Berat Badan Meningkat Punca Menjadi Pendek

 

Saya berumur 24 tahun. Masalah saya ialah ukuran alat kelamin hanya 4 inci (panjang ketika tegang). Sya mempunyai berat badan 100kg dan ketinggian 180cm. Adakah saiz itu normal untuk lelaki yang mempunyai berat badan seperti saya? Sekiranya saya berjaya menurunkan berat badan alat kelamin saya akan lebih panjang kerana ada yang menyatakan lelaki yang obes mempunyai zakar pendek dan sukar memuaskan pasangan.

Farid | Kuantan.

Jawapan

Baru-baru ini saya dikunjungi seorang lelaki yang memiliki alat kelamin besar. Sebelum ini dia menyatakan  zakarnya kecil dan khuatir pasangannya tidak puas dengannya.

Dia kemudiannya menjalani prosedur penyuntukan minyak bunga di keliling bahagian kulit pangkal zakar yang dlakukan seorang tukang urut dan pengamal perubatan tradisional empat tahun lalu.

Akhirnya dia mengalami keradangan keseluruhan zakar, iaitu kulit zakar dan isi bahagian pangkal serta tundun keras dan radang. Zakarnya menjadi pendek  dan padat. Selepas itu dia gunakan pam vakum pula. Ketika berjumpa saya alat kelaminnya besar macam lengan, manakala kulitnya hitam dan kembang akibat penggunaan pam vakum yang kronik dan kepala zakar kembung.

Dia mengakui tidak dapat melakukan hubungan seks dengan pasangannya sejak menjalani prosuder penyuntikan itu walaupun menggunakan pelicin jeli. Adakalanya alat kelamin isterinya berdarah apabila dia menolak masuk zakarnya secara paksa.

Memang benar bagi lelaki obes, sebahagian besar daripada pangkal zakar mereka tersorok di bawah lemak dan apabila dapat menguruskan badan dia dapat menambah dua hingga tida sentimeter bahagian yang tersorok.

Purata ukuran panjang alat kelamin lelaki ketika ereksi ialah 13cm (saiz antara 10-15cm normal). Saiz ereksi antara 6-10cm dikira kecil dan bawah 6 dikira mikro.

Mereka yang membeli pam vakum, alat regangan ciplak, alat pam dan regang otot zakar menggunakan air seperti "water beaddy) tanpa merujuk doktor mudah mengalami kecederaan zakar apabila menyalahgunakan alat itu.

Jawapan dari Dr. Ismail Tambi.
Depetik dari Harian Metro.
Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Ilmu Batin Hebat - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger