Featured Post Today
print this page
Latest Post

Petua Banyakkan Air Mani

 

Air mani adalah anugerah Tuhan untuk makluknya, yang mana darinyalah kita diciptakan sehingga terbentuk menjadi insan seperti hari ini. dari segi faktanya jika digunakan selalu dalm sehari ianya  akan berkurangan dan mengambil masa beberapa hari untuk kembali banyak.

Jadi, petua untuk memperbanyakkan air mani adalah seperti berikut :

1- Mengamalkan meminum air suam dengan secukupnya setiap hari. Elakkan daripada meminum minuman berkarbonat, kopi dan gula dengan banyak.

2- Selalu mengambil vitamin C pada setiap hari. Vitamin c boleh membantu badan anda menghasilkan lebih banyak sperma dan zink pula boleh membantu mengasilkan darah anda yang berkualiti. Sel darah merah yang berkualiti boleh membantu seluruh badan menerima zat secukupnya. Selain itu, zink  uga antara bahan yang diperlukan dalam menghasilkan air mani.

3- Sentiasa memakan makanan yang boleh meningkatkan kualiti dan air mani seperti sayur asparagus, pisang, bawang, dan tiram.

4- Lakukan senaman dan kuruskan perut anda. Mengikut kajian lelaki yang cergas didapati memiliki air mani yang banyak berbanding dengan lelaki yang kurang cergas atau gemuk.

5- Sentiasa menjaga kesihatan zakar anda, Jangan selalu pakai seluar dalam yang ketat, elakkan daripada memakai yang ketat kerana seluar dalam yang ketat boleh menganggu pergerakan zakar dan menerima udara daripada luar. Zakar yang sihat boleh mneghasilkan air mani yang berkualiti dan banyak.

6- Sentiasa bersetubuh dengan pasangan anda kerana hormon testosterone banyak dihasilkan ketika anda melakukan persetubuhan. Secara tidak langsung ia akan memulihkan pengeluaran hormon tersebut untuk menghasilkan air mani yang banyak.





Sumber asal dari Anas Ansarani.

Tip Meng"orgasme"kan Isteri


Pertama : Rangsang imaginasi isteri anda.
Sebelum anda memulakan hubungan seks, anda perlu rangsang dahulu minda isteri anda. Apabila minda dia terangsang, dia akan rasa lebih bernafsu untuk orgasm. 

Kedua : Buang tekanan yang di alami isteri anda.
Sesiapa sahaja termasuklah lelaki tidak akan alami orgasm yang nikmat jika dia berada dalam keadaan tertekan. Isteri anda akan alami orgasm jika dia berada dalam keadaan tenang. Oleh itu, anda buanglah semua keresahan di hatinya sebelum anda memulakan hubungan seks. 

Ketiga : Mengacah isteri anda.
Raba bahagian atas vagina tanpa menyentuh bahagian vagina isteri anda. Tindakan sebegini akan menghasilkan perasaan geram di hati isteri anda lalu menyebabkan dia akan lebih cepat datang inzal ketika bersetubuh dengan anda nanti. 

Keempat : Goda-goda dia
Goda isteri anda dengan ciuman dan sentuhan yang penuh kasih sayang.


Kelima : berikan dia foreplay yang hebat.
Permainan foreplay yang hebat akan menaikkan nafsu isteri anda untuk datang inzal. Malah, dia sendiri yang akan berusaha untuk memilikinya.

Keenam : Sentiasa pandang tepat pada mata isteri anda.
Isteri biasanya akan akur pada anda jika anda pandang matanya dengan penuh kasih sayang. Nafsu dia juga akan meningkat.

Ketujuh : Rangsang klitoris dia sampai menggeletar.
Rangsanglah bahagian klitoris isteri anda kerana bahagian ini sangat sensitif pada sentuhan. 

Kelapan : Teruskan rangsangan sehingga isteri datang orgasm.
Jangan hentikan rangsangan anda sehingga isteri anda datang inzalnya. Perbuatan memberhenti akan membantutkan nafsunya.

Jika anda yang mudah tewas dalam pertarungan saya cadangkan anda dapatkan panduan lambat pancut di [klik sini]


Berdoalah Ketika bersama Isteri


Kepentingan Alat Pencegah Kehamilan



 

TAHUKAH anda penyusuan susu badan secara eksklusif telah terbukti sebagai satu bentuk kawalan kontraseptif semulajadi yang baik dan berkesan.

Seperti yang dijelaskan oleh Pakar Perunding Pusat Pakar Wanita Bangsar, Dr. Kamaljit Kaur Manoche, kajian menunjukkan bahawa penyusuan boleh menghalang peluang kehamilan secara berkesan sehingga 98 peratus meskipun kadar kejayaan itu melibatkan kriteria tertentu.

Sekiranya mahu memastikan anda tidak hamil dalam tempoh penyusuan susu badan eksklusif itu, cuba amalkan kaedah laktasi amenorea (LAM) selain memahami bahawa penyusuan (pengeluaran susu ibu) akan menyebabkan amenorea (kekurangan haid).

Syarat LAM akan dipenuhi sekiranya bayi anda berusia bawah enam bulan, tempoh haid ibu tidak kembali melebihi 56 hari berturut-turut dan ibu memastikan bayi disusukan mengikut permintaan bayi, samada pada waktu siang atau malam hari.

Bagaimanapun, kajian menunjukkan kadar kehamilan masih boleh meningkat kepada tujuh peratus apabila bayi mencecah usia lebih enam bulan.

"Ini bermakna, anda tidak digalakkan untuk hanya bergantung kepada penyusuan eksklusif untuk mencegah kehamilan, sebaliknya dicadang menggunakan juga kaedah kontraseptif yang lain," tambah pakar perunding berkenaan.

Antara kaedah yang baik untuk digunakan dalam tempoh penyusuan badan itu ialah kaedah pil perancang progestogen atau kaedah kontraseptif halangan seperti kondom.

FAHAMI ILMU 


Biar apapun kaedah yang menjadi pilihan pasangan suami isteri untuk mengelak kehamilan, Pakar Obstetrik dan Ginekologi itu lebih menekankan kepentingan kesedaran dan pengetahuan mengenai perancangan keluarga.

"Setiap rakyat Malaysia tanpa mengira usia, jantina, agama, status perkahwinan mahupun demografi perlu tahu dan sedar akan kepentingan kontraseptif dan perancangan keluarga," saran beliau.

Sayangnya, ramai orang yang merasa terlalu bimbang dengan risiko penggunaan kontraseptif sedangkan pada masa yang sama ramai pula yang tidak menimbangkan risiko atau bahaya kehamilan.

Justeru, demi mewujudkan kesedaran yang lebih baik serta penerimaan awam terhadap kaedah perancangan keluarga, masyarakat perlu bersikap lebih terbuka dalam isu ini.

Walaupun fungsi utama kontraseptif adalah untuk mencegah kehamilan, beliau berpendapat bahawa ia juga mempunyai fungsi untuk meningkatkan tahap kesihatan wanita.

Ini termasuk memperbaiki dan melancarkan haid, mengurangkan risiko anemia, mengurangkan risiko kanser rahim dan ovari, mengurangkan risiko sista ovari serta gangguan dysphoric pra-haid.

Dr. Kamaljit turut menjelaskan bahawa beberapa fakta yang perlu diketahui serta mitos berkaitan kontraseptif terutamanya pil perancang keluarga yang agak kerap didengari.

MITOS POPULAR

Antara fakta penting ialah statistik menunjukkan sekurang-kurangya 340,000 wanita meninggal dunia setiap tahun akibat masalah berkaitan kehamilan serta kehamilan itu sendiri.

"Sedangkan isu itu boleh diatasi dengan pengetahuan dan perancangan keluarga yang betul," kata beliau.

Sekitar 1.5 juta wanita pula berhadapan dengan risiko hilang keupayaan selepas hamil atau bersalin, yang mana isu ini juga boleh diatasi dengan nasihat doktor dan membuat perancangan keluarga yang teliti.


Kajian juga mendapati bahawa pil perancang keluarga bukan sahaja mampu menghalang kehamilan dengan berkesan, malah ia mampu membantu melindungi wanita daripada risiko kanser ovari dan endometrium.

Antara mitos popular berkaitan dengan pil perancang keluarga ialah ia menyebabkan kanser, penyakit kemurungan dan penambahan berat badan.

Bagaimanapun, Dr. Kamaljit menafikan kebenaran mitos ini memandangkan tiada bukti saintifik mahupun kajian klinikal yang dapat menyokong dakwaan itu.

Tambahnya lagi, ada juga yang berpendapat, tiada salahnya sekiranya anda terlepas rutin pengambilan pil di akhir pek atau melangkau pengambilan pil di tengah-tengah pek kitaran, sedangkan ini juga tidak benar.

"Untuk mendapatkan kesan pil yang efektif, ia mesti diambil sepanjang kitaran yang ditetapkan dan melangkau rutin pil biarpun di mana anda berada pada kitaran itu boleh membuatkan anda hamil," jelas beliau.

Mengenai kepelbagaian jenis pil perancang, beliau menjelaskan terdapat dua pilihan iaitu samada gabungan dua jenis hormon iaitu Estrogen dan Progestogen ataupun yang hanya mengandungi hormon Progestogen.

Oleh itu, beliau berharap agar wanita yang mahu memulakan pengambilan pil perancang berbincang dahulu dengan doktor sebelum membuat keputusan.

Satu lagi mitos yang sering didengar ialah penggunaan kondom akan membuatkan hubungan seks menjadi hambar dan tidak menyeronokkan untuk lelaki, tetapi bagi beliau, ia hanyalah satu persepsi yang juga dikira palsu.

KEPENTINGAN KONTRASEPTIF

Sebenarnya, amalan perancangan keluarga mempunyai peranan penting lain selain keperluan mengawal saiz penduduk dunia yang terlalu pesat, iaitu untuk mengurangkan risiko kematian dan meningkatkan taraf kesihatan ibu.

Terdapat kira-kira 185 juta kehamilan setiap tahun, namun malangnya sekitar 40 peratus adalah kehamilan yang tidak dikehendaki dan lebih malang lagi, satu daripada empat kehamilan tidak sengaja itu telah digugurkan.

Menggugurkan kehamilan adalah lebih berisiko terutama jika tidak melalui doktor bertauliah, lantas menjadikan penggunaan alat pencegah kehamilan sesuatu yang penting buat pasangan.

Apatah lagi, Dr. Kamaljit berpendapat bahawa dari dalam aspek memperkasakan wanita, kehamilan sepatutnya adalah satu fasa yang dikehendaki oleh seseorang wanita, yang memerlukannya bersedia dari segi psikologi, fizikal dan mental.

Beliau turut mencadangkan penggunaan alat pencegahan kehamilan yang selamat untuk para wanita berorientasikan kerjaya yang mahu mencapai kejayaan sebelum memulakan keluarga.

Dari sisi yang lain pula, kontraseptif selamat juga menjadi keperluan dalam menangani isu kebimbangan dalam sosio-ekonomi. 

"Misalnya, wanita dari golongan berpendapatan rendah yang sudah tentu turut berhadapan dengan masalah peningkatan kos sara hidup perlu menimbang keperluan kontraseptif supaya mereka tidak hamilkan anak yang tidak mampu mereka sara," jelasnya.

Bagi pasangan yang mempunyai ramai anak pula, merancang keluarga membolehkan mereka menjarakkan usia antara anak supaya kesihatan ibu dan anak dapat dijaga dengan lebih sempurna, selain baik untuk perkembangan anak yang sedia ada.

Untuk pelajar sekolah pula, beliau menekankan kepentingan pendidikan seks yang komprehensif, kaunseling serta akses kepada perkhidmatan kesihatan reproduktif termasuk ilmu berkaitan penggunaan kontraseptif.

Ini bagi mengurangkan kes kehamilan pada usia remaja yang sudah pasti mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghadapi pelbagai masalah kesihatan seperti kelahiran pramatang, bayi tidak cukup berat serta kematian bayi.

Bagi golongan yang menghadapi masalah kesihatan seperti sakit jantung dan buah pinggang juga disaran mengamalkan teknik pencegahan kehamilan memandangkan mereka dianggap berisiko tinggi sekiranya hamil.

 "Laporan menunjukkan bahawa kematian ibu boleh dicegah sehingga 73 peratus sekiranya mereka tidak mengambil risiko untuk hamil," tambah beliau.

Kontraseptif juga boleh digunakan sebagai cara untuk membetulkan isu obstetik dan ginekologi tertentu seperti sindrom ovari polisistik (PCOS) asalkan seseorang itu mendapatkan nasihat dokktor. - 

Disunatkan Berwuduk Bila Lewat Mandi Wajib


Adakah benar selepas mengadakan hubungan seks perlu terus mandi junub sebelum melakukan tugas atau kerja rumah sebelum masak?
Omar Supian,
Sungai Buloh.
Hukum mandi junub segera selepas berjimak adalah sunat muakad, iaitu sunat yang sangat digalakkan. Bagaimanapun, harus bagi pasangan untuk segera mandi atau menangguhkannya untuk tidur atau berehat. Bagaimanapun, disunatkan bagi yang tidak mahu mandi untuk membasuh kemaluan dan berwuduk seperti wuduk untuk solat.

Ini kerana Rasulullah SAW pernah melakukan kedua-duanya.

Dalam sebuah hadis riwayat Abdullah bin Qayyis, beliau bertanya kepada Aisyah mengenai Nabi SAW:

“Apa yang Baginda lakukan ketika berjunub, apakah Baginda mandi dulu kemudian tidur ataupun sebaliknya?” Dia menjawab: “Kedua-duanya, terkadang Baginda mandi terlebih dulu dan terkadang Baginda tidur kemudiannya mandi.” Saya berkata: “Syukur kepada Allah yang telah memberi keringanan dalam perkara ini.” (Diriwayatkan oleh Aisyah dan dinilai sebagai hadis sahih oleh Muslim dalam Sahih Muslim, no. 307)

Tip: Jangan segera membasuh zakar selepas selesai bersetubuh. Rehat seketika sekitar 10 hingga 20 minit sebelum basuh. Sebaiknya basuh menggunakan air suam. 
 
Sumber

Petua Zakar Sihat, Kuat & Tegang

Mahukah zakar anda seperti tajuk artikel ini? Sudah pasti kan,

Caranya anda boleh amalkan seperti tips dibawah :

  
1- Jangan minum ais atau apa sahaja minuman yang bergas.

2- Jangan menggunakan penghawa dingin terlalu kuat, ia akan melemahkan zakar kerana zakar yang dingin tidak mampu mengalirkan darah yang banyak untuk membesar dan menegangkan zakar.


3- Elakkan memakan makanan yang sejuk.


4-Jangan memakai seluar dalam yang ketat. Ketika memakai seluar dalam, cuba amal membetulkan kedudukan batang zakar dengan menaikkannya ke atas iaitu menyentuh perut melegakan zakar dan aliran darah menjadi sempurna.

Itu sahaja perkongsian tips kali ini.

Seterusnya anda boleh memuat turun ebook melambatkan pancutan ketika bersetubuh. [Klik sini]

Tawan Suami Dengan Jeratan Seksual







Ramai wanita pasti tidak sanggup bertahan jika suami punya hobi suka berpoya-poya. Ramai wanita mengatakan mereka lebih baik hidup bersendirian daripada hidup bersama suami yang bersikap sedemikian. Kehadiran isteri disisi adalah untuk dihargai bukan dilukai hatinya. Bagi wanita yang mempunyai pasangan hidup dan memiliki sikap ini, ada caranya yang boleh dilakukan untuk menghentikan sikap buruk suami.

Salah satu caranya adalah dengan SEKS. Seks adalah salah satu punca mengapa lelaki yang berfoya-foya. Ketidakpuasan dengan layanan isteri menyebabkan mereka yang kurang iman ini mencari kepuasan diluar.

Jadi, daripada duduk bersabar menghadapi kerenah suami yang bersikap begini, eloklah mempraktikkan  perkara-perkara berikut :

1- Berilah pengertian - Anda harus bersikap penuh kasih sayang terhadap dirinya, menyayanginya, lebih mengambil berat, merendah diri, memberi pemahaman, ramah mesra, membelai manja, dan melakukan perkara yang seeloknya dilakukan oleh seorang isteri. Disamping itu diselitkan juga akan tanggungjawabnya sebagai suami dan terangkan setiap perbuatannya akan dipertanggungjawabkan pada akhirat kelak dan mungkin akan memberi kesan kepada anak-anak nanti.

2- Sedia melayani - Setiap kali suami "menginginkan" jangan sesekali menolak. Bila perlu tawarkan sahaja kepadanya untuk melakukan aktiviti seksual. Perbuatan ini tidak salah, kerana adlah suami isteri yang sah.

Jangan menolak kehendaknya walau ketika itu anda kurang bernafsu dan kurang mood untuk seks. Usahakan untuk membangkitkan ghairah secara perlahan-lahan. Pokoknya anda harus bersedia melayan kehendakkanya setiap masa.

3- Tampil ghairah - pakai dan tampillah dengan sesuatu yang boleh membangkitkan ghairah suami. Misalnya dengan berpakaian nipis sehingga menampakkan lekuk-lekuk tubuh dengan jelas. suami mana yang sanggup meninggalkan rumahh bila melihat isteri dalam keadaan sedemikian. Sekiranya o\perlu mengaksikan  aksi-aksi yang menggoda buatlah, supaya suami anda lebih bernafsu dan ingin bermesra. Nescaya suami tidak langsung mempunya hasrat untuk "makan luar".

4- Agresif - Peranan aktif seorang isteri yang mempunyai suami yang suka berfoya-foya di luar memang sangat penting. Setiap kali berhubungan, anda harus lebih agresif dan menampilkan  sesuatu yang baru supaya suami tidak bosan dan puas hati. Layanilah suami anda hingga menimbulkan kesan yang mengembirakan dirinya.


Tip Rangsang G-spot Isteri

 


G–spot adalah kawasan di dalam vagina yang sangat sensitif pada rangsangan. Rangsangan-rangsangan pada bahagian ini pasti memberi nikmat yang luar biasa pada
isteri anda. Berikut adalah 4 langkah untuk merangsang G–spot isteri anda :
1- Rangsang dan naikkan nafsu isteri anda dahulu. Apabila isteri anda sudah cukup terangsang, vaginanya juga akan mula basah. Apabila aliran darah mengalir ke vagina isteri anda, ia lebih mudah untuk mengesan lokasi g–spot isteri anda nanti.
2- Gunakan jari anda untuk menjolok masuk ke dalam vagina isteri anda. Masukkan dengan perlahan-lahan. Sementara itu, rangsanglah bahagian klitoris isteri anda untuk buatkan dia khayal dengan penuh nikmat. Selepas itu, masukkan jari anda dengan lebih dalam ke dalam vagina untuk pencarian g–spot.

3- Bahagian g–spot selalunya mempunyai permukaan yang kasar sedikit berbanding-bahagian dalam vagina yang lain. Apabila anda raba sahaja bahagian ini, isteri anda akan menjerit kepuasan. Itu tandanya, anda sudah menemui bahagian g–spot isteri anda.
4- Rangsang bahagian ini menggunakan jari anda. Berikan tekanan pada bahagian tersebut jika anda ingin merangsangnya.

5- Apabila melakukan persetubuhan, anda lakukannya melalui posisi yang membolehkan anda merangsang bahagian g–spot menerusi tusukan zakar anda.

 

Rangsangan pada bahagian g–spot boleh memberi kepuasan yang tidak terhingga pada isteri anda. Dia juga akan datang orgasm dengan lebih cepat.


Itu sahaja. Moga ia bermanfaat.


Kesan Pengambilan Ubat Hormon

 

HORMON dikatakan memberikan pengaruh yang besar pada tubuh badan, cerminan penampilan dan emosi. Paling utama, hormon mempengaruhi mood, kemampuan dan keinginan seksualiti, kesuburan, kesihatan kulit, rambut, penglihatan dan suhu badan. 

Pendek kata, ia memainkan peranan penting dalam perkembangan tubuh badan dan minda. Namun, apa terjadi jika lelaki mengambil hormon wanita?

Bekalan ubat murah serta mudah diperoleh antara faktor mendorong golongan 'mak nyah' ghairah bereksperimen dengan ubat-ubatan untuk mengubah penampilan menjadi wanita.

Ini diakui sendiri bekas mak nyah, Mohd. Khariri Ramli, 36, atau lebih mesra dipanggil Erin.

Katanya, pil hormon seperti Marvelon dan Mercilon yang digunakan golongan itu untuk membesarkan payu dara hanya berharga sekitar RM9 hingga RM10, serta mudah dibeli di kebanyakan farmasi di negara ini.

Selain pil hormon dalam pil perancang, golongan ini turut mengambil suntikan kolagen, implan, hormon, vitamin C dan B.

Mohd. Khariri yang bergelumang dalam dunia mak nyah selama 17 tahun mengaku pernah mengambil pelbagai suntikan serta ubat-ubatan dan tidak lokek membelanjakan ratusan ribu ringgit bagi membiayai beberapa pembedahan pada wajah dan tubuhnya untuk kelihatan cantik.

Mengimbas perjalanannya sebagai mak nyah, Mohd. Khariri yang juga pengasas Persatuan Kebajikan Darul Modahish (PKDM) berkata, dia menjalani rutin sebagai guru lelaki pada sebelah siang dan bertukar watak menjadi seorang wanita pada sebelah malamnya.

Bagaimanapun, selepas menempuh pengalaman pahit 'bercinta' dengan beberapa lelaki, beliau tekad untuk menjalani hidup normal.

Kini Mohd. Khairiri mengambil keputusan membuang kolagen dan implan yang disuntik ke dalam tubuhnya ekoran kesihatannya sering terganggu akibat ketidakseimbangan hormon selain kerap mengalami kekejangan otot.

Dalam pada itu, dia menasihatkan agar lelaki yang ingin menjadi mak nyah tidak perlu memilih jalan singkat seperti mengambil pil hormon tanpa nasihat doktor.

Katanya, perubahan fizikal dan masalah kesihatan yang dialaminya kini sangat azab.

Pun begitu, dia bersyukur kerana sudah meninggalkan dunia gelap tersebut.

Fungsi hormonMenurut Pakar Runding Perubatan Estetik, Dr. Alice Prethima, badan kita mempunyai pelbagai hormon antaranya estrogen, hormon pertumbuhan manusia, melatonin, pregnenolon, progesteron, testosteron, kortisol, dehidroepiandrosteron (DHEA) dan tiroid.
Setiap daripadanya mempunyai fungsi unik.

"Misalnya, hormon estrogen dan progesteron adalah untuk sistem reproduktif wanita manakala testosteron pula untuk lelaki. Pregnenolon untuk ingatan, kortisol untuk imuniti dan stres," ujarnya.
BerbezaSebab itulah lelaki dan wanita mempunyai keperluan hormon yang berbeza.

Tambah Dr. Alice, penyalahgunaan hormon bukan sahaja memberi kesan kepada lelaki kerana wanita yang mengambil ubat hormon tanpa nasihat doktor juga berisiko.

Mengulas kecenderungan golongan mak nyah makan ubat hormon seperti pil perancang keluarga, Dr. Alice memberitahu, ia seperti satu trend dalam masyarakat sekarang.

"Mereka mengambil hormon wanita untuk membesarkan payu dara, melicinkan kulit dan mendapatkan bentuk badan wanita. 

"Proses ini tidaklah berlaku dalam masa yang singkat dan sebab itulah ada yang mengambil suntikan, implan dan pembedahan untuk membentuk payu dara dan punggung.

"Masalahnya, ubat-ubat kini boleh diperolehi dengan cara yang mudah dan murah. Ini juga boleh memberi kesan pengambilan ubat hormon yang mungkin tidak selamat selain kesan sampingan ubat itu sendiri," katanya.

Tambah Dr. Alice, penyalahgunaan ubat-ubatan tersebut mendedahkan mereka dengan risiko pelbagai penyakit kronik termasuk kanser payu dara dan prostat.

Kandungan estrogen dalam pil itu meskipun dalam sukatan yang rendah menjadikan darah cepat melekit dan menyebabkan dinding saluran darah menjadi tebal.

Pembekuan darah itu biasanya mula terbentuk di bahagian kaki seterusnya berpindah ke paru-paru, jantung dan otak yang boleh mengakibatkan kematian atau lumpuh.

"Pil-pil hormon estrogen dan progesteron lazimnya disarankan oleh doktor kepada wanita. 
Penggunaannya boleh membantu wanita mengatasi masalah ketidakseimbangan hormon dan masalah yang biasa mereka alami seperti keguguran rambut, jerawat dan sebagainya," ujarnya.


Sumber : utusan online
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tips Elak Suami/Isteri Curang


Meskipun tidak mahu perkara ini berlaku namun hal yang sebaliknya boleh berlaku sekiranya suami atau isteri lemah dalam menghadapi godaan. Lebih memburukkan lagi jika pasangan iaitu isteri sendiri memberikan peluang atau memberikan suatu persekitaran untuk menyebabkan berlakunya kecurangan. Jadi bagaimana hendak mengelakkan suami anda berlaku curang. Berikut adalah tips-tips yang mesti diketahui oleh setiap pasangan.

1- Selalu berpenampilan menarik
Setelah menjalani alam rumahtangga bertahun-tahun, penampilan diri selalunya diabaikan. Keinginan untuk menarik perhatian pasangan pun semakin pupus. Namun begitu bila berada diluar sperti di tempat kerja, penampilan kita selalunya berbeza.

Kita cukup mengambil berat soal penampilan bila berhadapan dengan orang lain terutamnya jika ada temujanji. Puji-pujian ini merupakan salah satu punca memungkinkan berlakunya kecurangan.

2- Kehidupan seks yang sihat
Memenuhi ke[erluan seks pasangan sangat penting untuk menjaga perkahwinan tetap utuh. Banyak kes penceraian atau perkahwinan runtuh akibat masalah suami isteri. Jika anda menghadapi masalah yang berkaitanb dengannya, berusahalah untuk mengatasinya secepat mungkin.

3- Persamaan
Menikahlah dengan lelaki atau pasangan yang anda rasa sama dengan anda. Sama dalam erti sama menariknya, berpendidikan setara dan memiliki pendapatan yang hampir sama. Percaya atau tidak, persamaan yang banyak antara suami isteri dapat mengecilkan kecenderungan untuk berlakunya kecurangan.

4- Waspada
Jika anda mengesan pasangan anda berlaku curang, jangan ragu untuk menyiasatnya. Kecurangan akan berlangsung lebih lama jika pasangan anda berasa senang dan jauh dari jangkauan anda. Jangan biarkan perkara ini berlaku dalam perkahwinan anda.

5- Waktu hanya berdua
Ada pasangan menganggap perkara ini sebagai perkara remeh temeh. Waktu romantis hanya untuk anda berdua sekurang-kurangnya seminggu sekali cukup penting untuk membuatkan hubungan suamiisteri bertambah erat.

6- Mencari kaunselor
Jangan ragu untuk mendapatkan khidmat daripada kaunselor ataupun daripada orang tengah sekiranya merasakan hubungan anda menghadapi masalah atau ada masalah yang sukar untuk diatasi. Kebun bunga tidak akan nampak segar dan indah tanpa disiram dan dipupuk.

7- Menghargai pasangan
Hargailah pasangan, kerana penghargaan akan dibalas dengan kesetiaan. Ucapkanlah terima kasih setiap kali pasangan membantu anda. Sekali sekala berilah hadiah buat suami atau isteri sebagai tanda menghargai apa yang dilakukan.

Sekirannya pasangan curang, anda lebih cepat mengetahuinya dan tindakan segera boleh diambil sebelum segala-galanya terlambat. Jadikan teman-teman pasangan anda sebagai teman anda sendiri.
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Ilmu Batin Hebat - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger