Featured Post Today
print this page
Latest Post

Tip Merangsang Payudara Isteri Hingga Klimaks

 

Isteri anda boleh alami orgasm jika anda merangsang payudaranya. Berikut adalah langkah-langkah yang boleh anda praktikkan.

1- Baringkan Isteri Anda Di Sebelah Anda
Anda membaringkan isteri anda di sebelah anda. Mulakan mencium di bahagian kepala sehingga ke bawah. Semasa mencium, anda raba payudara isteri anda. Jangan lepaskannya walaupun anda hanya meletakkan sahaja kerana haba dari tangan anda boleh merangsang payudara isteri anda.

2- Rangsang Imaginasi Isteri Anda
Rangsang imaginasi isteri anda dengan berkata ayat-ayat romantik dan ayat-ayat lucah. Beritahu dia nikmat yang akan anda beri nanti.

3- Sentiasa Merangsang Payudara Isteri Anda
Selepas anda melihat isteri anda sedikit terangsang, anda berhenti berkata-kata dan teruskan rangsangan di payudara. Raba payudara isteri anda dengan lembut sekali sekala bermain dengan putingnya. Sambil itu anda cium mulut isteri anda dan bahagian-bahagian sensitif yang lain.

4- Cium dan Jilat Payudara
Apabila anda mula melihat isteri anda mengerang, anda teruskan rangsangan dengan mencium dan menjilat payudara isteri anda. Jangan berhenti. Bermain-main dengan puting payudara isteri anda. Cium dan hisap puting payudaranya. Rangsang payudaranya secara bergilir-gilir, iaitu satu dicium dan satu lagi diraba. Teruskan sehingga vagina isteri anda basah sepenuhnya dan pasti dia akan alami orgasme.

Sumber : Anas Ansarani

5 Posisi Seks Terbaik Malam Pertama


"Selamat Pengantin Baru". Ucapan ini ditujukan khas buat pasangan pengantin yang baru melangsungkan perkahwinan. Sebagai pengantin baru, anda pasti ingin berikan yang terbaik ketika melakukan hubungan seks dengan pasangan. Sebagai panduan untuk anda, anda boleh ikut  urutan posisi seks berikut:

Kaedah Pertama 
Pasangan pengantin boleh mengaplikasikan posisi missionary. Dimana isteri akan berbaring dan suami akan berada di atas isteri iaitu di celah kangkang isteri. Posisi ini sesuai untuk pemecahan dara di mana suami boleh tenangkan isteri dengan mencium mulut dan lakukan rangsangan di payudara ketika dara di pecahkan. Jadi isteri tidak rasa terlalu fokus pada kesakitan sementara di vaginanya apabila di tusuk zakar suami.

Kaedah Kedua
Dari posisi missionary, suami angkat kaki isteri dan masukkan zakar dari tepi. Dengan ini suami boleh memasukkan zakarnya lebih dalam dari posisi pertama tadi. Selain itu, isteri mungkin mengalami orgasm pada tahap ini.

 
Kaedah Ketiga
Pasangan suami isteri menukar posisi seks mereka kepada doggy style. Dimana isteri berada dalam kedudukan merangkak dan suami akan memasukkan zakar ke dalam vagina dari belakang.

Kaedah Keempat
Selepas suami penat mengetuai hubungan seks, biarkan isteri pula untuk mengetuai hubungan seks ini. Caranya suami berbaring dan isteri memasukkan zakar dari atas. Ketika ini isteri bebas untuk kawal kelajuan kemasukan zakar. Suami juga boleh merangsang isteri dengan merangsang payudara isterinya.

Kaedah Kelima
Suami bangun dari baring ketika di urutan keempat dan peluk isteri yang sedang duduk di atas zakar  tadi. Secara duduk, anda lakukan persetubuhan terakhir. Dayung dan rangsang isteri sehingga dia orgasm dan suami juga boleh alami orgasm bersama–sama dengan isteri.

Selamat berbahagia!!

Tip Mendapat Anak Lelaki dan Perempuan

 

1- Melalui Pemakanan 
Hasil kajian Prof. Roger Hanrion, seorang pakar perbidanan dan sakit puan dan Dr. Francois Papa seorang pakar runding di bidang yang sama di Por Royal Hospital, Paris, mendapati:

i. Untuk mendapat anak lelaki ibu disyorkan supaya memakan makanan yang mengandungi lebih daging, buah-buahan dan bergaram.

ii. Untuk mendapat anak perempuan pula, makanlah makanan yang kaya dengan lemak dan juga makanan yang dibuat daripada susu.

