gambar sekadar hiasan
1- Memberi hadiah.
Rasulullah SAW menyarankan : Salinglah memberi hadiah nescaya akan saling mencintai. (Riwayat At-habrani)
2- Meletak kepala di pangkuan isteri.
Sayidatina Aishah berkata Rasulullah biasanya berbaring di pangkuanku, sedangkan aku masih dalam keadaan haid, kemudian baginda membaca Al-Quran. (Riwayat Muslim).
3-Tidur dalam satu selimut
Ummu Salamah bercerita : "Ketika aku berbaring bersama Rasulullah dalam satu selimut, tiba-tiba aku haid, lantas aku keluar secara perlahan-lahan untuk mengambil pakaian khas semasa haid. Rasulullah bertanya kepada ku, Apakah kamu sedang haid? Aku menjawab : Ya. Baginda memanggil lalu aku berbaring lagi bersama baginda dalam satu selimut. (Riwayat Al-Bhukhari)
4-Bersiar-siar pada waktu malam.
Rasulullah apabila datang waktu malam, Baginda berjalan bersama Aisyah dan bincang-bincang bersamanya. (Riwayat Al-Bukhari)
5-Makan dan minum pada bekas bibir isteri.
Sayidatina Aisyah berkata : "Aku pernah minum, saat itu aku sedang haid. Kemudian aku memberikan minuman tersebut kepada Nabi Muhammad (pada tempat yang sama). Baginda menempelkan mulut Baginda sama di tempat bekas mulut aku minum, lalu Baginda minum.
Pernah pula aku makan daging yang tersisa tulang dengan mengigitnya, sedangkan aku dalam keadaan haid. Kemudian aku memberi daging tersebut kepada Rasulullah, Baginda meletakkan mulutnya pada bekas mulutku. (Riwayat Muslim).
6-Menghantar isteri hingga ke tangga.
Salah seorang isteri Rasulullah, Safiyyah binti Huyay menuturkan, "Suatu ketika Rasulullah sedang beriktikaf, kemudian aku menjenguk Baginda pada malam hari, dan berbincang-bincang dengan baginda. Ketika aku berdiri hendak kembali, Baginda berdiri bersamaku untuk menghantar. Sabda Baginda, "Jangan tergesa-gesa hingga aku mengiringmu." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
7-Membantu isteri menaiki kenderaan.
Nabi Muhammad di sisi unta Baginda. Kemudian Baginda menekuk lutut Baginda. Lalu isteri Baginda Safiyyah meletakkan kakinya diatas lutut Nabi hingga dia naik keatas unta. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
8-Menyuapkan makanan ke mulut isteri.
Rasulullah pernah mengungkapkan, "Sesungguhnya apa sahaja yang kamu nafkahkan, maka hal itu ialah sedekah, termasuklah makanan yang kamu suapkan kedalam mulut isterimu. (Riwayat Bukhari)
9-Menemani isteri yang sedang sakit
Sayidatina Aisyah meriwayatkn, "Rasulullah orang yang penyayang lagi lembut, Baginda akan menjadi orang yang sangat lembut dan paling banyak menemani ketika isteri baginda sakit. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
10-Mandi bersama-sama.
Aisyah berkata : Akusentisa mandi bersama dengan nabi daripada satu bekas, tangan kami sama-sama berselisih ketika mengunakan air di dalam bekas itu". (Riwayat Bukhari)
Romantiknya...!!!
Sumber : buku.
Catat Ulasan