Adakah benar selepas mengadakan hubungan seks perlu terus mandi
junub sebelum melakukan tugas atau kerja rumah sebelum masak?
Omar Supian,
Sungai Buloh.
Hukum mandi junub segera selepas berjimak adalah sunat muakad, iaitu
sunat yang sangat digalakkan. Bagaimanapun, harus bagi pasangan untuk
segera mandi atau menangguhkannya untuk tidur atau berehat.
Bagaimanapun, disunatkan bagi yang tidak mahu mandi untuk membasuh
kemaluan dan berwuduk seperti wuduk untuk solat.
Ini kerana Rasulullah SAW pernah melakukan kedua-duanya.
Dalam sebuah hadis riwayat Abdullah bin Qayyis, beliau bertanya kepada Aisyah mengenai Nabi SAW:
“Apa yang Baginda lakukan ketika berjunub, apakah Baginda mandi dulu kemudian tidur ataupun sebaliknya?” Dia menjawab: “Kedua-duanya, terkadang Baginda mandi terlebih dulu dan terkadang Baginda tidur kemudiannya mandi.” Saya berkata: “Syukur kepada Allah yang telah memberi keringanan dalam perkara ini.” (Diriwayatkan oleh Aisyah dan dinilai sebagai hadis sahih oleh Muslim dalam Sahih Muslim, no. 307)
Tip: Jangan segera membasuh zakar selepas selesai bersetubuh. Rehat seketika sekitar 10 hingga 20 minit sebelum basuh. Sebaiknya basuh menggunakan air suam.

Catat Ulasan