Menurut kajian tersebut, ibu-ibu yang mengamalkan pemakanan mengikut petua di atas, peluang untuk mendapat anak yang dihajati adalah diantara 75 - 80 %. Tetapi apabila ibu-ibu tersebut tidak lagi mengikuti pemakanan yang ditentukan, hasilnya dengan serta merta menurun menjadi 65, 60 dan 55 %.
 
2. Melalui Masa Subur Seseorang
Waktu tidur boleh diketahui dengan cara mengambil suhu badan ibu yang diambil sewaktu bangun dari tidur di waktu pagi. Bagi wanita yang waktu bekerjanya di sebelah malam, maka suhu badan boleh diambil selepas 6 jam tidur secara berterusan. Catatkan suhu badan selama berturut-turut untuk jangkamasa selama 3 bulan. Dengan cara ini anda akan dapat melihat satu bentuk graf. Daripada graf berkenaan anda dapat melihat bilakan masa subur anda. Dengan cara ini jantina anak boleh ditentukan, iaitu:

i. Untuk mendapat anak lelaki, persetubuhan perlu dilakukan pada hari subur.

ii. Untuk mendapat anak perempuan pula, persetubuhan perlu dilakukan 24 jam sebelum waktu subur.

Keadaan ini terjadi kerana di dalam air mani lelaki terkandung berjuta-juta benih yang berbentuk seperti Y dan X, sementara di dalam benih perempuan pula terkandung benih X sahaja. Sekiranya benih lelaki yang berbentuk X bercantum dengan benih perempuan maka ia akan menghasilkan XX iaitu anak perempuan. Manakala benih lelaki yang berbentuk Y apabila bercantum dengan benih perempuan akan menghasilkan XY iaitu anak lelaki.

Benih Y ini dikatakan lebih cergas dan pantas bergerak daripada benih X, tetapi benih berkenaan tidak dapat hidup lama iaitu dalam masa 24 jam sahaja. Benih X pula walaupun agak perlahan pergerakannya, tetapi boleh hidup lebih daripada 24 jam.

3- Tahap Keasidan
Tahap keasidan lendir di dalam kemaluan perempuan dikatakan boleh menentukan jantina anak.

i. Untuk mendapat anak perempuan cecair berkenaan perlulah berkeadaan asid. Oleh itu, dicadangkan supaya wanita membasuh kemaluan dengan sedikit asid cair sebelum melakukan persetubuhan.

ii. Unutuk mendapat anak lelaki pula, cecair berkenaan perlulah berkeadaan alkali. Oleh itu, dicadangkan supaya wanita membasuh kemaluan dengan “bikarbonat” yang beralkali sebelum melakukan persetubuhan. 

4- Tahap Kepuasan Isteri
Adalah juga dikatakan bahawa jantina anak boleh ditentukan oleh tahap kepuasan isteri semasa melakukan persetubuhan, iaitu:

i. Untuk mendapat anak lelaki, isteri perlu mendapat kepuasan yang tinggi kerana ianya akan mengeluarkan cecair beralkali apabila ia mendapat kepuasan semasa persetubuhan. Dalam keadaan alkali akan meransang pergerakan benih Y.

ii. Untuk mendapat anak perempuan pula, isteri tak perlu mendapat kepuasan yang tinggi bagi mewujudkan keadaan berasid yang seterusnya akan meransang pergerakan benih X.

Namun begitu semua yang berlaku adalah kehendak Tuhan. Kita hanya boleh merancang. Sehingga kini, ketepatan petua-petua di atas adalah diantara 70 - 80 %, mengikut Prof. Dr. Hamid Arshad, Pakat Sakit Puan.

Kejang Kaki Ketika Bersama

Saya berumur 35 tahun. Masalah saya ialah selalu mengalami kekejangan otot di bahagian kaki ketika melakukan hubungan kelamin. Masalah ini mengangu kenikmatan kami suami isteri untuk melakukan hubungan kelamin. Saya telah melakukan urutan dan bekam di bahagian itu tetapi hasilnya tetap hampa. Harap doktor dapat memberi penjelasan dan nasihat rawatan untuk masalah ini.

Suami Tertekan | Simpang Renggang

Jawapan (Dr. Tambi)

Kekejangan berlaku apabila kumpulan otot itu dalam keadaan separa tegang, atau perjalanan darah di bahagian itu kurang atau takungan asid laktik meningkat serta kurang beberapa zat seperti kalsium, potasium, magnesium dan zink.

Jika kekejangan otot kaki hanya berlaku setiap kali anda bersetubuh atau mencapai klimaks, keadaan ini akan membuatkan anda rasa kurang senang dan sedikit sebanyak menggangu ketenteraman hubungan kelamin dengan pasangan. Mengikut pandangan saya, cara yang anda mengendalikan masalah kekejangan otot kaki adalah kurang tepat.

Mungkin mengurut dapat melancarkan perjalanan darah atau circulation dalam kumpulan  otot yang separa tegang selain mengurangkan tahap asid laktik, tapi bekam tidak memberi apa-apa manfaat.

Urutan perlu dilakukan secara teratur di samping senaman yang dapat membantu melegakan otot yang kerap kejang itu. kesejukan boleh membuatkan fenomena kekejangan mudah berlaku.

Anda boleh cuba mengubah posisi persetubuhan supaya otot kaki yang mudah kejang tidak tertekan.  Anda perlu amalkan gaya hidup sihat. Lakukan senaman berkala.

Anda perlu malan zat kalsium untuk pastikan tahap potasium dalam darah mencukupi. Jika maslah kekejangan otot itu masih berterusan anda perlu rujuk pakar ortopedik.

Usah Terpengaruh Pil Ajaib Tambah Saiz

 

Soalan 
Assalamualaikum doktor, saya berusia 30 tahun, tinggi 180 cm dengan berat 85kg. Saya mempunyai masalah zakar kecil berbanding lelaki seusia. Waktu mengendur zakar akan tenggelam dan ketika tegang cuma berukuran 6 cm.

Saya mohon nasihat doktor cara sihat dan amalan bagaimana perlu dilakukan untuk mendapatkan saiz zakar lebih panjang dan mempunyai ukur lilit yang boelh dibanggakan. Saya ada terbaca dalam laman sosial mengenai pil dan amalan mengurut menggunakan minyak lintah tetapi sejauh manakah keberkesanan menggunakan pil ini dan urutan pada zakar lelaki.

Jejaka seram | Parit Buntar


Jawapan Dr Tambi

Semua lelaki beranggapan saiz dan ukuran anggota kelamin mereka diukur mengikut ketinggian  dan berta badan. Jadi untuk lelaki yang sebesar anda sudah tentu saiz anggota kelamin  ketika ereksi besar daripada biasa. Jika purata saiz dan ukuran zakar lelaki 13cm, pasti ia lebih untuk lelaki sebesar anda. Malangnya tanggapan ini tidak tepat.

Mungkin ada kaitan dengan baka dan anggota kelamin anda tidak sensitif kepada hormon testosteron, maka tiada tindak balas dan tiada tumbesaran yang berlaku. Anda usah mudah terpengaruh kepada pil ajaib atau krim ajaib atau produk yang konon dapat membantu menambah saiz zakar.

Saya pernah mengendalikan sebilangan lelaki seperti anda yang mempunyai anggota kelamin yang berukuran kurang menyenangkan. Jika lelaki gemuk serta mempunyai banyak lemak di paras tundun, maka saya akan syorkan lelaki itu menguruskan badan terlebih dulu.

Saya pasti anda bercita-cita menambah saiz anggota kelamin. Tapi anda perlu dapat bimbingan dan bantuan yang tepat.

Berwaspada dan dapatkan bantuan doktor. Hubungi doktor Tambi di dr_tambi@yahoo.com.


Sumber : Harian Metro Ahad | 16/03/14

Manfaat Seks Pada Kesihatan

 

Seks adalah sesuatu yang menyeronokkan jika dilakukan mengikut kaedah dan teknik yang betul. Ia juga memainkan peranan yang penting dalam kehidupan fizikal, emosi dan kehidupan seseorang.

Menurut laporan pengkaji, seks boleh menambahkan imunisasi pada badan, melegakan pening dan kesihatan serta membantu mengawal hormon, wanita yang kerap melakukan hubungan seks dengan suami akan melambatkan proses menopuos. Antara manfaat seksual suami isteri :

1- Menambah Kesihatan dan Keceriaan
Mereka yangkerap melakukan hubungan seks akan lebih bertenaga dan sentiasa melakukan sesuatu yang menyeronokkan dalam kehidupan. (menurut kajian Dr. Ted Mellevenna dari Instititud for Advanced Study of Human Sexsuality San Francisco)

2- Mengawal Hormon
Wanita yang melakukan hubungan seksual sekali dalam seminggu mempunyai mempunyai kitaran haid yang normal dan melewatkan proses menopous (awet muda). Meningkat tahap ekstrogen yang tinggi dalam darah yang bertindak menambah baik sistem kardiovaskular, mengawal kadar kolestrol, membina tulang dan mengawal kulit.

3- Membakar Kalori
Lebih kurang 4.2 kalori dalam seminit dibakar ketika anda dan pasangan melakukan hubungan seksual berbanding 4 kalori seminit untuk permainan tenis.

4- Menguatkan Otot Pelvik (Faraj)
Kemutan yang berlaku oleh faraj terhadap zakar yang keluar masuk akan mengawal otot di pintu pelvik (faraj) dengan aktiviti akan memberikan bentuk badan yang menarik, menegapkan tulang belakang dan mengempiskan perut.

5- Melegakan Senggugut
Kadar klimak seorang wanita mampu melegakan senggugut yang sering menyerang wanita ketika datang haid.

6- Meningkatkan Sistem Imunisasi
Ketika mengadakan hubungan seks, sejenis hormon akan dirembeskan keluar, hormon ini akan menjadi imunisasi dalam badan yang mampu mencegah penyakit ringan seperti batuk dan selsema.


7- Mengurangkan Stres dan Lena Tidur
Sewaktu terangsang otot anda menegang manakala sewaktu orgasme, ia menyentak dan kemudian ia berbalik ke posisi asal iaitu rehat. Mereka yang mencapai kepuasan dalam hubungan seksual akan hidup lebih tenteram, kurang risau malah boleh tidur dengan lebih lena dalam suasana yang lenbih tenang.

8- Mengurangkan Kesakitan Ketika Bersalin
Melakukan hubungan seks ketika sarat mengandung akan mengurangkan kesakitan ketika bersalin..

9- Melegakan Sakit Kepala
Hormon Oxytocin yang dirembeskan ketika klimaks mampu melegakan mereka yang sering sakit kepala.

10- Awet Muda
Dengan melakukan hubungan seks yang kerap anda akan kelihatan lebih muda dari usia anda yang sebenar, kerana setiap kali anda mengalami orgasme sewaktu melakukan hubungan seksual, horman DHEA akan bertambah. Hormon ini akan meningkatkan lagi sistem imunisasi dalam badan, membaiki tisu dan memelihara kulit agar sentiasa kulit.

11- Mencegah Sakit Jantung
Bagi wanita mempunyai hormon ekstrogen dalam darah yang meningkat ketika melakukan hubungan seksual mampu mencegah dari risiko sakit jantung.

12- Melancarkan Perjalanan Darah
Aktiviti seksual suami isteri akan melancarkan lagi peredaran darah dengan mengantikan darah yang lama dalam badan. Ia berlaku ketika darah dipam keseluruh badan dan ia akan membuang sisa-sisa toksid lama di dalam badan.

Sumber : Buku

Kenali Bahagian Sensitif Tubuh Wanita

 

Pada tubuh wanita ada tempat-tempat yang sensitif, setiap suami perlu mengetahui tempat-tempat tersebut supaya lebih mudah baginya merangsang nafsu seks pasangannya.

Di manakah portnya?

1- Mulut
2- Bibir
3- Telinga
4- Bahu
5- Payudara
6- Punggung
7- Peha
8- Biji Kelentit

Kunci rangsangan bagi wanita adalah sentuhan, sedangkan ciuman, pandangan dan pemikiran merupakan faktor penyokong, maka suami harus mengetahui perkara ini dengan baik dan tidak mengabaikan pengaruhnya.

Khususnya sentuhan yang tenang dan lembut di bahagian-bahagian tubuh yang sensitif tersebut. Setelah suami berpengalaman, dia boleh memusatkan sentuhannya pada bahagian yang paling sensitif.


Kaedah Terbaik Besarkan zakar

 

Zakar yang besar boleh memberi kepuasan yang luar biasa kepada suami isteri ketikaa melakukan hubungan seks. oleh itu, demi kebahagiaan rumah tangga yang berpanjangan, anda perlu mencari kaedah besarkan zakar yang terbaik.

Berikut saya senaraikan kaedah-kaedah yang boleh digunakan dalam membesarkan zakar anda :

Pertama : Menjaga cara pemakanan anda.
Ramai orang suka mengambil pil tertentu untuk membesarkan zakar mereka. namun mereka lupa untuk menjaga pemakanan mereka. Elakkan daripada memakan makanan tidak sihat dan amalkan memakan makanan seimbang setiap hari. Anda boleh lihat sendiri selepasa beberapa bulan anda amalkan pemakanan seimbang, zakar anda akan lebih membesar.

Kedua : Gunakan pump zakar.
Produk pum zakar boleh membesarkan zakar secara sihat.

Ketiga: Mengambil supplemen
Supplemen yang boleh diambil seperti vitamin K yang boleh membantu rembesen hormon yang mencukupi untuk pembesaran zakar anda.

Keempat : Kempiskan perut buncit dan buang lemak di sekitar kawasan tersebut.
Berdasarkan kajian yang dilakukan universiti, lemak di bahagian perut akan menghalang hormon testosteron daripada terhasil. Lagi pula lemak akan menghasilkan estrogen di mana ia akan merencatkan pertumbuhan seksual lelaki. Anda lakukan senaman untuk buang lemak, insyaAllah zakar anda akan membesar dengan mendadak.

Kelima : Mengurut zakar anda setiap hari.
Gunakan minyak seperti minyak belacak dan urut zakar anda setiap hari. Urutan boleh membantu sel-sel zakar anda untuk bergerak aktif dan membantu aliran darah disana mengalir dengan lancar. Hasilnya zakar anda lebih senang dan mudah untuk membesar.


Apa Yang Harus Lelaki Tahu Tentang Keinginan Wanita?

Kunci membahagiakan wanita adalah memenuhi keinginan-keinginannya. Sekalipun wanita tidak semua memiliki karektor pasif dan sifat tak terbuka dalam hal seks, namun sesungguhnya mereka memiliki keinginan yang sama, iaitu keintiman yang hangat di ranjang asmara. Wanita tidak ingin  tempat tidur  dilewati dengan rasa tekanan dan hambar.

Tindakan bagaimana harus lelaki perhatikan untuk memahami keinginan wanita di tempat tidur?

1- Tempat dan suasana romantis.
Tempat dan suasana adalah faktor penting bagi kaum wanita dalam menikmati keghairahan. Sebabnya jika tempat saja berselerak, kotor, tidak nyaman, sementara suasana tegang, kurang harum dan pasti membuatnya gelisah. Secara umum wanita mahukan tempat dan suasana romantis.

Untuk itu dimanapun tempat itu berada, kamar tidur haruslah sentiasa rapi, bersih, jauh dari kebisingan tidak mudah terdengar orang lain atau anak-anak, pastikan bilik anda kedap udara. Yang penting, terasa aman dan nyaman.

Sesekali bawalah ke hotel, resort atau keluar berlibur kerana ini merupakan pilihan yang sangat baik untuk menghilangkan kebosanan.

Untuk menciptakan suasana, cahaya remang redup, wewangian yang lembut, muzik romantis boleh menghanyutkan emosi wanita. dan berilah suprise, sembur dan sapulah tubuh dengan perfume dan bau-bauan yang wangi pada tubuh lelaki. Yang penting tubuh bersih dan sihat.

Saat sudah berada diranjang, luangkan waktu untuk sentuhan ringan, bercerita apa-apa pun agar dapat mencairkan kebekuan dan kekakuan sehingga keinginan-keinginan yang tertahan akan muncul terucap. Bahkan kalau perlu, luahkan keinginan anda dan tanyakan keinginannya.

2- Taburkan kata-kata cinta.
Wanita sebenarnya lebih menginginkan kemesraan daripada kegiatan seks itu sendiri. Seks mungkin penting, tetapi bukanlah dalam hubungan emosional. Kerana itulah kata-kata cinta yang romantis memberi erti dan membuahkan kenikmatan yang besar. Wanita, bahkan tidak peduli sangat apakah kata-kata cinta, pujian, rayuan yang diucapkan dengan sepenuhnya hati atau tidak. Baginya, kata-kata indah itu telah menyentuh emosinya serta menunjukkan dia dihargai dan diperhatikan (mahu dimanja).

Belaian, usapan, pelukan jauh lebih berharga daripada seks itu sendiri, kerana seks dalam persepsi umum lebih merupakan keseronakan dan ghairah nafsu kaum lelaki.

Posisikan wanita sebagai makhluk berharga dan disayangi, kerana ia memang layak mendapat perlakuan yang baik. Apalagi umumnya, wanita peka terhadap sesuatu yang menyangkut perasaan hatinya. Wanita sangat senang jikalau dirinya dipuji apalagi dilakukan dengan tulus. Pujian sangat diperlukan kerana setiap orang mempunyai harga diri atau pengakuan. Dengan demikian rasa aman, nyaman dan ghairah pun timbul.

Bisikan mesra kata cinta bahawa dialah yang wanita tercantik dan terbaik dengan sepenuh hati dengan luahan yang serius adalah dambaan wanita. Apalgi ketika mendengar pasangannya mengtakan begitu bangga dapat memiliki dan mencintainya. Bukankah anda memang mencintainya.


3- Ciuman dan pelbagaikan gaya pemanasan.
Jangan cuba melakukan secara langsung to the point. Jujur, tindakan seperti itu sangat dibenci wanita walaupun dia memang mencintai anda. Wanita tidak ingin diperlakukan sebagai objek nafsu, tidak berperasaan kerana itu hanya dilakukan terhadap binatang.

Wanita lebih sulit terangsang, sehingga perlu waktu yang lebih panjang untuk proses pemanasan. Sekurang-kurangnya berikan waktu 30 minit sebelum fasa perangsangan mencapai kemuncaknya.

Ciuaman perlu diterapkan sebagai ekspresi dari sikap dan perasaan sayang. Kerana wanita cepat menangkap hati dan jati diri lelaki pasangannya, berikan ciuman yang hangat dan mendalam.

Apalagi ciuman merupakan bahasa komunikasi yang membakar dan sedikit wanita yang terbakar oleh kekuatan ciuaman. Demikian juga sentuhan-sentuhan erotis yang memang bertujuan untuk membangkitkan ghairah. Jangan ragu-ragu melakukannya, tapi semua itu harus dilakukan dengan penuh perasaan, kerana disitulah wanita melihat kesungguhan lelaki akan dirinya.

4- Kembangkan posisi.
Apakah wanita menginginkan variasi posisi persetubuhan?
Walaupun wanita jarang mengucapkan untuk perubahan posisi, tetapi sesungguhnya mereka juga menginginkan dan menikmatinya.

Kerana itu, berganti-ganti posisi juga dianjurkan kala melakukan persetubuhan. Dan sebaiknya dilakukan sepanjang masa itu tidak menyeksa wanita dan diinginkan (setidaknya, tak ditolaknya). Dengan berganti-ganti gaya seks, malah menjadi pengalaman baru bagi yang belum pernah melakukan. Untuk pemahamannya dapat melihat gambar di buku pengetahuan tentang seks atau film. Begitu banyak posisi yang ada dan mungkin dikembangkan tidak hanya atas bawah atau samping.

Antara rujukan mempebagaikan posisi persetubuhan dengan membaca buku kamasutra. klik sini

Meskipun begitu, jangan terpaku dengan pelbagai posisi kerana selama itu tetap harus melakukan perabaan ke bahagian tubuh yang peka agar tetap panas. Tentu perabaan dengan kasih sayang dan sepenuh hati.

5- Tetap hangat After Play.
Rasa nikmat kemuncak memang harapan dan impian setiap wanita. Tapi harap diketahui, tidak selalu kegagalan kemuncak para wanita ditanggapi dengan rasa kecewa.Soalnya, seperti yang sudah disebutkan tadi, aktiviti seks bukanlah terlalu dimahukan wanita dalam hubungan emosional. Bnayak wanita bahkan sudah cukup merasa puas ketika pasangannya mendapatkan kepuasan darinya.

Biasanya kemuncak lelaki muncul setelah berlaku pancutan, tidak selalu kerana itu hal yang terpisah. Yang pasti, setelah terjadi pancutan, lelaki umumnya mengalami kelelahan serta letih kerana tenaganya yang banyak digunakan semasa adengan persetubuhan, maka membiarkan dirinya terlelap untuk segera tidur. Kalau itu yang terjadi, wanita akan menganggapnya sebagai egois, membuangnya setelah keinginannya sendiri tercapai, tanpa mempedulikan lagi pasangannya.

Proses penurunan emosional wnaita berjalan perlahan-lahan. Bahkan sekalipun sudah merasai kemuncak, wanita masih sanggup dengan cepat untuk mendapatkan rangsangan dan melakukan aktiviti hubungan intim lagi dan kembali mendapatkan kemuncak sekali lagi. Justeru itu, lelaki perlu berikan belaian walaupun selesai persetubuhan.

Tentu sangat bijak kalau pasangan lelaki dapat mengimbanginya dan tetap secara intensif melakukan perangsangn. Kerana itu memiliki fizikal yang kuat dan tubuh yabg sihat adalah sangat penting bagi lelaki agar dapat memuaskan dan memberikan kebahagian secara seksual pada wanita pasngannya.


Kekurangan Ilmu Punca Gagal Malam Pertama



Saya mendirikan rumah tangga tujuh bulan lalu. Saya berusia 29 tahun dan suami 32 tahun. Sehingga kini kami tidak pernah melakukan hubungan kelamin.

Pernah beberapa kali kami cuba tetapi alat sulit suami tidak menegang ketika hendak memasuki faraj. Saya pelik kerana dalam keadaan biasa alat sulit suami mampu menegang walaupun tidak tahan lama, tetapi apabila hendak memasukkan ke dalam faraj ia terus kendur. Saya risau suami mengalami masalah mati pucuk.

Laila | Shah Alam.

Jawapan

Istilah mati pucuk malam pertama digunakan apabila lelaki tidak dapat mencapai ereksi atau mengekalkannya dalam keadaan padat untuk melakukan seks penetratif.

Istilah mati pucuk malam pertama menggambarkan kegagalan isteri membuka jalan atau melegakan pembukaan faraj atau bekerjasama dengan suami menghalakan ereksi padat ke dalam faraj dan melegakan ruangan itu supaya suami dapat membuat penusukan.

Saya membicarakan perkara itu dalam buku kecil bertajuk Adam Malam Pengantin keluaran Telaga Biru. Pada pendapat saya, pasangan mempelai yang mahu mendirikan rumahtangga wajib terdedah kepada aspek fizikal hubungan intim suami isteri, cara serta gaya menjayakan seks penetratif.

Jika tiada pendedahan mengenai aspekm ini suami isteri akan kurang yakin untuk melakukannya dan tidak dapat memberi kerjasama untuk menjayakannya.

Mungkin dalam tidak sedar, anda tidak memberi kerjasama kepada suami seperti menghalakan ereksi ke  pembukaan faraj, menolak hujung zakar ke dalam faraj sambil melegakan pembukaan dan mengembangkan ruangnya. Suami pula menolakkan ereksinya ke dalam faraj dengan mengemut sambil menolak masuk.

Semua aktivit ini boleh dilakukan serentak dan capat. Bagi lelaki, jika gagal melakukan tusukan kali pertama, mereka rasa kurang yakin untuk mengulangi lagi kerana takut gagal.


 
Bagaimanapun mereka boleh mencapai ereksi pagi dan mudah teruja seksual ketika berfantasi seksual atau terdedah dengan bahan erotik.

Saya cadangkan anda dan pasangan berjumpa doktor untuk mendapat bimbingan mengenai hubungan seksual. Ada kala suami memerlukan rawatan dengan ubat pelancar darah untuk melancarkan darah dalam otot zakar supaya dapat mencapai ereksi lebih mantap dan kekal ketika teruja seksual bersama anda. (dr.tambi@yahoo.com)

Artikel ini dipetik dari Harian Metro bertarikh 2 Mac 2014.
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Ilmu Batin Hebat - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger