Bolehkah Menjilat Kemaluan Pasangan?

Apakah hukum menjilat kemaluan pasangan ketika berjimak (bersetubuh)?

Jika ada pada kemaluan isteri itu najis maka hukumnya adalah haram. Perbuatan sengaja mengenakan mulut kepada suatu yang najis adalah haram.

Jika bersih kemaluan tersebut, maka ada dua pendapat yang terkenal.

Pendapat pertama mengatakan harus kerana berdalil dengan Al-Quran yang hanya mengatakan haram dubur isteri bagi suami maka semua anggota lain boleh diambil kesedapan daripadanya.

Pendapat kedua mengharamkannya kerana mulut adalah anggota yang mulia yang wajib dipelihara dari suatu yang tidak layak baginya kerana berdalil dengan hadis Nabi yang bermaksud :

"Sucikan mulut-mulut kamu kerana mulut itu adalah laluan bagi Al-Quran".
Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Ilmu Batin Hebat - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger