skip to main |
skip to sidebar
Hendak
jadi pasangan romantik sebenarnya tidaklah sesukar mana pun. Tapi, semua
itu perlukan kesungguhan. Amalkanlah 13 cara ini jika ingin hidup
bahagia.
1. Ucapkan “I Love U”, sekurang-kurangnya sekali sehari. Ketahuilah bahawa pasangan anda memang perlu mendengarnya selalu.
2. Ciuman dan pelukan setiap kali ingin berpisah dan bertemu kembali.
Hadiahkanlah si dia pelukan dan ciuman buat si dia ketika mahu ke tempat
kerja dan setelah pulang ke rumah.
3. Layanilah pasangan anda
seperti anda melayannya ketika sedang asyik bercinta dahulu. Perbetulkan
kedudukan tali lehernya sebelum dia ke pejabat dan berpegangan tangan
sentiasa walau ke mana pun anda berdua pergi.
4. Janganlah
terlalu cerewet. Biarkan sahaja tabiat buruknya selagi tabiat tersebut
tidak mengganggu hubungan anda berdua. Dari semasa ke semasa berusahalah
untuk menghilangkan tabiat yang tidak anda gemari itu. Cubalah sedikit
demi sedikit agar si dia tidak terasa. Berkat kesungguhan, kejayaan
pasti menjadi milik anda.
5. Sentiasa berfikiran positif.
Daripada terlalu memikirkan perkara-perkara remeh tentang si dia yang
kurang anda gemari lebih baik anda tumpukan kepada kelebihan serta
kebaikan si dia. Dengan cara ini, anda akan lebih menyayanginya adan
begitu juga sebaliknya.
6. Jika sedang marah, jangan sesekali
cuba bercakap dengannya. Tinggalkan sebentar si dia sambil anda
tenangkan fikiran. Berbincang ketika marah hanya akan memburukkan lagi
keadaan. Oleh yang demikian, setiap kali anda rasa marah dengannya,
ambil masa beberapa minit untuk keluar daripada perbincangan tersebut
dan kembali setelah perasaan anda kembali tenang.
7. Jangan
sesekali menggunakan kelemahannya sebagai senjata untuk menentang
mereka. Hal ini akan membuatkan si dia tambah benci pada anda dan secara
automatik kasih sayang antara anda berdua akan berkurangan dan
lama-kelamaan akan hilang tanpa anda sedari.
8. Utamakan yang
tersayang dalam apa-apa hal sekalipun. Misalnya jika anda perlukan teman
untuk ke satu-satu tempat, ajaklah si dia dahulu sebelum anda mengajak
rakan sepejabat.
9. Hormatilah pasangan anda. Jangan sesekali
bongkar kelemahan si dia kepada rakan-rakan walau pun kepada rakan karib
anda. Setiap kali berbual-bual dengan rakan-rakan tentang pasangan,
sentiasalah katakan si dia adalah pilihan terbaik anda dan anda berdua
saling sayang-menyayangi.
10. Sentiasa cari masa untuk bersama.
Pastikan anda ada masa untuk bersamanya setiap hari. Lebih banyak masa
dapat anda luangkan bersamanya, lebih erat hubungan anda berdua.
11. “Maafkan saya.” Jika bersalah, janganlah teragak-agak untuk meminta
maaf. Namun, setiap kali anda meminta maaf setelah melakukan kesilapan,
sematkan dalam diri itulah kali terakhir anda melakukannya. Mintalah
maaf dengan bersungguh-sungguh dan berjanjilah pada si dia yang anda
tidak akan mengulangi kesilapan lalu. Ketika meminta maaf jangan
sesekali gunakan perkataan ‘tapi’ misalnya, “Saya minta maaf tapi ...”
Hal ini kerana perkataan ‘tapi’ hanya akan membuat si dia berfikir dua
kali untuk memaafkan anda.
12. Pujilah si dia selalu. Manusia
tidak kira tua ataupun muda memang suka dipuji. Kata-kata pujian pada
pasangan akan membakar semangatnya untuk sentiasa bersama anda.
13. Jika anda sering mengucapkan terima kasih pada juruwang, pemandu
teksi, pelayan restoran apa kata kalau anda teruskan amalan berterima
kasih ini pada pasangan. Tentu si dia akan rasa anda lebih
menghormatinya.
Catat Ulasan