Awas!!! Kutu Kelamin Merbahaya



Lelaki, usah pandang ringan aspek kebersihan terutama di bahagian kemaluan. Turut perlu dijaga adalah bulu atau rerambut di bahagian itu.

Tahukah anda, kutu kelamin adalah serangga parasit penghisap darah yang hidup di sekitar kemaluan manusia. Kutu amat menyukai bahagian tubuh yang hangat dan lembap menjadikan sesetengah bahagian tubuh kerap didatangi kutu. Ia amat sukar dilihat dengan mata kasar melainkan melalui gejala yang dialami dan bekas gigitan.

Wujudnya kutu kelamin ini apabila bahagian sulit jarang dibersihkan sehingga mudah dihinggapi kutu. Ia sering menyerang lelaki kerana sifat segelintir lelaki kurang menekankan aspek penjagaan kebersihan.

Kutu yang dewasa akan bertelur di bahagian akar rambut dan menetas dalam tempoh tujuh hingga 10 hari. Kutu ini dapat bertahan di luar tubuh manusia selama 24 hingga 48jam.


Takrifan
  • Penghidap kutu kelamin atau Phthirus pubis di bahagian kemaluan (genital) ini mendapati serbuk-serbuk hitam iaitu najis kutu atau serbuk putih yang merupakan telur kutu di bahagian kemaluan atau seluar dalam. 
  • Kutu kelamin berbeza dengan kutu badan atau kutu kepala kerana bentuknya seperti ketam dan lebih bersegi berbanding kutu kepala berbentuk lonjong.
  • Jika tidak diubati, lama kelamaan ia akan meninggalkan bekas yang kemudiannya berdarah dan mengakibatkan kemunculan nanah seterusnya berlakunya jangkitan.

Punca
  • Jangkitan melalui hubungan intim
  • Jangkitan melalui penggunaan tandas duduk, berkongsi pakaian, tidur di atas tilam yang sama, kongsi selimut dan sebagainya.

Simptom
  • Gatal di bahagian genital (kemaluan) sehingga menyebabkan kulit luka akibat di garu selain mendapat kudis akibat gigitan kutu dan kesan garu.
  • Kulit jadi kebiruan akibat digaru. Kutu-kutu ini juga boleh berada di kawasan  semua tubuh badan yang mempunyai  bulu contohnya ketiak dan bulu kening. 

Rawatan
  • Menggunakan bahan cucian seperti syampu yang mengandungi permethrin.
  • Cuci menggunakan syampu dan biarkan selama lima minit, bilas dengan bersih.
  • Boleh menggunakan cuka di bahagian kemaluan untuk mengeluarkan telur kutu.

  • Pesakit perlu mencuci pakaian dan peralatan tidur seperti selimut, cadar dan sebagainya menggunakan air panas.

  • Masukkan pakaian dan barang keperluan yang tidak boleh dibasuh ke dalam beg plastik.
  • Ikat dan biarkan selama seminggu untuk mematikan kutu tersebut. Jangan dibuang pula ke tong sampah.

Langkah pencegahan
  • Paling penting adalah dengan menjaga kebersihan diri dan tempat tidur. Sekiranya berkongsi bilik dengan orang yang kurang bersih maka anda harus menjaga barang peribadi agar tidak dijangkiti kutu.
  • Kebersihan bilik air juga menjadi keutamaan dan yang paling penting adalah menjaga diri dari melakukan hubungan intim dengan pasangan yang dijangkiti.
  • Pesakit yang mendapat jangkitan kutu melalui hubungan seksual  hendaklah menjalani ujian terlebih dahulu.

 sumber : Mingguan Wanita
Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Ilmu Batin Hebat - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger