Ini dapat diperhatikan melalui sebuah hadis :
((تَزَوَّجُوا الْوَلُودَ الْوَدُودَ ، فَإِنِّي مُكَاثِرٌ بِكُم))
“Kahwinilah wanita yang melahirkan anak ramai, dan yang memiliki kasih sayang yang tinggi, sesungguhnya aku berbangga dengan kamu (kerana umat yang ramai)”
Kaedah-kaedah yang boleh digunapakai dalam memelih perempuan yang subur ialah:
1- Tubuh badan wanita itu tidak berpenyakit yang boleh menghalang mengandung, dan hal ini boleh diketahui dengan bertanya kepada orang yang pakar dalam bidang ini.
2- Melihat kepada ibunya, dan adik-beradik perempuan yang sudah berkahwin. Jika sekiranya mereka mempunyai anak yang ramai, biasanya dia juga sama.
Pada kebiasaanya dalam ilmu kedoktoran, seseorang yang boleh beranak banyak itu tubuh badannya sihat, kuat dan tidak berpenyakit. Wanita-wanita yang mempunyai sifat ini biasanya dapat menjalankan tugas-tugas rumahtangga dan mendidik anak dengan baik.
Catat Ulasan