skip to main |
skip to sidebar
1) Sentiasa berjaga-jaga dengan berat badan anda
Penghasilan beberapa hormon yang boleh mengganggu proses ovulasi adalah
disebabkan lemak badan berlebihan. Pengurangan peluang untuk anda hamil
kerana kitaran menjadi kurang teratur dan kurang berovulasi.
Jika anda sedang cuba untuk hamil, kurang lemak pada badan bermakna
badan anda mungkin tidak menghasilkan hormon yang mencukupi untuk
mengovulasi setiap bulan atau untuk mengekalkan kehamilan.
Senaman boleh menolong untuk mengekalkan berat badan yang sihat akan
tetapi jangan terlebih melakukannnya. Wanita yang bersenam dengan
terlalu kuat seperti berlari dengan laju atau pesaing atlet akan
berhenti berovulasi atau kurang berovulasi. Peningkatan risiko keguguran
jika senaman berlebihan. Sebelum anda cuba untuk hamil berbincanglah
dengan doktor anda tentang rutin bersenam yang sesuai dilakukan.
2) Makan dengan betul
Sebelum anda cuba untuk hamil sentiasalah memastikan bahawa badan anda
akan kekal terpelihara. Pastikan anda makan banyak protein, zink,
Vitamin C kerana kekurangan nutrien sebegini telah dikaitkan dengan
pemanjangan kitaran menstrual oleh itu anda akan kurang berovulasi dan
mendapat risiko keguguran yang tinggi pada peringkat awal kehamilan.
Bagi mendapatkan zink dan beberapa vitamin yang penting dan mineral,
ambillah suplemen tambahan harian. Makanan yang penuh dengan protein
dalam diet anda seperti daging, ikan, produk tenusu yang rendah lemak,
telur dan kekacang. Pemakan sayuran boleh mendapatkan asid amino yang
lengkap dengan memasukkan kombinasi yang berperisa yang mengandungi
makanan protein seperti nasi dan ikan atau tofu separuh masak.
3) Berhenti merokok
Toksik dari rokok merosakkan telur wanita, mengganggu kesuburan dan
menyebabkan ovari anda terlbih matang. Ovari perokok berusia 35 tahun
berfungsi seperti ianya milik wanita berusia 42 tahun oleh itu ia kurang
subur. Merokok boleh merosakkan kesuburan anda tetapi jika anda tidak
merokok , anda akan mendapat fungsi ovari tersebut semula.
4) Kenali kitaran anda
Kitaran haid yang normal selalunya akan berakhir dalam lebih kurang 25
hingga 35 hari (mula mengira pada hari pertama anda haid). Anda boleh
menjangkakan bahawa anda kurang berovulasi dan anda mungkin perlu
berjumpa dengan doktor anda jika kitaran anda agak lebih lama seperti 42
hari.
Lakukan persetubuhan secara tetap apabila anda sudah
bersedia untuk hamil. Pada hari ovulasi dan pada empat atau lima hari
sebelum merupakan hari kesuburan seorang wanita selalunya bukan selepas
kitaran haid anda. Jangan menjangka bahawa anda akan mengovulasi secara
automatic pada hari ke 14 kitaran anda. Ini kerana kajian mendapati
bahawa proses ovulasi berbeza secara dramatik bagi setiap wanita apabila
ianya berlaku seawal enam hari dan selewat 21 hari pada kitaran anda.
Bagaimanakah anda boleh mengenalpasti bilakah masa anda berovulasi?
Anda boleh mencuba kit ujian ovulasi dimana ianya akan memeriksa
beberapa hormon di dalam air kencing anda atau buat nota tentang
perubahan harian pada suhu badan basal dan mucus serviks.
5) Cari ketenangan
Tekanan dan kemurungan boleh memberikan kesan terhadap kesuburan anda.
Pakar berpendapat bahawa tekanan seperti senaman berat boleh
menghilangkan hormon pengeluaran menjadikan kitaran haid anda kurang
tetap. Anda boleh mempelajari bagaimana untuk mengawal stress melalui
teknik ketenangan atau mendapatkan nasihat daripada kaunselor atau
kumpulan sokongan agar mengembalikan hormon anda semula.
6) Kerap melakukan hubungan intim dengan pasangan anda
Kehidupan harian yang sibuk telah melemahkan nafsu seks anda, adalah
lebih baik jika anda melakukan hubungan seks dengan lebih kerap. Wanita
yang melakukan hubungan seks (sekurang-kurangnya setiap minggu) adalah
lebih baik mudah menjangka kitaran haid mereka dan mempunyai ovulasi
yang normal berbanding wanita yang jarang melakukan hubungan seks.
Teori : Suami anda mengeluarkan hormon seks yang mempengaruhi sistem
reproduktif. Kekerapan melakukan hubungan seks boleh menolong anda untuk
cuba hamil. Bagi memberikan peluang kepada kesuburan anda adalah dengan
melakukan hubungan seks setiap 36 hingga 48 jam dalam beberapa hari
sebelum ovulasi. Anda mungkin boleh melakukan hubungan seks pada
beberapa hari yang lain sepanjang bulan kerana melakukan hubungan seks
pada beberapa hari yang tertentu akan menjadi sesuatu kewajipan kepada
anda.
7) Berhati-hati dengan sebarang jangkitan
Anda
perlulah berhati-hati dengan sebarang jangkitan terutama sekali pada
bahagian faraj. Jangkitan faraj yang umum boleh berlaku kepada para
wanita adalah Bacteria vaginanosis (BV). Tanda-tanda jangkitan tersebut
ialah bau yang kurang elok dan pembuangan yang berwarna kelabu. BV yang
tidak dirawat menyebabkan kelahiran pra matang, risiko keguguran yang
tinggi dan ketidaksuburan. Jika anda mendapati bahawa terdapat simpton
faraj seperti kegatalan, rasa terbakar, pembuangan yang tidak normal dan
rasa sakit berjumpalah dengan doktor anda. Jangkitan pada bahagian
pembiakan adalah sangat jarang berlaku akan tetapi adalah lebih baik
jika anda sentiasa berhati-hati kerana ia boleh memberikan risiko kepada
kesuburan anda.
Lindungilah dengan ubat-ubatan
Pil pecegahan sebenarnya boleh meningkatkan kesuburan anda. Bagi
sesetengah wanita, pil tersebut adalah sangat penting untuk memelihara
kesuburan anda kerana ia dapat menyimpan dua masalah yang umum iaitu
endometriosis dan uterine fibroids dengan melambatkan pertumbuhan tisu
uterus. Dengan endometriosis, tisu uterus tumbuh di luar uterus dan
menyebabkan kejang yang menyakitkan dan selalunya akan membahayakan tiup
filapio dan organ lain. Fibroids uterus adalah pertumbuhan yang boleh
menjadikan kehamilan anda sukar atau mustahil. Kitaran anda akan kembali
kepada corak pra pil dalam masa sebulan jika anda mula berhenti
mengambilnya.
9) Jangan memandang rendah terhadap kesihatan pasangan anda.
Perkara yang sama boleh memberikan kesan kepada kesuburan anda boleh
memberikan kesan kepada kesihatan reproduktif suami anda juga. Kesan
kepada penghasilan sperma dan kemotilan (kebolehan untuk berenang)
adalah disebabkan rokok dan diet yang lemah. Kajian mengenalpasti bahawa
kerosakan kromosom di dalam sperma adalah disebabkan oleah asap rokok
dan pengambilan alcohol yang berat. Bagi menolong suami anda untuk
menghasilkan sperma yang sihat adalah dengan mendapatkan nutrien yang
mencukupi setiap hari terutama sekali vitamin E dan C dan mineral
selenium. Penghasilan sperma yang sihat akan mengambil masa lebih kurang
tiga bulan jadi suami anda harus bersedia dengan lebih awal.
Catat Ulasan