Featured Post Today
print this page
Latest Post

Wanita Simpan Dara dapat Duit

 

JOHANNESBURG 27 Feb. - Seorang lelaki di Afrika Selatan menawarkan sejumlah ganjaran bernilai AS$9,300 (RM 30,528) dan pingat kepada wanita dalam kalangan usia sehingga 35 tahun, yang masih memelihara dara mereka.

Tawaran itu dilakukan lelaki tersebut sebagai usaha untuk memerangi jangkitan virus kekurangan imuniti manusia (HIV) dan gejala kehamilan di kalangan remaja.

Seorang pekerja komuniti, Rabelani Ramali yang berasal dari daerah Limpopo memberitahu akhbar The Times bahawa dia akan menghadiahkan calon yang berjaya dengan wang tunai sehingga 100,000 rand (RM 30,444) dan beberapa pingat daripada emas, perak dan gangsa, berdasarkan umur mereka.
Bagaimanapun, inisiatif itu telah menerima pelbagai reaksi. - AFP


Sumber : Utusan Online

Tips Beri Isteri Sedap Seks Sampai Meleleh Air Liur


Semua orang boleh beri kepuasan kepada isteri. Tetapi kepuasan yang bagaimana? Adakah kepuasan yang biasa-biasa sahaja atau sampai meleleh air liur? Berikut ialah 7 teknik bagaimana beri isteri nikmat seks hingga meleleh air liur :

Teknik 1: Suasana romantik.
Siapkan bilik anda dengan suasana yang romantik. Jangan kedekut untuk laburkan sedikit wang  untuk jadikan bilik anda berada dalam suasana romantik. Apabila isteri anda rasa tenang dan selesa di bilik, hubungan seks akan jadi lebih baik dan seronok.

Teknik 2: Foreplay.
Sentiasa mulakan hubungan seks dengan foreplay kerana nafsu isteri anda tidak naik dengan cepat berbanding diri anda.

Teknik : Kata-kata cinta.
Ungkapkan kata–kata cinta pada isteri anda sepanjang mengadakan hubungan seks. Percakapan ini boleh mencairkan hati isteri anda dan dia akan rasa lebih nikmat.

Teknik 4: Perlahan-lahan.
Lakukan hubungan seks dengan perlahan–lahan dan satu persatu. Jangan terlampau gelojoh sehingga isteri anda tidak rasa apa–apa, anda pula yang sudah orgasm.


Teknik 5: Rangsang g-spot.
Kesan lokasi g–spot isteri anda supaya anda tahu bahagian dalam vagina yang perlu di rangsang ketika bersetubuh nanti. Anda juga boleh rangsang dengan menggunakan jari anda. Rangsangan pada bahagian g–spot akan memberi sensasi yang hebat pada isteri anda.

Teknik 6: Tumpu klitoris atau biji kelentit.
Jangan abaikan bahagian klitoris atau biji kelentit kerana bahagian ini adalah sangat sensitif pada rangsangan. Jika anda rangsang bahagian ini, isteri anda akan rasa lebih nikmat.

Teknik 7: Hisap kemaluan atau oral seks.
Selain bersetubuh, anda juga boleh puaskan isteri anda melalui oral seks di kemaluannya. 

Jika anda ingin beri kepuasan yang luar biasa kepada isteri hingga air liurnya meleleh, sila pelajari 7 teknik ini.


Sumber : Panduan Batin 

Berat Badan Meningkat Punca Menjadi Pendek

 

Saya berumur 24 tahun. Masalah saya ialah ukuran alat kelamin hanya 4 inci (panjang ketika tegang). Sya mempunyai berat badan 100kg dan ketinggian 180cm. Adakah saiz itu normal untuk lelaki yang mempunyai berat badan seperti saya? Sekiranya saya berjaya menurunkan berat badan alat kelamin saya akan lebih panjang kerana ada yang menyatakan lelaki yang obes mempunyai zakar pendek dan sukar memuaskan pasangan.

Farid | Kuantan.

Jawapan

Baru-baru ini saya dikunjungi seorang lelaki yang memiliki alat kelamin besar. Sebelum ini dia menyatakan  zakarnya kecil dan khuatir pasangannya tidak puas dengannya.

Dia kemudiannya menjalani prosedur penyuntukan minyak bunga di keliling bahagian kulit pangkal zakar yang dlakukan seorang tukang urut dan pengamal perubatan tradisional empat tahun lalu.

Akhirnya dia mengalami keradangan keseluruhan zakar, iaitu kulit zakar dan isi bahagian pangkal serta tundun keras dan radang. Zakarnya menjadi pendek  dan padat. Selepas itu dia gunakan pam vakum pula. Ketika berjumpa saya alat kelaminnya besar macam lengan, manakala kulitnya hitam dan kembang akibat penggunaan pam vakum yang kronik dan kepala zakar kembung.

Dia mengakui tidak dapat melakukan hubungan seks dengan pasangannya sejak menjalani prosuder penyuntikan itu walaupun menggunakan pelicin jeli. Adakalanya alat kelamin isterinya berdarah apabila dia menolak masuk zakarnya secara paksa.

Memang benar bagi lelaki obes, sebahagian besar daripada pangkal zakar mereka tersorok di bawah lemak dan apabila dapat menguruskan badan dia dapat menambah dua hingga tida sentimeter bahagian yang tersorok.

Purata ukuran panjang alat kelamin lelaki ketika ereksi ialah 13cm (saiz antara 10-15cm normal). Saiz ereksi antara 6-10cm dikira kecil dan bawah 6 dikira mikro.

Mereka yang membeli pam vakum, alat regangan ciplak, alat pam dan regang otot zakar menggunakan air seperti "water beaddy) tanpa merujuk doktor mudah mengalami kecederaan zakar apabila menyalahgunakan alat itu.

Jawapan dari Dr. Ismail Tambi.
Depetik dari Harian Metro.

Teringin Hamil Lagi

 

Saya berumur 35 tahun dan berada dalam keadaan sihat. Pada perkahwinan pertama, saya dikurniakan tiga anak dan ketiga-tiganya bersalin secara pembedahan.

Doktor sudah mengikat peranakan saya dan kemudian saya bercerai tiga tahun lalu. Kini saya sudah berkahwin dan teringin menimang cahaya mata dengan suami sekarang. Apakah yang perlu saya lakukan?

Untuk pengetahuan dok­tor, anak saya berumur 12 tahun, sembilan tahun dan bongsu, lapan tahun. Harap doktor dapat memberi pandangan.
Puan Ami,
Selangor


_____________________

Terdapat dua perkara penting dalam keadaan anda.

Pertama, mengenai prosedur mengikat tiub fallopio. Saya meneka semasa pembedahan Caesarean terakhir, kaedah yang digunakan adalah memotong bahagian tengah tiub fallopio yang diikat, namun ada juga doktor yang turut memotong bahagian hujung tiub (fimbria).

Dalam keadaan struktur tiub fallopio sebegitu, ia tidak lagi ‘normal’ untuk mengambil telur daripada ovari, menjadi tempat persenyawaan telur oleh sperma, menolak embrio ke dalam ruang rahim dan seumpamanya. Walaupun potongan terbabit dicantumkan semula, panjang serta sifatnya tidak lagi seperti dahulu, malah risiko kehamilan luar rahim (ektopik) juga boleh meningkat.

Dalam keadaan di atas, peluang hamil terbaik adalah secara kaedah IVF (persenyawaan in-vitro atau tabung uji) kerana kaedah ini tidak memerlukan tiub fallopio.

Kedua adalah mengenai keadaan rahim anda. Adakah dinding rahim anda masih utuh untuk menang­gung kehamilan dan kontraksi bersalin kelak?

Apakah keadaan ruang dalam pelvis sewaktu pembedahan terakhir? Adakah terdapat banyak perlekatan sehingga menyukarkan doktor melakukan pembe­dahan? Bagaimanakah keadaan organ penting berham­piran contohnya pundi kencing? Adakah terdapat perlekatan tebal dan ba­nyak?

Seeloknya anda mendapatkan maklumat pembedahan terakhir dari hospital sebelum berjumpa doktor pakar sakit puan untuk mendapatkan penilaian.


Suami Isteri Wajib Buang Perasaan Malu Dalam Hubungan Seks




Masalah hubungan suami isteri perkara subjektif. Ia perlu dibawa berbincang, lebih-lebih lagi jika seorang daripada mereka tidak merasai nikmat hubungan suami isteri.

Masalah ini sebenarnya tidak mengira umur walaupun saya selalu mendapat aduan daripada pembaca berumur awal 40-an.

Hubungan intim pasangan halal adalah nikmat dunia yang tiada bandingan jika mereka tahu memainkan peranan dan berinteraksi.

Dalam Islam, hubungan suami isteri tiada batasan kecuali bersetubuh ketika isteri haid serta hubungan yang diharamkan seperti liwat atau seks anal.

Namun, seks oral boleh dilakukan jika kedua-dua pihak setuju dan selesa melakukannya.

Mungkin pada permulaan untuk mencuba seks penetratif, ada isteri berasa gerun, namun lambat laun ia dapat diatasi apabila perasaan negatif dihindarkan daripada minda.

Perasaan malu yang biasa dipamerkan wanita tiada tempatnya dalam hubungan intim suami isteri. Sudah tentu yang baik, selesa, mengghairahkan dan yang memberi kepuasan kepada pasangan akan lazim dilakukan.

Bagi sebilangan besar isteri, adegan pemanasan sangat penting dan yang menjadi kegemaran mereka ialah urutan dan belaian erotika iaitu bahagian tubuh yang perlu diurut mengikut selera isteri.

Sebilangan isteri tidak selesa dengan sentuhan terus menerus ke sasaran kerana ia sangat sensitif.

Wanita yang klitorisnya termasuk ke dalam masih dapat merasai sentuhan pada bahagian itu apabila bahagian berdekatan iaitu atas bibir kecil terkena urutan tapak jari.

Isteri perlu memandu suami ke tempat atau bahagian tubuh yang dia mahukan sentuhan. Ini lebih baik daripada membiarkan suami meneroka tubuh badan secara membuta.

Dalam keadaan selesa dan lega, mudah untuk minda isteri menyelami perasaan syahwatnya untuk menghayati sentuhan intim yang boleh mencetuskan keghairahan dan dengan panduannya, suami boleh lakukan apa yang perlu untuk membawanya ke kemuncak syahwat.

Perasaan syahwat dalam kawalan ‘pusat syahwat’ berada dalam minda dan ia berada dalam kawalan hormon testosterone. Jika satu ketika wanita mudah teruja dan mencapai klimaks namun kini mudah terganggu, ada kemungkinan tahap hormon testosteronenya merudum.

Ini boleh dikesan melalui ujian darah. Bagi saya, hubungan intim seksual satu seni. Apa juga seni untuk diceburi, kita perlu tahu langkah awal sebelum meneruskan langkah seterusnya.

Kita perlu tahu anggota badan yang boleh mencetuskan perasaan ghairah. Bahagian yang memberi keghairahan kepada kita dikenali sebagai Zon Erogena (Erogenous Zones).

Apabila bahagian itu mengalami rangsangan, kita akan mencapai kemuncak syahwat iaitu orgasma.

Tips Tahan Lama Berjimak

Kemahiran tahan lama ketika melakukan persetubuhan adalah kemahiran yang perlu ada pada setiap suami jika mereka berhajat untuk menikmati hubungan seks yang sihat dan nikmat. Jika anda ada masalah dalam hubungan seksual anda perlu belajar atau memperbaiki hubungan seksual anda dengan pasangan supaya lebih tahan lama.

Berikut adalah teknik-teknik tahan lama yang boleh dipraktikkan :

Teknik Pengerasan Zakar
Biasanya anda akan memancutkan air mani apabila zakar anda berada pada keadaan kurang keras. Oleh itu, sebelum melakukan persetubuhan, pastikan zakar anda berada dalam keadaan benar-benar keras. Anda boleh suruh isteri anda rangsang zakar anda sehingga benar-benar keras. Ketika persetubuhan berlangsung dan anda rasa zakar anda mula melembik, anda berhenti dan rangsang akar anda sehingga keras kembali. Kemudian teruskan persetubuhan, anda pancut air mani ketika anda benar-benar puas.

Teknik Pernafasan
Pernafasan yang terburu-buru ketika melakukan hubungan seks akan menyebabkan anda cepat pancut. Bernafas dengan tenang dan anda lakukan hubungan seks dengan sabar dan tidak gelojoh. Anda boleh bersikap liar ketika melakukan hubungan seks tetapi jangan terburu-buru hendak memuaskan nafsu anda. Pastikan anda mendapat nafas yang cukup ketika melakukan hubungan seks.

Sentiasa Tukar Posisi
Semasa melakukan hubungan seks anda akan cepat pancut jika anda lakukan pada satu posisi sahaja.. Oleh itu sentiasa tukar posisi dari semasa ke semasa. Kebaikan utama bertukar posisi anda boleh berehat, anda boleh berehat dan menarik nafas, dan zakar anda tidak terlalu terdesak untuk memancut awal.

Sumber : Anas Ansarani/panduan batin

Tips Senang Hamil


 

Antara tip-tip mudah hamil seperti berikut. Jom cuba.

1- Waktu terbaik untuk melakukan hubungan seksual

Adalah penting bagi pasangan yang inginkan zuriat mengetahui tentang masa yang sesuai untuk melakukan hubungan intim bersama pasangan iaitu pada waktu wanita subur (masa pengeluaran telur @ ovulasi). Bila dan bagaimana untuk mengetahui waktu subur anda? Anda boleh dapatkan ovulation kit di mana-mana farmasi. Ovulation kit ini boleh membantu anda menentukan bilakah masa subur anda. Anda perlu tahu bahawa telur yang matang hanya hidup 24 jam sedangkan sperma pula hidup 48 hingga 72 jam dalam tubuh wanita. Oleh itu, sekiranya anda melakukan hubungan seks sebelum saat ovulasi lebih baik berbanding selepas ovulasi.

2- Kekerapan melakukan hubungan seksual
Ini adalah bergantung kepada setiap pasangan itu sendiri. Tidak ada angka atau fakta yang tepat yang dapat memastikan berapa kali seseorang itu harus melakukan hubungan untuk hamil. Ada wanita yang hamil hanya dengan satu kali sahaja tetapi ada juga yang memerlukan waktu yang lebih lama. Bagaimanapun yang paling penting ialah "berapa kerap" anda melakukan hubungan pada "waktu subur". Sebab, jika anda melakukan hubungan banyak kali pun, tetapi bukan pada masa anda (isteri) subur, potensi untuk mengandung tetap tipis atau boleh jadi langsung tidak ada.

3- Nikmati proses hubungan seksual anda
Daripada penelitian pakar menunjukkan bahawa ketika seorang wantia mencapai orgasme - klimaks semasa hubungan kelamin - akan membentuk suasana alkaline pada vagina yang mana sperma suka keadaan ini, berbanding keadaan normal vagina. Jika anda mencapai orgasme pada saat yang bersamaan atau sesaat sesudah pasangan anda ejakulasi maka kesempatan sperma untuk selamat sampai di servik - rahim - lebih tinggi.

4-Posisi Hubungan Seksual
Posisi seks yang dicadangkan berikut ini mungkin dapat meningkatkan kemungkinan terjadinya kehamilan. Posisi suami di atas adalah yang terbaik untuk anda hamil. Letakkan sebuah bantal kecil dibahagian pinggul anda, sehingga pinggul anda beristirahat untuk menampung sejumlah sperma selama 15 minit atau lebih selepas anda berdua mencapai klimaks bersama sama.

Keadaan ini akan memudahkan sperma berenang ke dalam rahim. Jangan menggunakan bantal yang besar dan terlalu tinggi, kerana ia akan menyebabkan sperma terkumpul dibelakang rahim sahaja dan ini akan menyukarkannya untuk berenang dan bergabung dengan sel telur, yang akhirnya menjadikan usaha anda sia-sia saja.
 
Manakala posisi seksual yang perlu dielakkan bila anda ingin hamil adalah posisi wanita di atas, duduk atau berdiri, yang akan menyebabkan sebahagian dari sperma keluar dan hanya tersisa sedikit sperma yang mencuba berenang ke arah sel telur. Hukum graviti.

5- Jangan banyak bergerak setelah melakukan hubungan seks
Tidak ada bukti yang menunjukkan bahwa jika anda tidak bergerak gerak selepas hubungan akan meningkatkan potensi untuk hamil. Kerana sebenarnya sperma sudah berada di dalam servik - rahim - sesaat setelah ejakulasi. Namun adalah digalakkan agar anda memberi masa untuk sperma berenang ke servik seperti yang diterangkan sebelumnya. Anda juga diingatkan agar tidak membersihkan vagina anda dengan cairan pembersih vagina setelah melakukan hubungan seksual kerana cairan pembersih vagina adalah bersifat toksic untuk sperma.


6- Buat para suami

Para suami sebaiknya menghindari memakai seluar dalam yang terlalu ketat atau mandi air panas, ini kerana ia akan menurunkan kemungkinan kehamilan kerana proses penekanan atau panas kawasan testis (pembentuk sperma). Ini berkait dengan tabiat atau amalan kebiasaan.


7- Relaks

Setiap pasangan suami isteri perlu sentiasa tenang dan tabah dalam menghadapi apa jua stress atau tekanan. Ini kerana stress atau tekanan terhadap sesuatu masalah ini mampu menurunkan keupayaan untuk hamil.


8- Jaga kesihatan anda

Menjaga kesihatan adalah asas yang paling penting. Pastikan tubuh anda cukup nutrisi. Perlu diingatkan bahawa wanita yang sihat akan lebih mudah hamil daripada yang mempunyai berat badan yang berlebihan atau kurang.


Tips di atas diharapkan dapat membantu anda untuk meningkatkan kemungkinan untuk hamil. Anda perlu tahu, hanya 30% sahaja dari jumlah sperma yang bertemu dengan telur di dalam rahim akan berhasil untuk melakukan kehamilan manakala 70% lagi gagal walaupun anda telah melakukannya dengan betul. Jadi anda harus menunggu dan mencuba lagi.


Sekiranya anda telah mencubanya sehingga 1 tahun tanpa membuahkan hasil maka adalah penting untuk anda dan pasangan merujuk kepada doktor pakar untuk dapatkan rawatan dan khidmat rundingan yang terbaik.


Jodoh, rezeki dan anak adalah ketentuan dan anugerah Allah, bagaimanapun anda harus berusaha sebaik mungkin untuk meraihnya. Dr pakar adalah perunding terbaik untuk membantu anda mendapat anak.


Yang paling penting, sikap keterbukaan antara suami dan isteri untuk sama sama berfikir, berbincang dan berusaha untuk mendapatkan anak.

Rancang hubungan seksual anda, niat dengan ikhlas, berdoa kepada Allah dan ikut pesanan dan nasihat Dr. Insya Allah anda berjaya. 


Dipetik dari Mengandung.com

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Ilmu Batin Hebat - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger