Seks Selepas Bersalin


7 hari tempoh boleh mulakan hubungan intim, tidak perlu pantang 44 hari

Sakit ketika bersalin dan proses penyembuhan dari segi mental dan fizikal memerlukan masa. Ada yang trauma untuk bersalin lagi dan ngilu pada bahagian kemaluan pula menyebabkan mereka kurang minat mengadakan hubungan seks dengan suami.

Bagi sesetengah wanita, ketenangan dan kepercayaan diri untuk memulakan semula hubungan intim mengambil masa berminggu-minggu, walaupun doktor menyatakan luka kesan koyakan episiotomi sembuh sepenuhnya selepas seminggu melahirkan bayi.

Ramai wanita yang tidak tahu masa sesuai melakukan semula hubungan seks. Lazimnya, selepas tempoh berpantang baru sesuai melakukan hubungan seks, iaitu 44 hari, manakala ada yang 100 hari dan tidak mustahil ada yang berpantang lebih daripada tempoh itu. 

Semua persoalan itu ditambah pula dengan kehadiran bayi yang memerlukan lebih perhatian dan menyusu badan juga menyebabkan sebilangan pasangan suami isteri semakin renggang serta hubungan menjadi tegang.
Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Ilmu Batin Hebat - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger