Mengetahui
hari subur wanita adalah penting untuk tiga tujuan :-
(1) Bagi
pasangan suami isteri yang merancang keluarga. Yang tidak selesa dengan cara
lain seperti memakai kondom atau penggunaan pil perancang keluarga, yang mahu
melepaskan mani terus ke dalam faraj isteri. Ada kajian mendapati melepas air mani
ke dalam faraj wanita memberikan nikmat yang tinggi kepada perempuan.
(2)
Mengetahui hari subur isteri bagi meningkatkan peluang untuk mengandung.
(3) Hari subur wanita merupakan hari yang paling berahi untuk wanita.
Keinginan
melakukan hubungan seks tinggi sewaktu hari subur. Bagi pasangan suami isteri
yang ingin menikmati seks yang romantik adalah mencari hari paling subur.
Fakta
tentang pusingan haid wanita yang perlu diketahui :-
1. Wanita
biasanya mengeluarkan satu telur bagi setiap bulan pusingan haidnya. Jangkaan
adalah 14 hari sebelum hari pertama haid yang berikutnya.
Telur
yang dikeluarkan akan bergerak daripada ovari wanita ke rahim wanita melalui
salur fallopian. Sperma lelaki perlu disenyawakan telur dalam masa 24 jam dalam
salur fallopian ini. Satu-satu ruang yang akan memastikan telur yang
disenyawakan sampai pada rahim pada masa yang bersesuai.
Telur
wanita hanya hidup 36 ke 48 jam. Selepas itu ia akan mati. Walaupun jangka masa
hidup telur wanita lebih panjang, namun jangka masa sesuai untuk senyawa telur
hanya dalam masa 24 jam selepas ia dikeluarkan dan ianya perlu dilakukan
sewaktu telur bergerak dalam salur fallopian.
Lebih
kurang 12 hari kemudian, lapisan permukaan rahim akan menanggal dan keluar
sebagai haid wanita. Rahim kemudian akan membentuk lapisan baru untuk menunggu
telur yang disenyawa pada pusingan haid berikutnya.
2. Sperma
lelaki boleh bertahan dalam wanita sehingga 7 hari selepas air mani dipancut
dalam faraj wanita.
Daripada fakta diatas jangkaan hari subur wanita boleh dikira. Sebagai contoh
sekiranya wanita datang haid setiap 28 hari, maka waktu keluar telur adalah
hari yang ke 14 daripada haid hari pertama. Sekiranya wanita datang haid setiap
32 hari, maka waktu keluar telur adalah hari ke 18.
Hari
keluar telur, merupakan hari paling subur wanita. Dalam pusingan haid wanita
terdapat tiga fasa, fasa tidak subur sebelum keluar telur, fasa subur dan fasa
tidak subur sebelum haid berikutnya.
Fasa tidak subur sebelum keluar telur, adalah antara hari pertama haid sehingga
hari ke tujuh. Ingin diingatkan sperma lelaki boleh bertahan sehingga 7 hari
dalam wanita.
Jika
wanita haidnya kering diantara hari pertama hingga hari ke tujuh. Sekiranya
hubungan seks dan pancutan air mani dilepaskan di dalam faraj wanita, maka
kemungkinan untuk mengandung adalah rendah. Hari ke 7 biasanya hari
berhati-hati. Pakailah kondom jika tidak mahu mengandung.
Hari ke 8
sehingga hari ke 16 adalah, hari yang tidak selamat bagi melepaskan air mani
dalam faraj wanita, ini bagi pasangan suami isteri yang merancang keluarga. Ini
adalah fasa subur wanita.
Bagi yang
ingin mendapatkan anak, hari 13 dan 14 merupakan hari betul-betul sesuai untuk
bersama melakukan hubungan seks dan memastikan peluang yang tinggi untuk
mendapatkan anak.
Adalah
diingatkan, walaupun pada hari paling subur, hubungan seks bukan hanya masuk
dan lepaskan air mani sahaja dan berharap sperma lelaki akan bertemu dengan
telur di salur fallopian. Untuk meninggikan lagi peluang untuk isteri
mengandung. pasangan suami dan isteri perlu dengan berahi yang tinggi. Dengan
berahi yang tinggi akan membuat pasangan suami dan isteri mencapai klimak atau
orgasm yang tinggi.
Berahi
dan Klimak dan orgasm yang tinggi, akan memastikan air mani dengan sperma yang
terbaik dihasilkan. Wanita pula akan membuat faraj dan rahim menarik masuk mani
dan sperma lelaki dengan denyutan-denyutan yang lagi mencepatkan sperma sampai
ke salur fallopian. Ingat, hanya ada 24 jam untuk memastikan isteri mengandung.
Sumber : blog