ANGKAT DIA
Give her a lift! Ini rahsianya. Jangan terkejut sekiranya
pasangan inginkan anda untuk mengangkatnya, membawanya rapat ke dinding
dan serta merta menyentuhnya. Mungkin ia kedengaran agak klise, tetapi
inilah antara aksi yang diidamkannya.
Percayalah, perbuatan ini merupakan antara yang paling diminati wanita
masa kini, hampir 55% mengatakan ya. Itu laporan daripada kaji selidik
laman sesawang Vemale.com. Oleh itu, sebelum memulakan seks, ringankan
tulang anda untuk mengangkat, menyentuh dan bawa terus ke babak
seterusnya – di ranjang tentunya.
KASARI SI DIA
Seks kasar wajar dijauhi tetapi seks lembut pula adakala
membosankan. Jadi, tidak salah sekiranya anda mengasarinya sedikit,
asalkan tidak mendatang sebarang kecederaan mahupun luka pada tubuh
badannya.
Sekali sekala apa kata anda cuba untuk menarik keras rambutnya,
mengoyakkan pakaiannya, mencekik lehernya mahupun menggenggam betisnya.
Tunjukkan kekuasaan anda melalui sikap rakus terhadap dirinya.
Percayalah, this is a major turn-on for the ladies!.
SERLAHKAN ROMANTIS
Bersikap romantis ketika pada awal permulaan cinta dan ketika berada di
atas ranjang bersamanya adalah dua perkara yang berbeza, tapi motifnya
sama – to win her over!. Oleh itu, jangan sesekali anda mengendahkan akan kepentingan bersikap romantis ketika seks.
Memakai bau-bauan, meletakkan kelopak bunga di atas katil, mahupun
membakar lilin aroma di setiap penjuru bilik. Siapa yang tidak tertawan
bukan? Amalkan dan jangan tunggu pasangan anda untuk membuatnya.
TANGGALKAN BAJUNYA...PERLAHAN-LAHAN
Seks tidak semesti perlu disegerakan. Seperti diketahui, sex is not a timeline. Tiada
garis masa untuk menyudahkannya. Oleh itu, jangan terlalu ikutkan
kemahuan. Yang penting, ambil masa anda. Tindakan membuka baju sendiri
dan pasangan antara babak paling seksi ketika seks.
Apa yang pasti, wanita tidak ingin bajunya dilucutkan terus
dari badannya tanpa ada foreplay mahupun seks oral. Lelaki perlu amalkan
untuk membuka satu persatu pakaian pasangan perlahan-lahan. Jangan
gopoh ikutkan nafsu. Biarkan isteri tahu yang anda sedang menikmati
momen seks ketika itu.
PENUHI FANTASINYA
Sex fantasy is a guilty pleasure. Adakala ia boleh mewujudkan
dilema, tetapi hasilnya pasti mengujakan. Sebenarnya, wanita terbuka
untuk ruang bermain fantasi, tetapi ia perlulah bermula dengan anda
terlebih dahulu. Tanyakan kepada si dia, jika dia berminat untuk anda
membawa watak tertentu sebelum bermulanya seks.
Tidak kisahlah apa jua karakter, ia mampu mewujudkan pengalaman baru
dalam rutin seks anda berdua. Tip patut ikut - Jangan takut untuk
kelihatan kelakar di hadapannya, tetapi perlu mainkan karakter yang
diberi sehabis baik. Janganlah sampai anda pula yang tertekan.
LELAHKAN DIA
‘Sex can be an adrenaline rush for some people. It’s chaotic, but it’s magical’. Ini
adalah bingkisan kata-kata daripada pakar terapi seks terkenal Laura
Berman, Ph.D. Seks yang mendatar tanpa didorong oleh aksi kasar dan
memberahikan sewajarnya dielakkan.
Oleh itu, lelaki perlu berbuka untuk melelahkannya – iaitu
mengasarinya dengan penuh etika, di samping menawarkan ‘sesuatu’ untuk
diusahakannya. Biarkan si dia kepenatan, asalkan seks anda berdua
berakhir dengan satu kepuasan.
BERIKAN ARAHAN
Do not sit there and do nothing!. Berdasarkan penyelidik seks
Universiti Indiana, Debby Herbenick, wanita menggilai seorang lelaki di
ranjang yang bersedia untuk ambil alih (take charge) dalam setiap aksi
dalam perjalanan seks tersebut.
Wanita sebenarnya sentiasa terbuka untuk menerima sebarang arahan,
asalkan ia bersesuaian dan boleh diterima. Arahan tidak semestinya
dengan kata berjela, cukup sekadar aksi spontan dengan bantuan sedikit
upaya.
MANISAN
Jika dilihat dalam mana-mana filem romantis sekalipun, pastinya babak
seks diselangi dengan kehadiran manisan dalam mewarnai babak
perhubungan. Mudah, ambil ilham daripada babak tersebut dan lakonnya
semula. Bawa masuk manisan seperti coklat, strawberi, susu manis, madu
dan apa saja yang bersesuaian.
Selain dihalakan ke mulut, tidak salah untuk anda bermain dengan ‘prop’
ini. Pandai-pandailah anda untuk meletakkannya di mana-mana sudut
tubuhnya, dan mulalah beraksi. Pasti hangat bukan? Jangan pula anda bawa
masuk sekali daging stik mahupun nasi goreng pula!.
GELETEK
Kata orang-orang tua, geletek-geletek manja. Sentuhan ringan
seperti geletek ‘tickle’, cuit ‘squeak’ mahupun cubit ‘pinch’, merupakan
sentuhan ‘ajaib’ yang boleh anda usahakan. Wanita sebenarnya tidak mahu
perjalanan seks mereka terus di pertengahan mahupun klimaks.
Wanita lebih suka lelaki untuk melayani mereka seperti ‘bayi’
yang ingin dibelai dan dimanja. Selain menggunakan jari jemari, geletek
menggunakan bulu ayam (feather) boleh memberahikan dan memberikan impak
‘elektrik’ ke atas kulit lembut mereka. Cubalah.
TERUS BERCUMBU, JANGAN HENTI!
Jangan abaikan kuasa ciuman yang sebenarnya antara keinginan seks
paling wanita idamkan. Namun berdasarkan kaji selidik seks yang dijalani
responden daripada Universiti California melalui penyelidikan Family
and Sex Studies In Comparison Views, ada menyatakan bahawa lelaki gagal
untuk mengetahui ciuman lama dari mulut ke mulut (termasuk menggunakan
bibir) adalah sesuatu yang amat digilai wanita. Mereka ingat ciuman
hanya berkuasa sementara. Itu silap! Oleh itu, teruskan mencium dan
mencium dirinya. Biarkan hela nafas jadi penghubung dan penutup.
Sumber : Maskulin
Catat Ulasan