Menonton Tv Menjejaskan Sperma


 

London : Pemuda yang menonton lebih 3 jam sehari berisiko kehilangan kualiti sperma sehingga separuh.

Kajian menunjukkan kualiti sperma terjejas kerana kurangnya seseorang itu melakukan aktiviti fizikal.

Lelaki yang suka lepak pasti kalah kepada orang yang sederhana aktif, menurut kajian Universiti Harvad yang diterbitkan dalam Journal of Sport Medicine di sini.

Pakar berkata, kesannya boleh disebabkan kurang bersenam atau kepanasan melampau buah zakar disebabkan duduk lama.

Lelaki yang mahu memiliki anak digalakkan tidak memakai seluar ketat untuk menjaga kualiti sperma. Pemandu dan penunggang basikal juga berisiko berdepan masalah kesuburan.

Dalam kajian terbaru Sekolah Kesihatan Umum Harvad (HSPH), lelaki yang menonton televisyen lebih 20 jam setiap minggu memiliki kadar sperma 44% lebih rendah berbanding mereka yang hampir tidak menonton televisyen langsung.

Lelaki yang bersenam lebih 15 jam atau lebih seminggu pada kadar sederhana dan kuat memiliki sperma 73% lebih tinggi berbanding mereka yang bersenam tidak sampai 5 jam seminggu. Senaman ringan tidak menjejaskan kualiti sperma.


***********************
Anda bosan dengan skill yang sama setiap kali berasmara? Gunakan skill kamasutra - 102 Posisi Kamasutra


Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Ilmu Batin Hebat - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger