Meskipun anda dikatakan hebat dikalanya diranjang, adakalanya lelaki terlupa beberapa perkara yang boleh membantunya untuk sentiasa menang dalam perjuangan. Oleh itu disini ada beberapa tips sebagai panduan untuk insan bergelar lelaki. Selamat membaca!!!
Mengatur tempat
Mengatur dan menyediakan
tempat yang selesa untuk hubungan intim bukanlah sesuatu yang sukar. Malah ia
akan memudahkan proses bercumbu dan merayu pasangan tatkala memulakan hubungan
seks.
Keselesaan isteri akan memudahkan tugas suami, oleh itu rapikanlah
tempat tidur pasang lampu malam, muzik yang lembut untuk menyenangkan hatinya
dan mencipta suasana romantik.
Pemanasan
Pemanasan atau foreplay merupakan bahagian penting
sebuah hubungan intim. Ia adalah perkara yang merangsang nafsu seks wanita.
Namun begitu ramai lelaki menganggap foreplay hanya perkara membuang masa dan
seterusnya tergesa-gesa melakukan hubungan intim. Bagi wanita inilah sebenarnya
bahagian yang paling disenangi dan ingin dinikmatinya.
Tahan keinginan
Belajar menahan keinginan
di tempat tidur akan membuat pasangan anda semakin terangsang. Wanita seperti
yang diketahui memerlukan masa yang lama untuk berghairah, oleh itu janganlah
mementingkan diri.
Puaskanlah terebih dahulu keinginan isteri sebelum mengakhiri hubungan
intim. Jangan biarkan isteri terbaring dalam keadaan kecewa kerana gelora
nafsunya tidak dipenuhi. Percayalah pekara inilah yang membuatkan isteri lebih
menyayangi pasangan.
Fahami Bahasa tubuh
Wanita sememangnya jarang
unntuk meluahkan kemahuannya tentang apa yang diiginkan di tempt tidur.
Bagaimanapun ia sebenarnya boleh dibawa dengan petunjuk bahasa tubuh.
Perhatikan gerakan-gerakan
tubuh isteri yang sebenarnya mungkin ingin memberitahu sesuatu kepada anda
secara verbal. Perhatikan bagaimana pasangan anda memberi reaksi terhadap
sentuhan. Jika anda melihat tubuhnya tegang ketika disentuh, ubahlah cara
sentuhan sehingga isteri berasa nyaman dan senang. Sebaliknya jika ia masih
belum memberi kesan, inilah waktunya untuk meningkatkan volume sentuhan.
Jangan melakukan gaya yang keterlaluan
Ada lelaki yang mempunyai
fantasi yang tinggi danselalu ingin mencuba gaya baru di tempat tidur. Pastikan
kesediaan isteri dahulu sebelum merancang membuat gaya yang baru, jangan
melakukan kesilapan.
Ada pasangan yang tidak dapat menerima aksi-aksi baru terutama yang
keterlaluan. Sekiranya anda mahu mencuba aksi-aksi baru, perkenalkanlah posisi
dan fantasi anda secara perlahan lahan kepadanya.
Pujuk dengan cara yang betul iaitu dengan lembut dan mesra sehinggalah
mendapat persetujuan. Tetapi perhatikanlah juga reaksinya, kerana mungkin
pasangan anda tidak menyukainya.
Jangan abaikan pasangan
Semua wanita akan rasa
kecewa bila pasangan mengabaikan dirinya ketika di tempat tidur. Selalunya ia
berlaku apabila suami telah mencapai ejakulasi . Sungguhpun kepenatan namun
janganlah mengabaikan isteri setelah anda menikmati kepuasan.
Perlakukan pasangan seperti sedang bercumbu , peluk dan cium dan
genggamlah tangannya. Seharusnya inilah masanya suami menunjukkan rasa cinta
dengan menyenangkan isteri walaupun sudah merasai kepuasan.
Bahagian sensitif
Lelaki memang lebih
tertarik untuk terus memusatkan perhatian ke alat kelamin wanita ketika
hubungan seks, sehingga melupakan bahagian-bahagian tubuh wanita yang dipenuhi
dengan deria sensitif.
Sebolehnya ketika bersama isteri, cium bahagian bahagian yang sensitif
seperti bahagian belakang, leher dan dadanya. Usaplah punggung dan kakinya.
Lakukan dengan lembut kerana wanita akan merasakan kesan yang luar biasa setiap
kali suami melakukannya.
Catat Ulasan