Featured Post Today
print this page
Latest Post

Elak Kesakitan Malam Pertama

Malam pertama merupakan perkara yang paling dinantikan oleh pasangan pengantin baru. Namun dalam keghairahan untuk menikmati momen indah bersama insan tercinta itu, ramai wanita berasa takut untuk melaluinya.

Pelbagai rasa bertandang di jiwa. Gelisah, resah, risau dan takut akan kesakitan saat pecah dara antara perkara yang sering menghantui  ratu sehari. Apatah lagi , banyak cerita yang mengiyakan semua ketakutan itu. Persoalannya, benarkah wanita berasa sakit saat melalui malam pertama? Mengapa?

Mengalami kesakitan saat malam pertama merupakan perkara normal bagi wanita. Pakar seksualiti Dr. Mahinder Watsa berkata kesakitan itu berpunca daripada pelbagai faktor. Antaranya, hymen atau selapu dara, sejenis tisu membran tipis yang menutup bibir vagina yang akan pecah dan mendatangkan kesakitan saat penetrasi.

Kesakitan juga berlaku apabila wanita berada dalam bimbang dan tegang kerana terlalu memikirkan kesakitan yang bakal dialami akibat hubungan intim itu. Kegusaran itu akan membuatkan otot-otot di sekitar pinggul dan vagina menjadi tegang serta tidak bersedia saat penetrasi sehingga menimbulkan kesakitan. Sedangkan rasa sakit itu dapat dihindari jika anda berasa dalam keadaan tenang.

Selain itu, rasa sakit turut dialami kerana kurangnya aktiviti pemanasan. Kerana malu dan terburu-buru, ramai pasangan pengantin baru mengabaikan proses pemanasan yang mampu merangsang vagina sekali gus menghasilkan pelincir pengelak kesakitan sewaktu suami melakukan penetrasi.

Bagaimana mengatisanya?

Pakar terapi seks , perkahwinan dan kekeluargaan. Dr Marty Klein, menyatakan terdapat pelbagai cara untuk menikmati seks malam pertama tanpa rasa sakit, Antaranya :

1- Bina keselesaan
Ramai wanita berasa takut atas sebab-sebab yang tidak diketahui kerana kurang yakin dengan keadaan diri mereka. Cubalah untuk berasa selesa dengan diri mereka sendiri kerana rasa gelisah dan stres yang dialami hanya  akan membuatkan otot vagina mengenag dan lebih mudah berasa sakit.

2- Fahami tubuh
Faham akan anatomi tubuh akan membuatkan anda berasa lebih yakin terutama apabila pasangan anda juga merupakan lelaki teruna. Adalah penting untuk anda mengetahui perkara yang membuatkan anda terangsang dan nyatakannya kepada pasangan bagi membolehkan kalian menikmati hubungan seks.

3- Dapatkan ilmu
Rajin-rajinlah membaca untuk mendapatkan ilmu berkaitan hubungan intim menjelang hari perkahwinan anda. Dapatlah informasi berkaitan seks seperti bagaimana menjalani seks normal dan cara untuk mengusir ketakutan atau menghilangkan rasa sakit saat melakukan hubungan seks kali pertama. Informasin yang betul akan membantu anda malalui malam tersebut tanpa sebarang rasa bimbang penyebab kesakita.

Sumber : Harmoni

Kebaikan Memeluk Isteri

Setelah berpuluh tahun membina perkahwinan,  ada kala  kemesraan suami isteri semakin lama semakin menjadi pudar. Ini  bukan bermakna  kasih sayang yang dibina itu sudah hilang  tetapi kemungkinan  isteri sebagai ibu sibuk dengan urusan rumah tangga dengan anak-anak ditambah pula kehadiran cucu. Suami pula sibuk dengan bebanan urusan pejabat yang semakin bertambah. Peluk cium antara suami isteri seakan sepi tidak seperti dua puluh tahun dahulu. 
 
Menurut kajian, seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun. Fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.
 
Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh. 
 
Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w. Berilah layanan yang istimewa kepada suami agar dapat selalu dipeluk olehnya.
 
1. MURAH PUJIAN
Tidak kira bagaimanapun sikap suami, jangan sekali-kali menjatuhkan air mukanya terutama di hadapan anak-anak. Selalu memberi puji-pujian dan kata-kata sanjungan. Jika suami membuat kesilapan seperti meninggalkan kain pelikat di hujung katil, apabila mahu menegurnya mulakanlah dengan tujuh kali puji-pujian terhadap mereka seperti, “abang nampak kacak hari ini”, “saya tengok abang semakin segak sekarang dan paling tidak saya rasa bahagia hidup di sisi abang  tetapi pagi tadi, abang tertinggal kain pelikat di hujung katil dan  sudah saya basuhkan”. Dengan puji-pujian ini sudah tentu suami akan memberikan pelukan hangat dan mungkin mendapat sebuah ciuman. 
 
2.BERMAAFAN SEBELUM TIDUR
Salah satu cara untuk mengeratkan hubungan suami isteri dengan selalu bermaafan setiap kali sebelum tidur. Ucaplah kata-kata maaf atas apa sahaja perlakuan kita sepanjang hari dan berjanji tidak akan mengulanginya pada keesokan hari  dan hari-hari yang mendatang. Suami juga secara tidak langsung akan berbuat perkara yang sama. Peluklah suami sebelum tidur dan anda pasti mendapat pelukan balas. 

3. MENGHORMATI SEMPADAN PERIBADI SUAMI
Sebagai seorang isteri yang baik anda perlu menghormati hak peribadi suami. Memang antara suami isteri tidak patut ada rahsia antara satu sama lain tetapi kadang-kadang suami ada perkara yang tidak mahu isterinya tahu. Bukan maksudnya mahu membelakangkan isteri tetapi niatnya murni tidak mahu menyusahkan isteri. Janganlah mendesak suami untuk menyatakan halnya tetapi sebaliknya katakan padanya “walau apapun yang abang lakukan dan walau apapun keputusan abang, saya sentiasa menyokong abang”.
 
4. MUHASABAH HUBUNGAN UNTUK MENCARI PUNCA MASALAH
Hubungan suami isteri tidak akan lari dari perselisihan faham. Jika perkara yang kecil cepat-cepatlah perbaiki semula. Jika masalah yang melanda agak besar,  sentiasa muhasabah hubungan dan mencari perkara yang positif dalam usia perkahwinan yang sudah menjangkau jubli perak ini. Paling baik,  sentiasa mencari punca masalah dan selalu berbincang dengan suami. Cara ini paling berkesan dan menguntungkan ke dua belah pihak. 
 
5. MENERIMA KELUARGA PASANGAN
Tunjukkan kita menyukai dan mengasihi orang-orang yang dihargai oleh pasangan kita. Pasangan yang intim dan bahagia saling suka menyukai kaum keluarga dan sahabat handai masing-masing. Mereka banyak menziarahi kaum keluarga dan rakan-rakan, selalu menolong dan sering mengajak mereka datang ke rumah. Bagi menunjukkan kita menyukai kaum keluarga dan sahabat handainya, pujilah mereka supaya dia tahu apa yang kita sukai berkenaan mereka itu. Jangan sekali-kali mengkritik dan mengumpat mereka. 
 
6. MENGUBAH DIRI UNTUK MERANGSANG PERUBAHAN PASANGAN
Peredaran zaman membuatkan kehidupan manusia turut berubah. Jangan samakan kehidupan suami kita dua puluh tahun dahulu. Jika dahulu pendapatannya kecil tetapi kini sudah jauh berubah. Perubahan itu membuatkan komitmen juga turut berubah. Ubahlah diri dari segi mental dan fizikal selari dengan perubahan suami. Dalam erti kata lain berubah mengikut peredaran zaman. Jangan suami sudah sampai ke bulan kita masih mahu bertatih di bumi.
 
7. BERCAKAP DARI LUBUK HATI
Bercakaplah secara tulus dari hati berkenaan apa yang sedang difikirkan dan dirasakan. Masing-masing mempunyai ‘instinct’ terhadap satu sama lain. Kadang-kadang apa yang bermain di fikiran suami sudah boleh diduga oleh isteri. Itulah kehebatan sang isteri. Jangan berdusta dengan cara memendamkan perasaan yang sebenarnya. 
 
8. BENTUK KOD-KOD KASIH SAYANG UNTUK SUAMI
Kadang-kadang bila anak-anak sudah besar,  kita  malu menyatakan sayang kepada pasangan. Apa kata anda ciptakan kod-kod istimewa yang hanya anda dan suami sahaja yang faham. Misalnya ‘1-4-3’ yang mempunyai maksud ‘I love you’ atau kod-kod yang mudah seperti ‘ikan keli’ dan sebagainya. Dengan kod-kod ini pasti anak-anak akan terpinga-pinga apa yang diucapkan oleh anda dan suami.
 

Isteri Penat, Suami Kecewa

 

Soalan:
Assalamualaikum. Saya adalah seorang isteri berkerjaya dan sudah dikurniakan dua anak. Tanggungjawab sebagai setiausaha di sebuah syarikat pengiklanan yang besar dan tugas menjaga dua anak dan suami sering menyebabkan saya keletihan.

Bayangkan setiap pagi terpaksa bangun seawal jam 4.30 pagi bagi menyiapkan sarapan dan bekalan anak sebelum dihantar ke rumah pengasuh. Sepanjang hari terpaksa terkejar ke sana sini bagi memenuhi tuntutan tugas. Pulang ke rumah selepas waktu Maghrib dalam keadaan tertekan.

Kemudian ditambah pula dengan kerja rumah yang perlu dibereskan. Kesannya, sebelum jam 10 malam, saya sudah tidur dalam keadaan keletihan yang amat sangat. Bagaimanapun keadaan ini menyebabkan suami sering kecewa tidak dapat bersama ketika sangat berhajat. Saya juga berasa bersalah kerana gagal menjalankan tanggungjawab sebagai isteri.

Tetapi apakan daya, kudrat saya memang tiada, malah keinginan seksual juga langsung tidak muncul kerana keletihan. Sejak kebelakangan ini, suami seperti hilang sabar dan mula marah-marah.

Beliau ada membacakan mafhum hadis yang menyatakan isteri yang tidak mahu melayan keinginan suami hingga suaminya tidur dalam keadaan kecewa, dia pasti akan dilaknat malaikat hingga Subuh. Apakah benar hadis ini dan adakah saya dianggap derhaka kepada suami serta dilaknat malaikat?

Jawapan:

Tahniah saya ucapkan kepada puan dan isteri yang gigih menjalankan pelbagai tugas setiap hari. Saya percaya puan melakukan semua ini demi menjamin kebahagiaan dan kesejahteraan insan disayangi, iaitu anak dan suami.

Wajib sedia keperluan
Perlu dijelaskan tanggungjawab mencarikan nafkah untuk keluarga terletak sepenuhnya atas bahu suami. 

Bererti mereka wajib menyediakan keperluan keluarga dengan sempurna dengan bekerja bersungguh-sungguh, sedangkan isteri tidak diwajibkan bekerja mencari nafkah.

Justeru, apabila isteri reda keluar bekerja mencari nafkah bagi membantu suami melaksanakan tanggungjawabnya, sudah tentu suami perlu bertolak ansur.

Hadis dimaksudkan suami puan adalah hadis riwayat Abu Hurairah yang melaporkan ucapan Rasulullah SAW yang bermaksud: "Apabila seorang suami mengajak isterinya untuk bersetubuh, tetapi tidak diendahkan isterinya, lalu suaminya tidur malam itu dalam keadaan marah kepadanya. Isteri berkenaan dilaknat malaikat hingga Subuh."

Tidak adil bagi suami menggunakan hadis ini ke atas puan sedangkan situasi puan berbeza. Laknat yang dimaksudkan dalam hadis ini adalah apabila seorang isteri menolak keinginan suaminya untuk bersama tanpa alasan yang kukuh, sedangkan dalam kes ini, puan menolaknya kerana terlalu letih.

Bina keluarga sempurna

Mustahil Allah dan malaikat akan melaknat isteri yang bekerja siang dan malam bagi membantu suami membina keluarga sempurna. Sebaliknya, suami yang gagal meringankan kerja isteri sepatutnya dihukum. Tambahan pula kerja rumah seperti memasak dan membasuh bukan tanggungjawab isteri, tetapi suami!
Sebaiknya dalam situasi puan ini, suami perlu memainkan peranan membantu tugas di rumah bagi meringankan beban isteri. Usah paksa suami melakukan apa yang tidak mampu dilakukan seperti memasak dan membasuh. Sebaliknya, minta dia membuat kerja sampingan seperti menjaga anak ketika puan masak, mengemas rumah, memastikan pakaian yang kotor dimasukkan ke dalam bakul dan membasuh sendiri pinggan digunakan.

Kerjasama begini dapat meredakan sedikit ketegangan puan dan secara tidak langsung puan akan berasa dihargai suami. Bermula daripada perasaan terharu dan dihargai akan lahir keghairahan untuk bersama. Ini rahsia untuk suami yang memiliki isteri yang keletihan kerana bekerja.
Sumber : BH Online


 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Ilmu Batin Hebat - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger