama : -

1- Bau badan - Ingat, sebelum memasuki malam pertama, anda dan suami seharian bergerak, melayan tetamu serta sanak saudara yang hadir, berulangkali menukar pakaian berpeluh dan penat. Untuk itu sebelum tidur, cubalah mandi terlebih dahulu. Pakailah wangi-wangian yang lembut supaya rasa ghairah tidak padam apabila mencium bau badan anda.

2- Bau mulut - cuba anda bayangkan, apa yang akan anda lakukan ketika ingin bercium bibir pasangan anda, anda dapati udara yang anda sedut berbau petai. Tentu ghairah anda akan hilang kan. Kerana itu hindarilah kemungkinan ini dengan mempersiapkan diri. Penyelesaiannya pastikan anda memberus gigi sebelum masuk bilik tidur dan kalau boleh selalu menyediakan pepermint ditempat tidur anda.

3- Tergesa-gesa- sifat tergesa-gesa ini merupakan penyakit paling umum.Ingin cepat mencapai tahap kemuncak. Maklumalah baru bertemu, siap Halal lagi. Ingat!!! Sabar itu penting. Sebaik-baiknya kedua-dua pasangan bertenang kerana seks dengan tenang itu lebih nikmat. Tergesa-gesa kadang kala boleh mendatangkan mudarat, rasa nikmat "kerjasama" mungkin payah untuk dicapai dan juga ia mungkin boleh menyakitkan. Contohnya anda belum begitu terangsang dan suami ingin terus menembak, hasilnya pasti boleh mengecewakan.

http://mrzero.ashadee.com/go/matpdh/

Setelah tiga tips kecil menghadapi saat pemanasan malam pertama, berikut adalah tips saat"bertempur". Bacalah dengan teliti agar malam pertama anda menjadi kenangan indah yang tak dapat dilupakan.

1- Padamkan kekasaran - Jangan hanya berserah.
Sekiranya anda rasa disakiti berterus teranglah dengan suami tetapi gunakanlah nada yang lembut supaya dia tidak tersinggung. Sekiranya ingin sama-sama menikmati keseronokan, bimbinglah suami anda ke bahagian-bahagian yang boleh menambah keghairahan anda. Anda juga boleh memainkan peranan dengan lebih aktif, dengan cara menutum tangannya mengarahkan kebahagian yang anda sukai,.

2- Buang rasa sakit.
Kebanyakan wanita sering merasa sakit pada organ seksnya letika berhubungan intim buat pertama kalinya. Hilangkan perasaan takut sebaliknya fikirkan perkara yang indah-indah ketika bersama suami. Perlu juga diketahui bahawa penyebab kurangnya cairan lubrikasi ialah stress, pengambilan ubat-ubatan dan penggunaan alat kontraseptif. Bila hal ini terjadi, minta suami supaya memanjangkan pemanasan sambil melihat apakah anda sudah bersedia untuk memulainya sekali kembali. Cara lain ialah dengan menggunakan cairan lubrikasi.

3- Beri dorongan dan sokongan kepada suami.
Bukan semua suami berjaya melalui malam pertama mereka dengan berjayanya. Sesetengah daripada mereka akan tewas sebelum waktunya. Tapi jangan bimbang, ia mungkin kerana stress dan kurangnya pengalaman. Selain kurangnya pengalaman dan stress, minuman beralkohol serta ubat-ubatan juga boleh menjadikan lelaki kurang perkasa. Maka pujuklah suami agar dia hilang rasa kecewanya sambil mengelus tubuhnya terutamanya daerah sensitif untuk menunjukkan rasa sayang dan keinginan anda terhadapnya. Katakan padanya kita boleh cuba lagi malam berikutnya.

4- Jangan pura-pura klimaks.
Ramai wanita yang tidak ingin mengecewakan suaminya sering berpura-pura orgasme. Jangan lakukan hal itu kerana ia boleh membahayakan perhubungan anda. Memang ramai wanita yang sukar mencapai klimaks walaupun pasangannya sudah melakukan stimulasi sebaik mungkin pada daerah sensitifnya. anda tak perlu malu untuk mengatakan padanya. Munkin anda boleh memberi cadangan mengenai cara yang anda sukai dan memainkan peranan yang aktif juga. Jadikan aktiviti seks ini sebagai sesuatu yang menyenangkan bukan membebankan anda.

Selamat mencuba!!!
Share this article :

+ ulasan + 1 ulasan

15 Disember 2016 pada 8:00 PG

tips yg ok gan

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Ilmu Batin Hebat - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger