Saya berumur 35 tahun dan berada dalam keadaan
sihat. Pada perkahwinan pertama, saya dikurniakan tiga anak dan ketiga-tiganya
bersalin secara pembedahan.
Doktor sudah mengikat peranakan saya dan kemudian
saya bercerai tiga tahun lalu. Kini saya sudah berkahwin dan teringin menimang
cahaya mata dengan suami sekarang. Apakah yang perlu saya lakukan?
Untuk pengetahuan doktor,
anak saya berumur 12 tahun, sembilan tahun dan bongsu, lapan tahun. Harap
doktor dapat memberi pandangan.
Puan Ami,
Selangor
Selangor
_____________________
Terdapat dua perkara penting dalam keadaan anda.
Pertama, mengenai prosedur mengikat tiub fallopio. Saya meneka semasa pembedahan Caesarean terakhir, kaedah yang digunakan adalah memotong bahagian tengah tiub fallopio yang diikat, namun ada juga doktor yang turut memotong bahagian hujung tiub (fimbria).
Dalam keadaan struktur tiub fallopio sebegitu, ia tidak lagi ‘normal’ untuk mengambil telur daripada ovari, menjadi tempat persenyawaan telur oleh sperma, menolak embrio ke dalam ruang rahim dan seumpamanya. Walaupun potongan terbabit dicantumkan semula, panjang serta sifatnya tidak lagi seperti dahulu, malah risiko kehamilan luar rahim (ektopik) juga boleh meningkat.
Dalam keadaan di atas, peluang hamil terbaik adalah secara kaedah IVF (persenyawaan in-vitro atau tabung uji) kerana kaedah ini tidak memerlukan tiub fallopio.
Kedua adalah mengenai keadaan rahim anda. Adakah dinding rahim anda masih utuh untuk menanggung kehamilan dan kontraksi bersalin kelak?
Apakah keadaan ruang dalam pelvis sewaktu pembedahan terakhir? Adakah terdapat banyak perlekatan sehingga menyukarkan doktor melakukan pembedahan? Bagaimanakah keadaan organ penting berhampiran contohnya pundi kencing? Adakah terdapat perlekatan tebal dan banyak?
Seeloknya anda mendapatkan maklumat pembedahan terakhir dari hospital sebelum berjumpa doktor pakar sakit puan untuk mendapatkan penilaian.

Catat Ulasan