Featured Post Today
print this page
Latest Post

Tip Rangsang Isteri Sampai Orgasme Hebat

 

Jika anda tiada idea baru untuk rangsang isteri anda sehingga dia datang inzal, anda boleh amalkan 3 teknik berikut :

1- Rangsang kehendak isteri anda.
Ketika melakukan hubungan seks, anda berdua pasti tenggelam dalam lautan nafsu masing-masing. Namun ketika isteri anda benar-benar terangsang, anda seksa dia seperti ketika anda sedap berdayung dengan laju, anda berhenti dan lakukannya dengan perlahan-lahan sehingga isteri anda berasa sangat geram dan minta pada anda lajukan tusukan. Rangsangan emosi dan kehendak akan membuatkan isteri anda sangat bernafsu untuk datang inzal.

2- Foreplay perlahan.
Ketika melakukan foreplay anda lakukan secara perlahan dan penuh dengan kasih sayang. Rangsang keseluruhan badan dan tumpukan pada bahagian vagina dan payudaranya. Selepas anda puas merangsang dan meraba isteri anda, anda lakukan oral seks terhadap isteri anda, pasti dia akan orgasme.

3- Ubah posisi secara mengejut.
Ketika isteri anda sedang puas disetubuhi, anda tukar posisi dan momentum. Jangan pula menukar posisi yang memerlukan pergerakan yang banyak. Cukup posisi yang boleh ditukar dengan satu atau dua pergerakan sahaja. Pertukaran posisi memberi peluang kepada anda untuk merangsang bahagian dalam vagina yang berlainan. Kekalkan momentum supaya isteri anda tidak hilang nafsunya.

Teknik rangsang diatas perlulah dipelajari oleh para suami untuk memberi isteri rasa orgasme yang hebat demi kebahagian rumahtangga.

Sumber : Panduan Batin.

Pengasih Rumahtangga



 

Mereka yang telah mendirikan rumahtangga pastinya inginkan keluarga yang bahagia dan harmoni. Dalam Islam, untuk mewujudkan kebahagiaan di antara suami isteri, tidak perlulah isteri atau suami mencari ilmu pengasih yang adakalanya lebih memudaratkan. Malah ada yang mendatangkan syirik dan bertentangan dengan agama. Jika suami isteri jujur dan ikhlas ingin memperolehi kerukunan rumahtangga, terdapat beberapa amalan yang patut dipraktikkan iaitu :
 
1. PANDAI MEMIKAT HATI

Di sini bukanlah bermakna menggunakan kepintaran dan kebijaksanaan semata-mata. Masing-masing perlulah mencari jalan supaya pasangan berasakan dirinya benar-benar disayangi dan dicintai. Ucapkanlah kata-kata yang lemah-lembut dan menyenangkan diiringi senyuman yang menggambarkan kasih sayang dan kemesraan yang tak berbelah-bagi. Lakukanlah sesuatu kerja dengan ikhlas dan jujur kerana dengan itu akan menimbulkan kasih sayang yang abadi di antara suami dan isteri.

2. PANDAI MENYESUAIKAN DIRI

Menyesuaikan diri dalam sebuah rumahtangga adalah merupakan suatu usaha yang penting. Suami isteri perlulah memahami pasangan dan hendaklah sedaya-upaya menutup kekurangan pasangan masing-masing. Sikap bertolak-ansur dalam menerima kelemahan pasangan adalah suatu pengorbanan yang besar kerana setiap manusia pasti ada kelemahannya. Namun suami isteri perlulah cuba membaiki diri dengan kerelaan dan kesedaran.

3. SALING HORMAT-MENGHORMATI

Suami isteri perlulah saling hormat-menghormati, menjaga maruah dan peribadi masing-masing. Kritik-mengkritik atau keji-mengeji adalah racun berbisa dalam rumahtangga dan boleh menyebabkan perceraian. Jika ingin menasihati, gunakanlah kata-kata yang lemah-lembut yang tidak mengecilkan hati dan perasaan. 

Dalam hidup berumahtangga, suami isteri perlulah menghargai segala usaha dan jasa yang dicurahkan kepada mereka. Janganlah memandang sepi segala usaha dan pemberian yang telah kita nikmati. Isteri janganlah suka melahirkan perasaan tidak puas hati diatas kehendak dan permintaan yang tak dapat ditunaikan suami. Mintalah sesuatu yang mampu diberikan suami dan bukanlah sesuatu yang diluar kemampuannya. Segala yang diberi, perlulah dihargai walaupun pemberiannya kecil sekalipun.

4. CINTA-MENCINTAI

Setiap manusia dikurniakan perasaan semulajadi iaitu perasaan cinta dan kasih sayang. Cinta merupakan pakaian hidup. Suami isteri mestilah berusaha mencari jalan untuk memupuk dan memperbaharui cinta supaya rumahtangga sentiasa dalam keadaan bahagia, aman dan ceria. Cinta hipokrit atau cinta palsu tidak akan membahagiakan jiwa, sebaliknya memusnahkan. Hanya cinta suci adalah cinta yang abadi. Oleh itu, janganlah kita berpura-pura mencintai seseorang kerana itu ibarat kita bermain dengan api. 

5. BERTIMBANG-RASA

Sikap bertimbang-rasa perlulah disemai agar kemesraan terjalin. Ia memupuk perasaan kasih dan sayang di antara suami isteri kerana dengan bertimbang rasa perbalahan dan rasa tidak puas hati dapat dielakkan. Sekiranya isteri penat, suami perlulah membantu isteri melaksanakan tugas di rumah. Begitu juga dengan isteri, janganlah memaksa suami menurut segala kehendaknya tanpa bertimbang-rasa.

6. BERMUKA MANIS

Mengiringi suami ke pintu rumah serta mengucup mesra ketika suami keluar kerja dan menunggu suami pulang kerja dengan wajah manis merupakan suatu penghargaan terhadap suami. Hati suami akan sentiasa riang dan bertambah sayang. Kesopanan yang ditunjukkan pula akan mengeratkan kasih sayang.

Perkara kecil yang menjadi punca perbalahan janganlah diperbesarkan. Lupakanlah segala perkara yang remeh-temeh dengan menanam sikap pemaaf.


Sumber

Rahsia Di Sebalik Mimpi Seks

 

Pernahkah anda mengalami mimpi berbau seksual yakni selain daripada pasangan anda? Jika ya, jangan bimbang. Berdasarkan ahli terapi perkahwinan dan penulis buku ‘A Short Guide to a Happy Marriage’ Sharon Gilchrest, ia bukan bererti anda punya niat untuk curang, tetapi ia merupakan petanda dengan fasa kehidupan seksual yang anda lalui kini.  “Mungkin ada sesuatu yang hilang daripada hidup anda atau mungkin ada masalah dalam hubungan (seksual) tersebut yang perlu difikirkan dan diperbaiki,” kata Sharon dalam bukunya. Jom kita amati 7 mimpi seks dan rahsianya. 
 
1-MIMPI DENGAN ORANG DI MASA LAMPAU
Mimpi pertama yang dikaji adalah mimpi seksual yang melibatkan orang di masa lampau anda.  Mungkin mereka ialah sahabat lama mahupun mereka yang dikenali dahulu. Tafsiran mimpi oleh Sharon menunjukkan ‘tanda bahawa anda sedang mengalami kebosanan dengan pasangan anda sekarang dalam hubungan seks’. Maka, kehadiran bekas kekasih di dalam mimpi menawarkan semula bangkit ghairah yang kian hilang itu. Ini juga diperakui oleh Lauri Quinn Loewenberg dalam bukunya yang bertajuk ‘Cracking Dream Code’. 

2-MIMPI DENGAN RAKAN KERJA ATAU ATASAN
Mimpi kedua pula dengan rakan sekerja mahupun orang atasan. Ya, mungkin tidak pernah terlintas untuk anda berhubungan seks bersama mereka. Jika pernah anda alaminya, tafsiran kajian Sharon mendapati bahawa ‘anda sebenarnya merasakan cukup selesa apabila mendampinginya, namun secara profesional dan bukan secara seksual. Mungkin ini juga ada kaitannya bahawa anda kini sedang iri hati mahupun ingin jadi sehebat dan setanding dengan kemampuan mereka. Dalam soal kerjaya mahupun hubungan intim bersama pasangan. 

3-MIMPI DENGAN SELEBERITI
Oh, pastinya mimpi ini pernah dialami sekali dua bagi kaum lelaki. Melakukan hubungan seks dengan selebriti pilihan yang anda saksikan di layar perak menawarkan pengalaman yang tidak mungkin dapat anda lupakan. Sekiranya terjadi, ini menunjukkan tanda aras bahawa ada hajat yang masih belum tercapai. Mimpi berasmara dengan mereka yang terkenal melambangkan keinginan untuk mengharapkan sesuatu yang lebih atau romantis daripada pasangan anda.

4-MIMPI DENGAN ORANG YANG DIBENCI
Jangan terkejut sekiranya anda bermimpi menjalankan hubungan asmara dengan orang yang dibenci atau yang pernah anda benci. Kebiasaannya, ini melibatkan rakan sekerja mahupun di kalangan rakan-rakan anda. Mungkin di bawah sedar, anda tercari-cari haluan diri untuk menjadi lebih baik dalam hubungan antara pasangan, soal kerjaya mahupun keperibadian anda. Malah, berkemungkinan besar anda sendiri ingin memperbaiki hubungan sesama anda agar tidak kekal seteru, yang pastinya dengan pasangan hidup anda. 

Sumber : Maskulin

Hargailah Pasangan Sebelum Terlambat


 

Kehidupan berumah tangga memang tidak lepas masalah. Daripada soal hubungan suami isteri itu sendiri, kewangan, anak mahupun soal menguruskan rumah tangga. Meskipun masalah ini langsung tiada kaitan dengan seks namun ada kalanya kehidupan seks akan turut menerima tempiasnya.
 
Rasa tidak puas hati terhadap pasangan dalam perkara-perkara tersebut akan menyebabkan ada pasangan enggan mahupun menolak untuk melakukan seks. Keadaan sebegini jika dibiarkan sudah tentu akan menggugat keharmonian rumah tangga Bagi mengelakkan ia berlaku, kenal pasti masalah yang boleh menjerat kehidupan seks anda dan pasangan dalam situasi yang tidak menyenangkan.
 
Kecurangan
Kecurangan adalah penyakit paling sukar untuk disembuhkan dalam hubungan suami isteri. Bila suami yang melakukan kecurangan, isteri akan merasakan diri telah dikhianati dan dibohongi. Sukar untuk memaafkan suaminya.
 
Isteri akan menjadi seorang yang selalu curiga akan gerak geri suaminya dan semua ini akan memberi kesan pada aktiviti seksual. Kecurangan yang dilakukan akan menjadi penghalang bagi hubungan seks suami isteri itu sendiri.
 
Baik buat suami atau isteri, imaginasi keduanya akan beralih kepada orang ketiga ketika hubungan intim hingga menjejaskan kenikmatan hubungan seks. Ubat paling mujarab untuk menyembuhkan keadaan sebegini adalah memaaf dan melupakan semua kecurangan yang berlaku setelah pasangan menyedari kesilapan yang dilakukan.
 
Namun ia tidak semudah mengucapkannya. Buat yang berlaku curang sisihkan waktu untuk pasangan bagi memenangi kembali hatinya. Berterus terang tentang segala-galanya supaya tidak timbul lagi perasaan curiga. Proses pemulihan akan memakan masa jadi bersabarlah.
 
Tekanan
Jika dibiarkan tekanan sama ada akibat pekerjaan atau masalah peribadi akan menjejaskan emosi, sistem kekebalan tubuh dan juga kehidupan seks suami isteri.
 
Jadi bawa bertenang dan larikan diri anda dari situasi yang boleh menyebabkan anda tertekan.
 
Cara yang paling baik adalah dengan bercuti. Bawa pasangan anda ke tempat percutian yang indah namun jangan sesekali membawa bersama kerja-kerja anda.
 
Tinggalkan segala-galanya dan nikmati masa bersama dengan pasangan sepenuhnya. Sekiranya anda punya masalah, inilah masanya untuk anda meluahkan segala-galanya. Apabila anda mampu menangani tekanan yang dihadapi, bukan hanya diri anda yang merasa kesan bahagia malah pasangan anda juga. Seks juga akan menjadi satu perkara yang menyenangkan.
 
Hilang mood
Kalau dulu hasrat untuk hubungan intim mengebu-gebu, kini segala-galanya sudah merudum. Ketika di tempat tidur anda membelakangkan suami dan menolak ajakan untuk seks dengan pelbagai alasan.
 
Banyak penyebab hilangnya ghairah atau mood untuk seks. Antaranya mungkin kerana hal yang paling kecil seperti pasangan tidak mementingkan kebersihan, tiada kemesraan sebelum hubungan dan juga kerana hal yang besar seperti faktor orang ketiga.
 
Selain itu faktor kesihatan juga boleh menjadi penyebabnya. Pada pasangan jangan cepat berkecil hati bila isteri atau suami hilang mood untuk seks. Cari penyebabnya terlebih dahulu dan usahakan untuk mengembalikan keghairahannya dengan pendekatan sabar dan tidak terlalu memaksa.
 
Memperbesar-besarkan hal kecil
Anda mementingkan kebersihan dan kesempurnaan, semua perkara harus dalam keadaan tersusun daripada almari pakaian hinggalah ke rak kasut. Pasangan anda pula punya sikap bertentangan.
 
Baju kotor diletakkan merata-rata, pinggan dan cawan dibiarkan atas meja tanpa dibasuh serta surat khabar pula disepah-sepahkan tanpa dilipat.  Walau berulang kali diingatkan namun suami tidak pernah berubah.
Menyakitkan hati bukan?
 
Jangan dibiarkan keadaan sebegini kerana ia akan menjadi duri dalam daging. Berterusan membiarkan perasaan sakit hati bersarang di jiwa akan memberi kesan pada hubungan suami isteri.
 
Turut menerima padahnya adalah hubungan seks dengan pasangan. Tidak mustahil anda akan mengambil tindakan menarik diri dari hubungan seks kerana perasaan sakit hati terhadap suami.
 
Jadi jangan biarkan masalah kecil berlarutan. Bagi suami ambil peduli bila isteri mula bersungut tentang sikap pengotor atau malas anda. Bagi isteri pula jangan terlalu mengharapkan kesempurnaan terhadap suami anda, setiap manusia dilahirkan dengan kelebihan dan kekurangannya.

Sumber : Mingguan Wanita
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Ilmu Batin Hebat - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger