Tips Elak Suami/Isteri Curang


Meskipun tidak mahu perkara ini berlaku namun hal yang sebaliknya boleh berlaku sekiranya suami atau isteri lemah dalam menghadapi godaan. Lebih memburukkan lagi jika pasangan iaitu isteri sendiri memberikan peluang atau memberikan suatu persekitaran untuk menyebabkan berlakunya kecurangan. Jadi bagaimana hendak mengelakkan suami anda berlaku curang. Berikut adalah tips-tips yang mesti diketahui oleh setiap pasangan.

1- Selalu berpenampilan menarik
Setelah menjalani alam rumahtangga bertahun-tahun, penampilan diri selalunya diabaikan. Keinginan untuk menarik perhatian pasangan pun semakin pupus. Namun begitu bila berada diluar sperti di tempat kerja, penampilan kita selalunya berbeza.

Kita cukup mengambil berat soal penampilan bila berhadapan dengan orang lain terutamnya jika ada temujanji. Puji-pujian ini merupakan salah satu punca memungkinkan berlakunya kecurangan.

2- Kehidupan seks yang sihat
Memenuhi ke[erluan seks pasangan sangat penting untuk menjaga perkahwinan tetap utuh. Banyak kes penceraian atau perkahwinan runtuh akibat masalah suami isteri. Jika anda menghadapi masalah yang berkaitanb dengannya, berusahalah untuk mengatasinya secepat mungkin.

3- Persamaan
Menikahlah dengan lelaki atau pasangan yang anda rasa sama dengan anda. Sama dalam erti sama menariknya, berpendidikan setara dan memiliki pendapatan yang hampir sama. Percaya atau tidak, persamaan yang banyak antara suami isteri dapat mengecilkan kecenderungan untuk berlakunya kecurangan.

4- Waspada
Jika anda mengesan pasangan anda berlaku curang, jangan ragu untuk menyiasatnya. Kecurangan akan berlangsung lebih lama jika pasangan anda berasa senang dan jauh dari jangkauan anda. Jangan biarkan perkara ini berlaku dalam perkahwinan anda.

5- Waktu hanya berdua
Ada pasangan menganggap perkara ini sebagai perkara remeh temeh. Waktu romantis hanya untuk anda berdua sekurang-kurangnya seminggu sekali cukup penting untuk membuatkan hubungan suamiisteri bertambah erat.

6- Mencari kaunselor
Jangan ragu untuk mendapatkan khidmat daripada kaunselor ataupun daripada orang tengah sekiranya merasakan hubungan anda menghadapi masalah atau ada masalah yang sukar untuk diatasi. Kebun bunga tidak akan nampak segar dan indah tanpa disiram dan dipupuk.

7- Menghargai pasangan
Hargailah pasangan, kerana penghargaan akan dibalas dengan kesetiaan. Ucapkanlah terima kasih setiap kali pasangan membantu anda. Sekali sekala berilah hadiah buat suami atau isteri sebagai tanda menghargai apa yang dilakukan.

Sekirannya pasangan curang, anda lebih cepat mengetahuinya dan tindakan segera boleh diambil sebelum segala-galanya terlambat. Jadikan teman-teman pasangan anda sebagai teman anda sendiri.
Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Ilmu Batin Hebat - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger