Tawan Suami Dengan Jeratan Seksual







Ramai wanita pasti tidak sanggup bertahan jika suami punya hobi suka berpoya-poya. Ramai wanita mengatakan mereka lebih baik hidup bersendirian daripada hidup bersama suami yang bersikap sedemikian. Kehadiran isteri disisi adalah untuk dihargai bukan dilukai hatinya. Bagi wanita yang mempunyai pasangan hidup dan memiliki sikap ini, ada caranya yang boleh dilakukan untuk menghentikan sikap buruk suami.

Salah satu caranya adalah dengan SEKS. Seks adalah salah satu punca mengapa lelaki yang berfoya-foya. Ketidakpuasan dengan layanan isteri menyebabkan mereka yang kurang iman ini mencari kepuasan diluar.

Jadi, daripada duduk bersabar menghadapi kerenah suami yang bersikap begini, eloklah mempraktikkan  perkara-perkara berikut :

1- Berilah pengertian - Anda harus bersikap penuh kasih sayang terhadap dirinya, menyayanginya, lebih mengambil berat, merendah diri, memberi pemahaman, ramah mesra, membelai manja, dan melakukan perkara yang seeloknya dilakukan oleh seorang isteri. Disamping itu diselitkan juga akan tanggungjawabnya sebagai suami dan terangkan setiap perbuatannya akan dipertanggungjawabkan pada akhirat kelak dan mungkin akan memberi kesan kepada anak-anak nanti.

2- Sedia melayani - Setiap kali suami "menginginkan" jangan sesekali menolak. Bila perlu tawarkan sahaja kepadanya untuk melakukan aktiviti seksual. Perbuatan ini tidak salah, kerana adlah suami isteri yang sah.

Jangan menolak kehendaknya walau ketika itu anda kurang bernafsu dan kurang mood untuk seks. Usahakan untuk membangkitkan ghairah secara perlahan-lahan. Pokoknya anda harus bersedia melayan kehendakkanya setiap masa.

3- Tampil ghairah - pakai dan tampillah dengan sesuatu yang boleh membangkitkan ghairah suami. Misalnya dengan berpakaian nipis sehingga menampakkan lekuk-lekuk tubuh dengan jelas. suami mana yang sanggup meninggalkan rumahh bila melihat isteri dalam keadaan sedemikian. Sekiranya o\perlu mengaksikan  aksi-aksi yang menggoda buatlah, supaya suami anda lebih bernafsu dan ingin bermesra. Nescaya suami tidak langsung mempunya hasrat untuk "makan luar".

4- Agresif - Peranan aktif seorang isteri yang mempunyai suami yang suka berfoya-foya di luar memang sangat penting. Setiap kali berhubungan, anda harus lebih agresif dan menampilkan  sesuatu yang baru supaya suami tidak bosan dan puas hati. Layanilah suami anda hingga menimbulkan kesan yang mengembirakan dirinya.


Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Ilmu Batin Hebat - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger