Suami Isteri Wajib Buang Perasaan Malu Dalam Hubungan Seks




Masalah hubungan suami isteri perkara subjektif. Ia perlu dibawa berbincang, lebih-lebih lagi jika seorang daripada mereka tidak merasai nikmat hubungan suami isteri.

Masalah ini sebenarnya tidak mengira umur walaupun saya selalu mendapat aduan daripada pembaca berumur awal 40-an.

Hubungan intim pasangan halal adalah nikmat dunia yang tiada bandingan jika mereka tahu memainkan peranan dan berinteraksi.

Dalam Islam, hubungan suami isteri tiada batasan kecuali bersetubuh ketika isteri haid serta hubungan yang diharamkan seperti liwat atau seks anal.

Namun, seks oral boleh dilakukan jika kedua-dua pihak setuju dan selesa melakukannya.

Mungkin pada permulaan untuk mencuba seks penetratif, ada isteri berasa gerun, namun lambat laun ia dapat diatasi apabila perasaan negatif dihindarkan daripada minda.

Perasaan malu yang biasa dipamerkan wanita tiada tempatnya dalam hubungan intim suami isteri. Sudah tentu yang baik, selesa, mengghairahkan dan yang memberi kepuasan kepada pasangan akan lazim dilakukan.

Bagi sebilangan besar isteri, adegan pemanasan sangat penting dan yang menjadi kegemaran mereka ialah urutan dan belaian erotika iaitu bahagian tubuh yang perlu diurut mengikut selera isteri.

Sebilangan isteri tidak selesa dengan sentuhan terus menerus ke sasaran kerana ia sangat sensitif.

Wanita yang klitorisnya termasuk ke dalam masih dapat merasai sentuhan pada bahagian itu apabila bahagian berdekatan iaitu atas bibir kecil terkena urutan tapak jari.

Isteri perlu memandu suami ke tempat atau bahagian tubuh yang dia mahukan sentuhan. Ini lebih baik daripada membiarkan suami meneroka tubuh badan secara membuta.

Dalam keadaan selesa dan lega, mudah untuk minda isteri menyelami perasaan syahwatnya untuk menghayati sentuhan intim yang boleh mencetuskan keghairahan dan dengan panduannya, suami boleh lakukan apa yang perlu untuk membawanya ke kemuncak syahwat.

Perasaan syahwat dalam kawalan ‘pusat syahwat’ berada dalam minda dan ia berada dalam kawalan hormon testosterone. Jika satu ketika wanita mudah teruja dan mencapai klimaks namun kini mudah terganggu, ada kemungkinan tahap hormon testosteronenya merudum.

Ini boleh dikesan melalui ujian darah. Bagi saya, hubungan intim seksual satu seni. Apa juga seni untuk diceburi, kita perlu tahu langkah awal sebelum meneruskan langkah seterusnya.

Kita perlu tahu anggota badan yang boleh mencetuskan perasaan ghairah. Bahagian yang memberi keghairahan kepada kita dikenali sebagai Zon Erogena (Erogenous Zones).

Apabila bahagian itu mengalami rangsangan, kita akan mencapai kemuncak syahwat iaitu orgasma.
Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Ilmu Batin Hebat - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger