Mereka yang
telah mendirikan rumahtangga pastinya inginkan keluarga yang bahagia dan
harmoni. Dalam Islam, untuk mewujudkan kebahagiaan di antara suami isteri,
tidak perlulah isteri atau suami mencari ilmu pengasih yang adakalanya lebih
memudaratkan. Malah ada yang mendatangkan syirik dan bertentangan dengan agama.
Jika suami isteri jujur dan ikhlas ingin memperolehi kerukunan rumahtangga,
terdapat beberapa amalan yang patut dipraktikkan iaitu :
1. PANDAI MEMIKAT HATI
Di sini
bukanlah bermakna menggunakan kepintaran dan kebijaksanaan semata-mata.
Masing-masing perlulah mencari jalan supaya pasangan berasakan dirinya
benar-benar disayangi dan dicintai. Ucapkanlah kata-kata yang lemah-lembut dan
menyenangkan diiringi senyuman yang menggambarkan kasih sayang dan kemesraan
yang tak berbelah-bagi. Lakukanlah sesuatu kerja dengan ikhlas dan jujur kerana
dengan itu akan menimbulkan kasih sayang yang abadi di antara suami dan isteri.
2. PANDAI
MENYESUAIKAN DIRI
Menyesuaikan
diri dalam sebuah rumahtangga adalah merupakan suatu usaha yang penting. Suami
isteri perlulah memahami pasangan dan hendaklah sedaya-upaya menutup kekurangan
pasangan masing-masing. Sikap bertolak-ansur dalam menerima kelemahan pasangan
adalah suatu pengorbanan yang besar kerana setiap manusia pasti ada
kelemahannya. Namun suami isteri perlulah cuba membaiki diri dengan kerelaan
dan kesedaran.
3. SALING HORMAT-MENGHORMATI
Suami isteri
perlulah saling hormat-menghormati, menjaga maruah dan peribadi masing-masing.
Kritik-mengkritik atau keji-mengeji adalah racun berbisa dalam rumahtangga dan
boleh menyebabkan perceraian. Jika ingin menasihati, gunakanlah kata-kata yang
lemah-lembut yang tidak mengecilkan hati dan perasaan.
Dalam hidup
berumahtangga, suami isteri perlulah menghargai segala usaha dan jasa yang
dicurahkan kepada mereka. Janganlah memandang sepi segala usaha dan pemberian
yang telah kita nikmati. Isteri janganlah suka melahirkan perasaan tidak puas
hati diatas kehendak dan permintaan yang tak dapat ditunaikan suami. Mintalah
sesuatu yang mampu diberikan suami dan bukanlah sesuatu yang diluar
kemampuannya. Segala yang diberi, perlulah dihargai walaupun pemberiannya kecil
sekalipun.
4. CINTA-MENCINTAI
Setiap
manusia dikurniakan perasaan semulajadi iaitu perasaan cinta dan kasih sayang.
Cinta merupakan pakaian hidup. Suami isteri mestilah berusaha mencari jalan
untuk memupuk dan memperbaharui cinta supaya rumahtangga sentiasa dalam keadaan
bahagia, aman dan ceria. Cinta hipokrit atau cinta palsu tidak akan
membahagiakan jiwa, sebaliknya memusnahkan. Hanya cinta suci adalah cinta yang
abadi. Oleh itu, janganlah kita berpura-pura mencintai seseorang kerana itu
ibarat kita bermain dengan api.
5.
BERTIMBANG-RASA
Sikap
bertimbang-rasa perlulah disemai agar kemesraan terjalin. Ia memupuk perasaan
kasih dan sayang di antara suami isteri kerana dengan bertimbang rasa
perbalahan dan rasa tidak puas hati dapat dielakkan. Sekiranya isteri penat,
suami perlulah membantu isteri melaksanakan tugas di rumah. Begitu juga dengan
isteri, janganlah memaksa suami menurut segala kehendaknya tanpa
bertimbang-rasa.
6. BERMUKA
MANIS
Mengiringi suami ke pintu rumah serta mengucup mesra ketika suami keluar kerja dan menunggu suami pulang kerja dengan wajah manis merupakan suatu penghargaan terhadap suami. Hati suami akan sentiasa riang dan bertambah sayang. Kesopanan yang ditunjukkan pula akan mengeratkan kasih sayang.
Mengiringi suami ke pintu rumah serta mengucup mesra ketika suami keluar kerja dan menunggu suami pulang kerja dengan wajah manis merupakan suatu penghargaan terhadap suami. Hati suami akan sentiasa riang dan bertambah sayang. Kesopanan yang ditunjukkan pula akan mengeratkan kasih sayang.
Perkara
kecil yang menjadi punca perbalahan janganlah diperbesarkan. Lupakanlah segala
perkara yang remeh-temeh dengan menanam sikap pemaaf.
Sumber
Catat Ulasan