Featured Post Today
print this page
Latest Post

5 Perkara Romantis Usai Seks

 

Seks atau hubungan intim antara suami isteri merupakan lambang kasiih sayang. Ia juga menjadi keperluan asas yang harus dipenuhi bagi pasangan suami isteri. Tapi dalam hal ini ada sebahagiannya lebih mementingkan aktiviti seks, namun ada juga yang lebih tertarik pada perlakuan pasangan setelah seks itu selesai.

Menyentuh tentang perlakuan selepas seks sebenarnya ramai wanita merasa kecewa dengan sikap suami. Usai seks sering kali suami meninggalkan isteri tanpa ada tindakan romantis selanjutnya. Akibatnya ada isteri erasa sikap suami seperti perumpaan habis madu sepah dibuang. Lalu apa yang sebaiknya dilakukan setelah melakukan hubungan seksual? Berikut adalah beberapa tindakan yang dikategorikan romantis selepas seks.

Ungkapan Cinta
Berkomunikasi setelah melakukan hubungan intim kadang kala dilupakan oleh kebanyakan pasangan. Berdasarkan kajian yang dilakukan, wanita mendamakan ungkapan cinta dan rasa sayang daripada suami setelah melakukan hubungan seks. Menurut mereka, itulah tanda cinta yang sebenarnya, bukan hubungan intimnya. Namun kenyataannya kebanyakan lelaki tdak melakukannya. 

Pujian
Memberi pujiian setelah melakukan hubungan seks sangat besar pengaruhnya terhadap mental. Ia banyak berkait dengan kepercayaan diri baik daripada suami atau isteri apatah lagi jika pasangan sudah lama berkahwin. Kadang kala kedua-duanya merasa bosan dan menganggap pasangan tidak lagi menarik. Kepekaan suami mahupun isteri sangat diperlukan. Anda sebagai isteri boleh mengungkapkan bahawa anda akan tetap menikmati hubungan intim bersamanya dan akan terus mencintai suami seadanya.

Sentuhan atau Belaian
Sebagai wanita pastinya akan merasa bahagia bila suami membela rambut, memegang tangan sambil mengungkapkan rasa cinta terhadap diri anda. Sebagai isteri juga anda wajib melakukan  perkara yang sama. Pegang tangan suami dan belai waahnya. Ada masanya lelaki memerlukan perkara ini untuk meyakinkan mereka bahawa dirinyai disayangi.

Kucupan
Kecupan setelah melakukan hubungan intim akan membesarkan rasa cinta terhadap pasangan. Selain, mencium bibirnya, anda juga boleh mengucup tangannya, pipi mahupun dahinya.



Pelukan Hangat
Akhirnya dengan pelukan yang hangat. Pelukan atau dakapan merupakan salah satu bentuk ikatan antara pasangan. Ia perlu untuk meningkatkan  cinta dan mengeratkan hubungan suami dan isteri. Tidur dengan berpelukan  adalah perkara romantis yang harus dilakukan. Isteri pasti selesa tidur dalam dakapan suami, ia akan membuat dirinya rasa selamat, dilindungi dan disayangi.

Sumber
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Ilmu Batin Hebat - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger