Featured Post Today
print this page
Latest Post

Tahukah Bagaimana Wanita Mencapai Kemuncak Seks?

 

Kaum wanita mempunyai reaksi dan cara yang berbeza-beza terhadap hubungan seksual. Rambut, bibir kecil, kemaluan, kelentit, payudara, serta liang faraj merupakan bahagian-bahagian pembuka atau suis untuk respon kepada rangsangan.

Oleh itu, suami hendaklah bijak merangsang isteri dengan membelai, menghisap, meraba, menyentuh atau yang sepatutnya pada bahagian tersebut dengan lemah lembut sehingga mendatangkan keseronokan kepada isteri.

Halia Banyakkan Air Mani

 

Tahukah anda halia yang sering kita ambil dalam bentuk minuman terutamanya boleh menambahkan air mani dan memperkuatkan tenaga batin. Kandungan aktif yang ada didalam halia yang dikenali sebagai gingeroles memberi kesan yang efektif apabila ia meresap ke dalam badan. Antara kelebihan-kelebihan lain yang ada pada halia ialah mengurangkan morning sickness yang dialami oleh wanita-wanita hamil.

Waktu Paling Sesuai Buat Seks




Waktu Pagi

Waktu pagi tubuh dan fikiran kita masih segar dan sudah tentu kesegaran ini akan mendorong kita untuk membuat hubungan seksual yang lebih memuaskan.


Awal Malam
 
Di awal malam dengan suasana yang hening dan tenang memberikan kita ketenangan dan sekaligus boleh merangsang aktiviti seksual dan kepuasan yang ingin kita kecapi sewaktu hubungan seksual, dan membuatkan kita mengantuk keletihan dan dapat tidur dengan nyenyak.

13 Tip Jadi Pasangan Romantik

 

Hendak jadi pasangan romantik sebenarnya tidaklah sesukar mana pun. Tapi, semua itu perlukan kesungguhan. Amalkanlah 13 cara ini jika ingin hidup bahagia.

1. Ucapkan “I Love U”, sekurang-kurangnya sekali sehari. Ketahuilah bahawa pasangan anda memang perlu mendengarnya selalu.

2. Ciuman dan pelukan setiap kali ingin berpisah dan bertemu kembali. Hadiahkanlah si dia pelukan dan ciuman buat si dia ketika mahu ke tempat kerja dan setelah pulang ke rumah.

3. Layanilah pasangan anda seperti anda melayannya ketika sedang asyik bercinta dahulu. Perbetulkan kedudukan tali lehernya sebelum dia ke pejabat dan berpegangan tangan sentiasa walau ke mana pun anda berdua pergi.

4. Janganlah terlalu cerewet. Biarkan sahaja tabiat buruknya selagi tabiat tersebut tidak mengganggu hubungan anda berdua. Dari semasa ke semasa berusahalah untuk menghilangkan tabiat yang tidak anda gemari itu. Cubalah sedikit demi sedikit agar si dia tidak terasa. Berkat kesungguhan, kejayaan pasti menjadi milik anda.

5. Sentiasa berfikiran positif. Daripada terlalu memikirkan perkara-perkara remeh tentang si dia yang kurang anda gemari lebih baik anda tumpukan kepada kelebihan serta kebaikan si dia. Dengan cara ini, anda akan lebih menyayanginya adan begitu juga sebaliknya.

6. Jika sedang marah, jangan sesekali cuba bercakap dengannya. Tinggalkan sebentar si dia sambil anda tenangkan fikiran. Berbincang ketika marah hanya akan memburukkan lagi keadaan. Oleh yang demikian, setiap kali anda rasa marah dengannya, ambil masa beberapa minit untuk keluar daripada perbincangan tersebut dan kembali setelah perasaan anda kembali tenang.

7. Jangan sesekali menggunakan kelemahannya sebagai senjata untuk menentang mereka. Hal ini akan membuatkan si dia tambah benci pada anda dan secara automatik kasih sayang antara anda berdua akan berkurangan dan lama-kelamaan akan hilang tanpa anda sedari.

8. Utamakan yang tersayang dalam apa-apa hal sekalipun. Misalnya jika anda perlukan teman untuk ke satu-satu tempat, ajaklah si dia dahulu sebelum anda mengajak rakan sepejabat.

9. Hormatilah pasangan anda. Jangan sesekali bongkar kelemahan si dia kepada rakan-rakan walau pun kepada rakan karib anda. Setiap kali berbual-bual dengan rakan-rakan tentang pasangan, sentiasalah katakan si dia adalah pilihan terbaik anda dan anda berdua saling sayang-menyayangi.

10. Sentiasa cari masa untuk bersama. Pastikan anda ada masa untuk bersamanya setiap hari. Lebih banyak masa dapat anda luangkan bersamanya, lebih erat hubungan anda berdua.

11. “Maafkan saya.” Jika bersalah, janganlah teragak-agak untuk meminta maaf. Namun, setiap kali anda meminta maaf setelah melakukan kesilapan, sematkan dalam diri itulah kali terakhir anda melakukannya. Mintalah maaf dengan bersungguh-sungguh dan berjanjilah pada si dia yang anda tidak akan mengulangi kesilapan lalu. Ketika meminta maaf jangan sesekali gunakan perkataan ‘tapi’ misalnya, “Saya minta maaf tapi ...” Hal ini kerana perkataan ‘tapi’ hanya akan membuat si dia berfikir dua kali untuk memaafkan anda.

12. Pujilah si dia selalu. Manusia tidak kira tua ataupun muda memang suka dipuji. Kata-kata pujian pada pasangan akan membakar semangatnya untuk sentiasa bersama anda.

13. Jika anda sering mengucapkan terima kasih pada juruwang, pemandu teksi, pelayan restoran apa kata kalau anda teruskan amalan berterima kasih ini pada pasangan. Tentu si dia akan rasa anda lebih menghormatinya.
 
Sumber

Petua Zakar Tahan Lama Atas Katil


Hari ini ramai golongan suami mengalami masalah ejakulasi pramatang, lambat pancut atau tidak tahan ketika di atas katil bersama isteri. Malangnya mereka berasa malu untuk bertanya dan terlalu sayangkan ego mereka untuk bertanya, sedangkan aktiviti seks adalah aktiviti yang menyeronokkan.

Jika anda ada masalah ejakulasi pramatang, anda jangan risau kerana hari ini anda akan mendapat tahu petua untuk menyelesaikkannya.

1- Sihatkan tubuh badan
Menurut kajian semakin kurang lemak dalam badan semakin tahan lama dalam aktiviti hubungan seksual. Selalulah bersenam supaya fizikal dan mental anda kuat. Jogging, senaman berat dan berjalan adalah jenis senaman yang akan menjadikan badan anda sihat dan seterusnya meninghkatkan daya tahan anda di ranjang.

2- Selalu tukar posisi bersetubuh
Jangan kekal dengan satu posisi sahaja kerana badan anda akan cepat letih dan lebih terfokus kepada cepat orgasm. Apabila anda tukar posisi, otot anda akan rehat dan kehendak untuk datang orgasm menjadi turun. Jadi, anda akan lebih lama dalam bersetubuh jika selalu tukar posisi seks.

3- Fokuskan untuk keseronokan
Ketika anda melakukan seks, jangan fokuskan untuk dapat orgasm sahaja. Sebaliknya anda fokuskan kepada keseronokan. Orgasm adalah puncak kepada keseronokan dalam melakukan persetubuhan dimana anda kejarnya apabila anda berdua sudah puas sepenuhnya dalam melakukan hubungan seks.

Sila amalkan tiga petua diatas, anda akan dapat bertahan lebih lama dalam hubungan seks anda yang singkat.




Gadis Hilang Dara Di Hotel Bajet

 
DUNGUN – Perkenalan seorang gadis yang bekerja sebagai pembantu restoran makanan segera di daerah ini dengan seorang jejaka, membawa detik hitam apabila kesucian dirinya dinodai kekasih.

Detik mendukacitakan itu berlaku di sebuah hotel bajet, dekat sini, apabila gadis berusia 19 terbabit  menjadi mangsa kerakusan hubungan luar nikah dilakukan kekasihnya sendiri. 

Rahsia gadis terbabit terbongkar dalam serbuan sepasukan Pegawai Penguat Kuasa Agama Syariah Dungun, kira-kira jam 8.30 pagi kelmarin selepas menerima maklumat mengatakan pasangan menyewa bilik hotel itu berada dalam keadaan mencurigakan. 

Ketika serbuan, pasangan lelaki itu dikatakan membuka pintu, manakala kekasihnya pula difahamkan sempat masuk ke bilik air untuk mandi. 

Hasil soal siasat mendapati, mereka tidak mempunyai hubungan muhrim, sebaliknya lelaki itu datang dari Kuala Lumpur dengan menaiki bas untuk bertemu kekasihnya yang dikenali setahun lalu sebelum menginap di hotel tersebut. 

Lelaki berasal dari Tanah Merah, Kelantan yang bekerja sebagai pekerja swasta di Rawang, Selangor itu sanggup datang ke Dungun untuk melampiaskan nafsu bersama kekasihnya yang juga dari Kelantan, malah mereka dikatakan baru pertama kali memadu asmara dan tidur bersama. 

Akibat perbuatan terkutuk itu, pasangan terbabit akhirnya ditahan bagi siasatan lanjut kerana melakukan perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan. 

Mereka akan didakwa mengikut Seksyen 29 (a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001. 

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan denda maksimum RM3,000 atau tidak lebih dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali. 

Turut dirampas, coli dan seluar dalam wanita itu untuk dijadikan bahan kes dalam prosiding pendakwaan pada awal Disember nanti. 

Gadis berusia 19 tahun dan teman lelakinya berusia 22 tahun dibawa ke Pejabat Agama Dungun selepas ditangkap khalwat dalam sebuah bilik hotel di Dungun.

Petua Seks Selepas Bersalin




Semasa kehamilan anda mungkin ada terfikir mengenai kesan-kesan kehamilan yang akan merubah kehidupan seks anda. Kebanyakan wanita dapat mencapai kehidupan seks yang lebih baik selepas bersalin. Dibawah ini terdapat 10 petua yang akan membantu kehidupan seks anda!

1- Jangan terburu-buru. Ambil masa yang secukup-cukupnya untuk berehat. Memulakan aktiviti seks sebelum anda bersedia (fikiran dan badan anda) adalah merbahaya untuk hubungan suami-isteri. 
2. Mandi bersama! Bukan sahaja ia menjimatkan masa dan bil air, ia juga amat menyeronokkan. 

3. Lakukan perancangan keluarga. Anda tidak mahu mengandung dua bulan selepas kelahiran bayi anda!
 
4. Luangkan masa bersama suami, walaupun jika hanya untuk berpelukan. Mempunyai seorang bayi boleh membuat anda rasa kurang rapat dengan suami anda. Berpelukan dengan suami anda boleh membantu menghidupkan semula suasana intim, ia tidak semestinya berakhir dengan seks. Menonton cerita romantik juga boleh.
5. Berkenalan dengan suami anda. Ingat anda berdua harus ubah kehidupan anda dengan kehadiran anggota keluarga baru. Berbincang apa keinginan dan harapan masing-masing. Sepucuk surat cinta kepada suami anda pasti membuat dia tersenyum lebar!
6. Jadi spontan! Waktu tidur mungkin tak selalu menjadi masa yang sesuai. Bilik tidur pula bukan sentiasa menjadi tempat yang baik. Hangatkan kehidupan seks anda, lakukan seperti anda  muda-muda dahulu (seks kilat di pejabat, dalam kereta, dan sebagainya).
7. Pelincir! Pastikan anda berdua meluangkan masa untuk menghidupkan mood seks dan anda sudah cukup basah untuk menerima zakar suami anda. Jika anda perlukan bantuan, gunakan krim pelincir yang boleh didapati dengan mudah dari farmasi dan pasar raya.
8. Biar berkualiti dan bukan berkuantiti. Anda tidak perlu mengadakan hubungan seks setiap malam ataupun setiap minggu. Anda harus berbincang dengan suami anda.
9. Beritahu suami tentang kebimbangan anda mengenai persetubuhan. Mungkin anda risau tentang jahitan yang belum sembuh sepenuhnya. Atau mungkin anda bimbang tentang bagaimana suami anda rasa setelah melihat anda bersalin.
10. Jangan takut untuk mengatakan tidak. Mungkin anda memerlukan kebebasan untuk mengatakan tidak sekali-sekala. Mungkin persetubuhan tidak boleh, mungkin seks oral dan lain boleh. Bawa berbincang.

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Ilmu Batin Hebat - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger