Kekurangan Ilmu Punca Gagal Malam Pertama



Saya mendirikan rumah tangga tujuh bulan lalu. Saya berusia 29 tahun dan suami 32 tahun. Sehingga kini kami tidak pernah melakukan hubungan kelamin.

Pernah beberapa kali kami cuba tetapi alat sulit suami tidak menegang ketika hendak memasuki faraj. Saya pelik kerana dalam keadaan biasa alat sulit suami mampu menegang walaupun tidak tahan lama, tetapi apabila hendak memasukkan ke dalam faraj ia terus kendur. Saya risau suami mengalami masalah mati pucuk.

Laila | Shah Alam.

Jawapan

Istilah mati pucuk malam pertama digunakan apabila lelaki tidak dapat mencapai ereksi atau mengekalkannya dalam keadaan padat untuk melakukan seks penetratif.

Istilah mati pucuk malam pertama menggambarkan kegagalan isteri membuka jalan atau melegakan pembukaan faraj atau bekerjasama dengan suami menghalakan ereksi padat ke dalam faraj dan melegakan ruangan itu supaya suami dapat membuat penusukan.

Saya membicarakan perkara itu dalam buku kecil bertajuk Adam Malam Pengantin keluaran Telaga Biru. Pada pendapat saya, pasangan mempelai yang mahu mendirikan rumahtangga wajib terdedah kepada aspek fizikal hubungan intim suami isteri, cara serta gaya menjayakan seks penetratif.

Jika tiada pendedahan mengenai aspekm ini suami isteri akan kurang yakin untuk melakukannya dan tidak dapat memberi kerjasama untuk menjayakannya.

Mungkin dalam tidak sedar, anda tidak memberi kerjasama kepada suami seperti menghalakan ereksi ke  pembukaan faraj, menolak hujung zakar ke dalam faraj sambil melegakan pembukaan dan mengembangkan ruangnya. Suami pula menolakkan ereksinya ke dalam faraj dengan mengemut sambil menolak masuk.

Semua aktivit ini boleh dilakukan serentak dan capat. Bagi lelaki, jika gagal melakukan tusukan kali pertama, mereka rasa kurang yakin untuk mengulangi lagi kerana takut gagal.


 
Bagaimanapun mereka boleh mencapai ereksi pagi dan mudah teruja seksual ketika berfantasi seksual atau terdedah dengan bahan erotik.

Saya cadangkan anda dan pasangan berjumpa doktor untuk mendapat bimbingan mengenai hubungan seksual. Ada kala suami memerlukan rawatan dengan ubat pelancar darah untuk melancarkan darah dalam otot zakar supaya dapat mencapai ereksi lebih mantap dan kekal ketika teruja seksual bersama anda. (dr.tambi@yahoo.com)

Artikel ini dipetik dari Harian Metro bertarikh 2 Mac 2014.
Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Ilmu Batin Hebat - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger