1- Jangan
terburu-buru. Ambil masa yang secukup-cukupnya untuk berehat. Memulakan aktiviti seks sebelum anda bersedia (fikiran dan badan anda) adalah merbahaya untuk hubungan suami-isteri.
2. Mandi bersama! Bukan sahaja ia menjimatkan masa dan bil air, ia juga amat menyeronokkan. 3. Lakukan perancangan keluarga. Anda tidak mahu mengandung dua bulan selepas kelahiran bayi anda!
4. Luangkan masa
bersama suami, walaupun jika hanya untuk berpelukan. Mempunyai seorang bayi boleh membuat anda rasa kurang rapat dengan suami anda. Berpelukan dengan suami anda boleh membantu menghidupkan semula suasana intim, ia tidak semestinya berakhir dengan seks. Menonton cerita romantik juga boleh.
5. Berkenalan
dengan suami anda. Ingat anda berdua harus ubah kehidupan anda dengan kehadiran anggota keluarga baru. Berbincang apa keinginan dan harapan masing-masing. Sepucuk surat cinta kepada suami anda pasti membuat dia tersenyum lebar!
6. Jadi spontan! Waktu tidur mungkin tak selalu menjadi masa yang sesuai. Bilik tidur pula bukan sentiasa menjadi tempat yang baik. Hangatkan kehidupan seks anda, lakukan seperti anda muda-muda dahulu (seks kilat di pejabat, dalam kereta, dan sebagainya).
7. Pelincir! Pastikan anda berdua meluangkan
masa untuk menghidupkan mood seks dan anda sudah cukup basah untuk menerima zakar suami anda. Jika anda perlukan bantuan, gunakan krim pelincir yang boleh didapati dengan mudah dari farmasi dan pasar raya.
8. Biar berkualiti
dan bukan berkuantiti. Anda tidak perlu mengadakan hubungan seks setiap malam ataupun setiap minggu. Anda harus berbincang dengan suami anda.
9. Beritahu suami
tentang kebimbangan anda mengenai persetubuhan. Mungkin anda risau tentang jahitan yang belum sembuh sepenuhnya. Atau mungkin anda bimbang tentang bagaimana suami anda rasa setelah melihat anda bersalin.
10. Jangan takut
untuk mengatakan tidak. Mungkin anda memerlukan kebebasan untuk mengatakan tidak sekali-sekala. Mungkin persetubuhan tidak boleh, mungkin seks oral dan lain boleh. Bawa berbincang.
Catat Ulasan