Adab-adab Berjimak

Berjimak suami isteri bukanlah satu aktiviti memenuhi keperluan seks semata-mata, tapi ianya boleh menjadi ibadah jika dilakukan dengan betul.

Bagi memperoleh pahala setiap pasangan perlulah beradab dalam melakukan jimak supaya ianya dikategorikan sebagai ibadah.

1- Berniat kerana Allah
Disunatkan kepada setiap pasangan yang ingin melakukan persetubuhan untuk berniat kerana Allah dalam menjalani tanggungjawab suami isteri.

2- Mencari waktu yang sesuai
Disunatkan pada malam jumaat, dalam keadaan tenang, dan tidak terlalu lapar mahupun terlalu kenyang.

3- Berhias diri dan kamar
Membersihkan diri sebelum bersetubuh dengan pasangan dengan cara mandi, memakai wangian, memberus gigi, berwuduk dan berhias diri. jangan lupa mencantikkan kamar anda sebelum anda dan pasangan beradu.

4- Melakukan solat sunat taubat dan solat hajat
Dianjurkan kepada pasangan suami isteri mendahulukan pelayaran mereka dengan mengingati Allah,  iaitu dengan melakukan solat sunat taubat dan solat sunat hajat bersama-sama. Ia dapat membersihkan hati kedua-dua pasangan agar sentiasa mendahulukan Allah dalam setiap urusan, termasuk ketika menikmati hubungan asmara dengan pasangan. Amalan ini juga dapat mengeratkan hubungan diantara suami isteri dan saling hormat menghormati.

5- Beramah mesra
Melakukan rangsangan keghairahan dengan cara merayu-rayu, bercumbuan sambil berdoa.

Abdullah bin Abbas menceritakan bahawa baginda Nabi s.a.w bersabda sekiranya seseorang itu mahu menyetubuhi isterinya hendakalah berdoa : "Dengan nama Allah, jauhkanlah syaitan daripada kami dan jauhkanlah syaitan daripada apa yang engkau bakal kurniakan kepada kami (anak)". Maka sekiranya ditakdirkan daripada suami isteri itu mendapat seorang anak dalam persetubuhan tersebut,nescaya anak tersebut tidak akan dirosak oleh syaitan selama-lamanya. (HR Bukhari dan Muslim).

Jabir menjelaskan bahawa Nabi Muhammad s.a.w melarang suami melakukan persetubuhan sebelum membangkitkan syahwat isteri dengan rayuan dan cumbuan terlebih dahulu. (Riwayat Khatib)

6- Berada dalam keadaan tertutup
Disunatkan suami isteri dalam keadaan tanpa seurat benang dengan diselimuti oleh sesuatu. namun begitu, digalakkan tidak melihat kemaluan pasangan.

Nabi s.a.w berpesan : "Apabila diantara kamu mencampuri isterinya, hendaklah ia menutupi dirinya dan menutupi isterinya dan janganlah kedua-duanya bertelanjang bulan sepeti keldai." (Riwayat Tabrani)

7- Tidak membiarkan pasangan kepanasan
Setelah salah seorang sampai kepada kemuncak hubungan, jangan terlalu cepat membiarkan pasangan dalam keadaan lemas kepanasan, bantulah pasangan menikmati klimaks bersama-sama.

Bagi lelaki jangan mencabut kemaluan tanpa kebenaran isteri.
Nabi s.a.w berpesan : "Apabila seseorang kamu bersetubuh dengan isterinya maka janganlah ia menghentikan persetubuhannya itu sehingga isterimu juga selesai melempiaskan hajatnya sebagaiman kamu juga menghendaki lepasnya hajatmu. (Riwayat Addi).

Apabila telah selesai melakukan persetubuhan, jangan tergesa-gesa berdiri. Sebaiknya berbaringlah sebentar untuk belaian dan pujian terhadap pasangan. Dengan demikian ia mampu mengekalkan semula denyutan jantung yang agak kencang semasa beradu. Selain itu disunatkan membasuh kemaluan dan mengambil wuduk sebelum tidur.

Sumber : Buku



Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Ilmu Batin Hebat - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger