Bagi suami yang mempunyai isteri lebih dari satu maka berkewajipan
menggilir isterinya itu menurut kesepakatan mereka bersama. Dan kesempatan itu
tidak boleh diingkari. Dengan ketentuan seperti itu menunjukkan bahawa suami
mempunyai kewajipan memenuhi hajat seksual isterinya.
Begitu juga sebaliknya, seorang isteri pun mempunyai kewajipan melayani
hajat seksual suaminya. Isteri tidak boleh menolak bila pada suatu saat ia
diperlukan suaminya untuk berhubungan kelamin. Dan ini memang tugas bagi setiap
isteri, sebagai imbalan jerih payah suami yang telah dengan sukarelanya
memenuhi kewajipan yang dibebankan kepadanya dalam perkahwinan.
Dengan adanya kewajipan yang timbal balik antara suami isteri maka
dapatlah di penuhi kewajipan seksual masig-masing dengan bersetubuh. Dengan
demikian tidak akan terjadi kesimpang siuran di dalam memenuhi hajat mereka
berdua. Seperti halnya pada suatu waktu suami mengajak isterinya bersetubuh.
Akan tetapi ajakannya itu ternyata ditolak.
Demikian pula ada kalanya seorang isteri mengajak suaminya berhubungan
kelamin, tetapi ajakan itu ditolaknya. Kalau hal ini berterusan, pasti terjadi
kekecewaan dari pihak isteri.
Mengapa sampai terjadi hal seperti itu? Ada dua penyebabnya yang tidak
difahami oleh suami isteri iaitu:
a) Kerana suami
atau isteri tidak mengetahui tanda-tanda bila biasanya masa berahi keduanya datang. Suami tidak mengetahui tanda dan masa berahi isterinya. Demikian pula isteri tidak mengetahui tanda dan masa berahi suaminya.
b) Suami atau
isteri tidak mengetahui kemampuan bersetubuh dari partnernya masing-masing.
Suami tidak mengetahui kemampuan bersetubuh isterinya. Begitu juga isteri tidak
mengetahui kemampuan bersetubuh suaminya.
Apabila kedua
penyebab itu dapat diketahui oleh kedua belah pihak, maka tidak akan terjadi
kesalahfahaman antara keduanya; kerana tidak ada unsur paksaan atau perasaan
terpaksa di dalam setiap hubungan seks. Kedua unsur itu dapat menjadi hambatan
dalam mencapai keharmonian dalam rumah tangga.
Berapa kalikah suami mampu mengadakan hubungan seks dalam seminggu atau
sebulan? Tidak ada jawapan yang tepat mengenai soal ini. Semua orang yang
tergolong ahli dalam bidang seksual tidak ada yang menyimpulkan secara tepat.
Sesungguhnya bilangan yang normal tidak ada, semuanya berbeza-beza antara satu
dengan yang lain. Ada orang yang melakukan hubungan seks sekali pada setiap
malam. Ada yang melakukannya dua hari sekali, ada yang setiap tiga hari sekali,
ada yang melakukannya sekali dalam seminggu, bahkan ada yang melakukannya 3-4
kali dalam sebulan.
Tegasnya tidak ada bilangan yang tetap dalam hal ini kerana kemampuan
seksual tidak boleh diukur dari wujud fizik, umpamanya ukuran zakar. Akan
tetapi bergantung dari kemampuannya memprodusi air mani, kesihatan badan,
makanan yang cukup vitamin, cukup istirehat, perasaan selalu gembira, pengaruh
ransgsanga-rangsangan yang erotis dan sebagainya. Kesemua
itu dapat mempengaruhi kemampuan bersetubuh seseorang.
Begitu juga kemampuan seksual menjadi menurun bila terjadi gangguan
penyakit, dalam keadaan lapar, bekerja berat, dalam penderitaan,
ketegangan-ketegangan perasaan dan lain sebagainya. Oleh sebab itu tidak ada
ketentuan waktu yang boleh digunakan sebagai jadual bersetubuh.
Agama Islam membenarkan kahwin dengan empat orang wanita. Ketentuan itu
tentu erat sekali hubungannya dengan kemampuan seksual seseorang. Kerana empat
orang wanita yang dikahwininya itu tentu menuntut nafkah batin kepada suaminya.
Dengan demikian, ia wajib menggilir isterinya itu selama empat hari dalam
seminggu. Jadi melihat peraturan Islam yang demikian, kemungkinan besar secara
alamiah rata-rata manusia itu mempunyai kekuatan atau kemampuan senggama empat
kali dalam seminggu.
Mengenai bila datangnya masa berahi wanita,
pengetahuan ini memang perlu diketahui oleh setiap wanita sebab mengajak
isterinya bersetubuh di saat-saat ia tidak ada ghairah seksual, hasilnya tentu
tidak memuaskan kerana hubungan seks yang dilakukan keduanya atas dasar suka
sama suka dan saling hajat-menghajatkan. Ertinya di dalam batin isterinya tidak
ada kehendak untuk menolak. Di sinilah perlunya seorang suami yang dapat
mengetahui masa berahi isterinya.
Menurut Marshall dalam Physiology of Reproduction, dia menulis Masa bangkitnya nafsu
berahi wanita pada umumnya sehabis menstruasi (haid). Sedang menurut Ellis
adalah kebalikannya iaitu sebelum datangnya masa haid, hanya kadang-kadang saja
nafsunya memuncak sehabis haid.
Pada tahun 1918 Marie Stopes dalam bukunya
yang popular Married Love mengatakan bahawa rata-rata nafsu seks wanita menjadi
naik dan mencapai puncaknya dua kali dalam sebulan. Iaitu satu kali dalam dua
minggu, sedang pada waktu haid nafsu itu turun serendah-rendahnya. Dari
ketentuan-ketentuan yang diberikan oleh Marie Stopes itu, maka pada tahun 1919 Dr Havelok Ellis membuat
kesimpulan sebagai berikut:
i.Pada wanita memang ada gelombang syahwat yang teratur, yang sejalan
dengan gelombang haid.
ii.Ada dua puncaknya yang tertinggi pada gelombang itu.
Dari berbagai pendapat di atas itu, kiranya ada satu pendapat yang
agaknya bersesuaian dengan firmah Allah di dalam Al-Quran yang
bermaksud:
Maka
apabila mereka telah suci (dari haid) maka datangilah mereka dengan cara yang
diperintahkan Allah kepada kalian.
(Al-Quran, Surah Al Baqarah Ayat 222)
Perintah mendatangi isteri sehabis masa haid di dalam ayat itu, dapat diambil suatu kefahaman bahawa pada saat-saat habis haid itulah nafsu seks wanita naik memuncak. Sehingga perlulah Allah memberi peringatan kepada para suami dengan bahasa yang halus untuk menggauli isterinya.
Dan dari kefahaman itu dapat pula ditarik suatu kesimpulan bahawa puncak
kepuasan dalam bersetubuh dapat dicapai berkat adanya keserasian kehendak dan
bererti pula persetubuhan itu didasari oleh perasaan suka sama suka.
Kebolehan suami dalam menentukan masa berahi isterinya dan kesedaran
dalam mengukur kemampuan suaminya merupakan kunci kejayaan bersama dalam
mencapai kepuasan seksual. Sehubungan dengan itu selain pengetahuan yang telah
diterangkan mengenai masa datangnya berahi wanita yang kebanyakannya jatuh pada
hari-hari menjelang dan sesudah haid, ada kalanya seorang isteri mempunyai
tabiat yang berbeza.
Suami yang bijak hendaklah, memperhatikan tanda-tanda dari kelakuan
isterinya yang dapat diertikan sebagai ajakan untuk bermain seks sebab mengajak
secara terus terang untuk bermain seks bagi seorang wanita bertentangan dengan
sifat wanita kerana jiwanya yang banyak diliputi oleh rasa malu.
Begitu pula kesedaran seorang isteri dalam mengukur kemampuan seks
suaminya agak penting juga. Isteri hendaklah memperhatikan tabiat suaminya di
dalam setiap hubungan seks. Umpamanya beberapa kali kekuatannya di dalam setiap
persetubuhan, atau beberapa kali keinginan seksual dalam seminggu dan lain
sebagainya yang patutnya dijadikan catitan.
Di samping itu seorang isteri patut mengetahui pekerjaan suami pada hari
itu kiranya mempunyai pekerjaan berat, tentu pada malam harinya tidak dapat
mengajak berhubungan kelamin dengannya. Kerana pekerjaan berat mempengaruhi
pula daya kemampuan seks seseorang. Jadi seorang isteri dapat menunda
persetubuhan pada hari lain.
Membina
kehidupan seksual yang sihat antara suami isteri, maka dikehendaki sikap
toleransi dan saling memberi kebahagiaan merupakan kunci bagi bahagianya
perkahwinan. Biasanya usaha menuju ke arah itu tidak mendapat kesulitan apabila
suami isteri itu pandai menyesuaikan dan mengatur frekuensi hubungan seks
antara mereka berdua secara teratur.