Bagaimana
Wanita Mencapai Orgasme
Kaum
wanita mempunyai cara yang berbeza-beza reaksi terhadap rangsangan hubungan
kelamin. Walaupun begitu bukit di mana rambut kemaluan terletak(tundun), bibir
kecil dan kelentit, serta liang faraj itu merupakan alat-alat kelamin yang
memegang peranan penting. Clitoris atau kelentit merupakan alat-alat kelamin
yang memainkan peranan penting. Clitoris atau kelentit itu merupakan bahagian
yang paling peka kepada syahwat tubuh wanita. Itulah sebabnya terdapat wanita
yang menghendaki rangsangan yang terus-menerus pada kelentit untuk
mencapai orgasme. Pada hujung kelentit itu, deria rasanya sangatlah halus dan
peka. Sentuhan yang terus-menerus dapat menimbulkan rasa kurang senang atau
sakit.
Sebab itu
sebahagian wanita menganggap belaian terhadap bahagian yang peka syahwat di
sekitar tundun, baik dengan tangan, lidah atau alat penggetar menyeronokkan.
Selama berlangsungnya persetubuhan, gerakan zakar yang keluar masuk liang faraj
itu boleh menimbulkan rangsangan terus menerus terhadap kelentit. Ini kerana ia
dapat menggerakkan labia minora atau bibir kecil ke atas kelentit.
Merasakan
Kemuncak Tahap Orgasme
Jangka
waktu untuk mencapai orgasme itu berlainan pada setiap wanita. Begitu juga
berbeza menurut keadaan dan suasana. Sesaat sebelum terjadinya orgasme maka
akan terasa ketegangan selama 2-4 detik pada saat otot-otot kecil pada
sekeliling faraj dan rahim itu mulai mengendur. Ini diikuti oleh orgasme itu
sendiri yang biasa berlaku selama 10-15 detik. Ia terasa seperti suatu
pengenduran otot secara berirama dan berturut-turut yang terjadi tiap 0.8 detik
tiap gelombangnya. Mula-mula terasa sekeliling satu pertiga hujung luar faraj
dan menjalar sampai dalam rahim. Rahim dan dubur pun ikut kempat-kempot.
Suatu orgasme
yang lunak terjadi 3-5 kempotan. Orgasme yang kuat terjadi 8-12 kempotan.
Ketika berlakunya orasme itu otot-otot perut, betis, lengan, wajah, kaki dan
leher ikut menegang. Selepas itu semua keadaan badan wanita itu kembali lagi
pada keadan normal diikuti rasa lega, santai dan penuh kedamaian.
Orgasme
Berganda
Berbeza
dengan kaum lelaki, kaum wanita mampu mencapai orgasme berganda. Maksudnya
orgasme yang berlaku kali kedua tidak lama setelah orgasme pertama. Sekiranya
wanita itu dapat mempertahankan nafsu berahinya pada tingkat memuncaknya ia
dapat melanjutkan orgasme pada kali kedua bila terus dirangsang. Ada wanita
mengalami orgasme sampai 3-5 kali hanya dalam waktu beberapa minit. Bahkan ada
yang boleh mencapai 12 kali orgasme dalam satu jam.
Di antara
sebab hubungan seks antara suami-isteri yang sangat dihajatkan adalah kepuasan
orgasme kedua-dua pihak. Ini adalah tujuan utama orang mengikatkan diri dalam
perkahwinan. Tanpa adanya orgasme dalam setiap hubungan seks tentu akan
menimbulkan berbagai akibat kejiwaan yang boleh merosakkan hubungan pasangan
suami-isteri.
Kenyataan
menerangkan ramai suami-isteri yang terpaksa berpisah atau melakukan
penyelewengan seksual kerana tiadanya kepuasan dalam hubungan seks. Kepuasan
itu ditandai dengan orgasme atau difahami sebagai kemuncak kenikmatan.
Baik
orgasme itu secara beruntun, dari pihak lelaki dahulu dan kemudian disusuli
isterinya atau secara serentak bersama. Orgasme yang dapat dicapai secara
bersama adalah yang paling baik dan ideal. Hampir semua lelaki mengalami
orgasme setelah mengalami rangsangan seks. Pada wanita pula tidak ramai yang dapat mengalami orgasme.
Tanda
orgasme pada wanita yang merupakan puncak seksualnya adalah gerakan-gerakan
berirama dan tak sengaja dari alat kelaminnya. Reaksi-reaksi banyak bergantung
pada bilangan vulva terutama di sekitar faraj dan kelentit. Faraj pada waktu
itu berkerut dan kadang-kadang otot-otot lain ikut mengejang. Dalam pada itu terjadi
getaran seluruh tubuh dan sensasi-sensasi menghisap dari lubang faraj.
Mencapai
orgasme yang ideal tidaklah semudah yang dibayangkan. Tugas ini ditanggung oleh
pihak suami. Biasanya di dalam proses bersetubuh suamilah yang terlebih dahulu
mencapai orgasme sedangkan isterinya mungkin belum apa-apa. Oleh sebab itu
keperihatinan suami di dalam menahan air mani sangat diperlukan. Jika
mereka tidak mahir dalam hal ini suami akan menyebabkan isteri mengalami
gangguan emosi seperti murung.
Dr. Robie
dalam bukunya The Art of Love yang dikutip dari buku Percintaan Suami Isteri
karangan A. Rifa'ie Ali menulis: "Terlampau cepat keluar air mani selain
memberi malu kepada suami, bahayanya tiadak kurang pada isteri kerana dia telah
meninggalkan isteri itu sebelum mendapat kepuasan yang biasa. Ada lelaki yang
beberapa kali keluar air mani sebelum isteri cukup terbangkit keberahiannya.
Dan yang terjadi ialah sebelum dia tercapai orgasme. Maka tinggallah dia dalam
keadaan resah-gelisah belum kunjung puas yang akhirnya membawa bermacam-macam
penyakit antara lain lain, tidak boleh tidur, pemarah, histeria, sakit saraf
yang berkaitan penyakit orang perempuan".
Ellis
dalam bukunya Sex in Relation to Society telah mengutip pendapat seorang pakar
sakit puan (gynaecologist) berbangsa Austria, dia mengatakan bahawa di dalam
setiap 100 orang perempuan yang menderita sakit dalam rahim, daripada yang
berubat kepadanya didapati 70 orang menderita lantaran sakit rahimnya terlalu
penuh berisi darah. Keadaan rahim yang begini menurut pengetahuan ilmiahnya
adalah hasil daripada persetubuhan yang tidak disempurnakan.
Dari
keterangan-keterangan di atas maka benarlah sabda-sabda Rasulullah s. a. w.
yang menganjurkan agar memerhatikan keadaan isteri sewaktu diajak bersetubuh.
Janganlah lekas terburu-buru mengakhiri persetubuhan selagi isteri belum
berhasil mencapai orgasme. Sebaliknya sentiasa mencari jalan untuk puaskan
isteri supaya tiada tekanan di dalam dirinya.
Sumber : blog Dalam Selimut