Featured Post Today
print this page
Latest Post

Keutamaan Berkahwin Dengan Wanita Ramai Anak


Di antara petunjuk-petunjuk Islam dalam memilih isteri, ialah memilih isteri yang boleh melahirkan ramai anak. Rasulullah juga menyarankan kepada ummatnya berkahwin dengan perempuan yang boleh melahirkan zuriat yang ramai, dengan kata lain perempuan yang subur. 

Ini dapat diperhatikan melalui sebuah hadis :

((تَزَوَّجُوا الْوَلُودَ الْوَدُودَ ، فَإِنِّي مُكَاثِرٌ بِكُم))
“Kahwinilah wanita yang melahirkan anak ramai, dan yang memiliki kasih sayang yang tinggi, sesungguhnya aku berbangga dengan kamu (kerana umat yang ramai)”

Kaedah-kaedah yang boleh digunapakai dalam memelih perempuan yang subur ialah:

1- Tubuh badan wanita itu tidak berpenyakit yang boleh menghalang mengandung, dan hal ini boleh diketahui dengan bertanya kepada orang yang pakar dalam bidang ini.
2- Melihat kepada ibunya, dan adik-beradik perempuan yang sudah berkahwin. Jika sekiranya mereka mempunyai anak yang ramai, biasanya dia juga sama.

Pada kebiasaanya dalam ilmu kedoktoran, seseorang yang boleh beranak banyak itu tubuh badannya sihat, kuat dan tidak berpenyakit. Wanita-wanita yang mempunyai sifat ini biasanya dapat menjalankan tugas-tugas rumahtangga dan mendidik anak dengan baik.

Petua Bersetubuh Dengan Lama

 

Ada empat cara untuk bersetubuh dengan lebih lama. Pasti suami isteri suka dengan entri kali ini.

Cara-caranya ialah :

1-Pelbagaikan posisi bersetubuh.
Cara yang pertama ini adalah anda perlu mengubah posisi atau skill ketika anda bersetubuh, tidak hanya tertumpu pada satu-satu skill sahaja. Apabila anda rasa tidak selesa, lenguh, sakit atau sebagainya cepat-cepatlah ubah posisi bersetubuh kepada posisi yang lain. Jika tidak anda akan terpancut dengan cepat.

2- Hayun zakar anda dengan berirama.
Cara yang kedua untuk tahan lama dalam bersetubuh ialah anda perlu menghayun zakar anda secars berirama, tidak secara statik. Sebagai contoh, anda perlu menghayun zakar anda secara bilangan angka, 20X / 40X. Setelah tamat hayunan tukarlah kepada irama hayunan yang lain. Percayalah, jika anda melakukan cara ini anda pasti terasa khayal dan susah untuk pancut.


3- Lakukan aktiviti foreplay
Cara yang ketiga ialah anda perlu lakukan foreplay ataupun pemanasan. Tujuannya adalah untuk menaikkan syahwat yang lambat naik dan membantu anggota tubuh supaya lebih bersedia, terutamanya kepada isteri. Suruhan ini juga ada disarankan oleh Baginda Nabi Muhammada SAW kepada ummatnya supaya melakukan pemanasan sebelum bersetubuh, paling kurang hanya dengan aktiviti rabaan dan ciuman.

4- Menggunakan seluruh anggota badan ketika bersetubuh
Gunakanlah semaksimun mungkin anggota badan anda supaya aktiviti persetubuhan anda mencapai kualiti dan target yang diingini.

Zakar Hilang Akibat Viagra

 

COLOMBIA - Gara-gara mengambil dos Viagra secara berlebihan untuk menarik perhatian teman wanitanya, seorang bekas ahli politik menerima padah selepas doktor terpaksa memotong zakarnya.

Hasil pemeriksaan doktor di sebuah hospital di Neiva mendapati zakar bekas ahli politik dari Gigante berumur 66 tahun itu telah patah dan mengalami keradangan.

Difahamkan, prosedur itu terpaksa dilakukan kerana mangsa mengalami ereksi selama beberapa hari akibat ubat kuat tersebut.

Doktor juga mengesahkan keadaan kesihatan lelaki tersebut semakin pulih selepas menjalani pembedahan itu, dipetik dari laporan DailyMail.

Seks Selepas Bersalin


7 hari tempoh boleh mulakan hubungan intim, tidak perlu pantang 44 hari

Sakit ketika bersalin dan proses penyembuhan dari segi mental dan fizikal memerlukan masa. Ada yang trauma untuk bersalin lagi dan ngilu pada bahagian kemaluan pula menyebabkan mereka kurang minat mengadakan hubungan seks dengan suami.

Bagi sesetengah wanita, ketenangan dan kepercayaan diri untuk memulakan semula hubungan intim mengambil masa berminggu-minggu, walaupun doktor menyatakan luka kesan koyakan episiotomi sembuh sepenuhnya selepas seminggu melahirkan bayi.

Ramai wanita yang tidak tahu masa sesuai melakukan semula hubungan seks. Lazimnya, selepas tempoh berpantang baru sesuai melakukan hubungan seks, iaitu 44 hari, manakala ada yang 100 hari dan tidak mustahil ada yang berpantang lebih daripada tempoh itu. 

Semua persoalan itu ditambah pula dengan kehadiran bayi yang memerlukan lebih perhatian dan menyusu badan juga menyebabkan sebilangan pasangan suami isteri semakin renggang serta hubungan menjadi tegang.

Doa Sebelum Bersetubuh


Dugaan Ibu Mengandung

 

Macam-macam ragam orang mengandung, ada sesetengahnya buat perkara atau makan benda pelik yang melampaui batas normal. Walaupun, kebanyakan wanita mengandung mengidam makanan menjadi kebiasaan, ada juga mengidam makan benda yang kadangkala sukar akal fikiran untuk menerimanya seperti kiwi kasut, beras, sabun, minum minyak angin dan sebagainya.

Ramai berpendapat, mengidam berkait rapat dengan perubahan hormon dalam badan. Pada peringkat awal mengandung, rahim banyak menghasilkan hormon yang dapat mengganggu keseimbangan tubuh dan ia akan menimbulkan pelbagai reaksi dalam diri wanita berkenaan.
Itulah sebabnya wanita mengidam ini biasanya berlaku di awal kehamilan iaitu sehingga 16 minggu kandungan. Tetapi ada juga mengidam di akhir kehamilan iaitu apabila hampir tempoh untuk bersalin kerana ketika ini, banyak hormon yang dikeluarkan oleh badan.

Selain itu, ada kajian dijalankan dan menyatakan, ia berpunca apabila tahap hormon serotonin rendah dalam badan, seterusnya merangsang otak yang mengawal selera makan. Seterusnya, ia merembes hormon endorfin yang menyebabkan peningkatan makanan berunsur lemak dan karbohidrat.

Oleh sebab itulah makanan mempunyai tahap gula yang tinggi seperti coklat dan jeruk lebih banyak diidamkan, berbanding makanan kurang gula termasuklah sayur-sayuran dan sebagainya.

Apabila gula berinteraksi dengan sistem opiod dalam badan, ia akan mencetuskan suatu ketagihan. Ini menyebabkan, individu yang mengambil makanan bergula akan terus menginginkan makanan manis.

Masam hilangkan loya
Apa pun, mengidam asam atau jeruk begitu sinonim dengan wanita mengandung. Tanpa mengira jenis asam atau jeruk, lazimnya wanita hamil dikatakan suka mengambil makanan itu bagi menahan rasa loya yang dialami sepanjang tempoh mengandung.

Ada juga yang bertanggapan, rasa loya atau teringin terhadap jeruk itu adalah pembawaan anak dalam kandungan. Mitos pula mengatakan jika si ibu tidak menikmati apa yang diinginkan akan memberi kesan kepada anak.

Apa yang pasti, sungguhpun pengambilan makanan masam seperti jeruk tidak mengganggu pertumbuhan janin, namun ia boleh mengundang masalah kesihatan kepada ibu. Justeru ia juga mampu mengancam janin di dalam perut akibat kekurangan nutrien yang seimbang.

Pensyarah Kanan dan Dietitian, Jabatan Pemakanan dan Dietetik, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Barakatun Nisak Mohd Yusof, berkata ketika kehamilan, pemakanan yang sihat adalah amat penting bagi memastikan fetus atau anak dalam kandungan mendapat kesemua zat yang diperlukan untuk mencapai pembesaran optimum ketika dalam kandungan.

Pada awal kehamilan, wanita biasanya mengalami pelbagai perubahan seperti mual dan loya yang menyebabkan selera makan berkurangan atau hanya suka kepada sesuatu jenis makanan saja.

Ada juga yang mengidam dan ingin makan pelbagai jenis makanan seperti jeruk atau asam yang sering menjadi pilihan ketika kehamilan sama ada ketika loya, mual serta ketika mengidam, katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

Jeruk dan asam memang sedap dimakan terutama apabila tekak terasa loya atau mual, tetapi makanan yang boleh dikelaskan sebagai makanan ringan itu mungkin boleh memberi kesan tidak baik kepada kandungan.

Kurang nutrien sebab mengidam

Barakatun berkata, bahan asas dalam penghasilan jeruk adalah garam, gula, air, dan cuka. Bagi jeruk yang dikomersilkan, bahan pengawet seperti sodium benzoate perlu ditambahkan untuk memanjangkan jangka hayat jeruk.

Selain itu, bahan pewarna tiruan seperti tartrazine juga dicampur untuk menambahkan daya tarikan kepada makanan. Dari aspek pemakanan, kita mengetahui bahawa keperluan wanita hamil adalah amat tinggi berbanding ketika tidak hamil bagi memastikan perkembangan fetus di tahap optimum.

Beberapa penyelidik turut mengaitkan, kekurangan sesuatu nutrien menerangkan kenapa wanita hamil mengidam kepada sesuatu jenis makanan.

Sebagai contoh, Barakatun berkata, rasa mengidam kepada benda yang masam seperti jeruk kemungkinan menunjukkan wanita hamil itu kekurangan garam, dan ada juga yang mengidamkan makanan berprotein tinggi seperti daging mengaitkan wanita hamil ini kekurangan protein.

Wanita mengandung juga perlu peka terhadap kandungan zat dalam makanan yang diambil kerana apa yang dimakan akan memberi kesan juga kepada fetus atau bayi dalam kandungan.

Perlu juga diingat, wanita hamil wajar mengambil bahan asam dengan jumlah sederhana. Jangan pula memakan jeruk sehingga menjadi kenyang lalu melupakan jadual pemakanan utama.

Selain itu, sepanjang kehamilan memerlukan sekurang-kurangnya tambahan 300 kalori atau satu hidangan nasi dengan lauk-pauk berbanding sebelum hamil. Justeru, carilah makanan lain selain jeruk yang masam, misalnya air halia hangat dan elakkan pengambilan makanan bergoreng dan bersantan bagi mengurangi rasa loya. 
 

Bapa Bernafsu Buas Rogol Anak Sejak Kecil


KUALA TERENGGANU - Seorang bapa bernafsu binatang apabila tergamak melepaskan nafsu serakah ke atas anak kandungnya sejak mangsa berusia 6 tahun dan berterusan sehingga mangsa kini berusia 18 tahun, dalam kejadian di Kampung Padang Tapong, Jerteh, Besut.

Menurut sumber, perbuatan jijik bapa berusia 42 tahun ke atas anak sulung daripada lapan beradik itu terbongkar apabila mangsa menceritakan kejadian menimpa dirinya kepada guru kaunseling di sekolah, selepas dirogol lagi pada 21 Ogos lalu.

“Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, mangsa yang berada di rumah telah diajak bapanya ke ladang kelapa sawit berhampiran dan tanpa menyimpan syak, mangsa hanya mengikut arahan.

“Setibanya di situ, mangsa dipaksa memuaskan nafsu bapanya, bagaimanapun, pada mulanya mangsa cuba melawan tetapi tidak berdaya sebelum dirogol oleh bapa sendiri buat ke sekian kalinya,” katanya, semalam.

Sumber berkata, mangsa yang juga calon STPM mengambil keputusan membongkar segala perbuatan keji bapanya selama ini kerana dipercayai sudah tidak tahan lagi menjadi ‘hamba seks’ kepada lelaki itu.

“Mangsa mendakwa menjadi hamba seks bapanya sejak tadika lagi dan disebabkan takut diapa-apakan oleh bapanya kerana sering diugut, mangsa mengambil keputusan berdiam diri dan tidak menceritakan kepada ibunya selama ini,” katanya.

Sementara itu, di Mahkamah Majistret, di sini, semalam, Majistret Noradila Ab Latiff membenarkan lelaki yang bekerja sendiri itu direman selama tujuh hari untuk disiasat di bawah Seksyen 376 (B) Kanun Keseksaan kerana melakukan sumbang mahram.

Awas!!! Kutu Kelamin Merbahaya



Lelaki, usah pandang ringan aspek kebersihan terutama di bahagian kemaluan. Turut perlu dijaga adalah bulu atau rerambut di bahagian itu.

Tahukah anda, kutu kelamin adalah serangga parasit penghisap darah yang hidup di sekitar kemaluan manusia. Kutu amat menyukai bahagian tubuh yang hangat dan lembap menjadikan sesetengah bahagian tubuh kerap didatangi kutu. Ia amat sukar dilihat dengan mata kasar melainkan melalui gejala yang dialami dan bekas gigitan.

Wujudnya kutu kelamin ini apabila bahagian sulit jarang dibersihkan sehingga mudah dihinggapi kutu. Ia sering menyerang lelaki kerana sifat segelintir lelaki kurang menekankan aspek penjagaan kebersihan.

Kutu yang dewasa akan bertelur di bahagian akar rambut dan menetas dalam tempoh tujuh hingga 10 hari. Kutu ini dapat bertahan di luar tubuh manusia selama 24 hingga 48jam.


Takrifan
  • Penghidap kutu kelamin atau Phthirus pubis di bahagian kemaluan (genital) ini mendapati serbuk-serbuk hitam iaitu najis kutu atau serbuk putih yang merupakan telur kutu di bahagian kemaluan atau seluar dalam. 
  • Kutu kelamin berbeza dengan kutu badan atau kutu kepala kerana bentuknya seperti ketam dan lebih bersegi berbanding kutu kepala berbentuk lonjong.
  • Jika tidak diubati, lama kelamaan ia akan meninggalkan bekas yang kemudiannya berdarah dan mengakibatkan kemunculan nanah seterusnya berlakunya jangkitan.

Punca
  • Jangkitan melalui hubungan intim
  • Jangkitan melalui penggunaan tandas duduk, berkongsi pakaian, tidur di atas tilam yang sama, kongsi selimut dan sebagainya.

Simptom
  • Gatal di bahagian genital (kemaluan) sehingga menyebabkan kulit luka akibat di garu selain mendapat kudis akibat gigitan kutu dan kesan garu.
  • Kulit jadi kebiruan akibat digaru. Kutu-kutu ini juga boleh berada di kawasan  semua tubuh badan yang mempunyai  bulu contohnya ketiak dan bulu kening. 

Rawatan
  • Menggunakan bahan cucian seperti syampu yang mengandungi permethrin.
  • Cuci menggunakan syampu dan biarkan selama lima minit, bilas dengan bersih.
  • Boleh menggunakan cuka di bahagian kemaluan untuk mengeluarkan telur kutu.

  • Pesakit perlu mencuci pakaian dan peralatan tidur seperti selimut, cadar dan sebagainya menggunakan air panas.

  • Masukkan pakaian dan barang keperluan yang tidak boleh dibasuh ke dalam beg plastik.
  • Ikat dan biarkan selama seminggu untuk mematikan kutu tersebut. Jangan dibuang pula ke tong sampah.

Langkah pencegahan
  • Paling penting adalah dengan menjaga kebersihan diri dan tempat tidur. Sekiranya berkongsi bilik dengan orang yang kurang bersih maka anda harus menjaga barang peribadi agar tidak dijangkiti kutu.
  • Kebersihan bilik air juga menjadi keutamaan dan yang paling penting adalah menjaga diri dari melakukan hubungan intim dengan pasangan yang dijangkiti.
  • Pesakit yang mendapat jangkitan kutu melalui hubungan seksual  hendaklah menjalani ujian terlebih dahulu.

 sumber : Mingguan Wanita

Rahsia Menang Di Ranjang




 
Meskipun anda dikatakan hebat dikalanya diranjang, adakalanya lelaki terlupa beberapa perkara yang boleh membantunya untuk sentiasa menang dalam perjuangan. Oleh itu disini ada beberapa tips sebagai panduan untuk insan bergelar lelaki. Selamat membaca!!!
Mengatur tempat
Mengatur dan menyediakan tempat yang selesa untuk hubungan intim bukanlah sesuatu yang sukar. Malah ia akan memudahkan proses bercumbu dan merayu pasangan tatkala memulakan hubungan seks.
Keselesaan isteri akan memudahkan tugas suami, oleh itu rapikanlah tempat tidur pasang lampu malam, muzik yang lembut untuk menyenangkan hatinya dan mencipta suasana romantik.
Pemanasan
Pemanasan atau foreplay merupakan bahagian penting sebuah hubungan intim. Ia adalah perkara yang merangsang nafsu seks wanita. Namun begitu ramai lelaki menganggap foreplay hanya perkara membuang masa dan seterusnya tergesa-gesa melakukan hubungan intim. Bagi wanita inilah sebenarnya bahagian yang paling disenangi dan ingin dinikmatinya.

Tahan keinginan
Belajar menahan keinginan di tempat tidur akan membuat pasangan anda semakin terangsang. Wanita seperti yang diketahui memerlukan masa yang lama untuk berghairah, oleh itu janganlah mementingkan diri.
Puaskanlah terebih dahulu keinginan isteri sebelum mengakhiri hubungan intim. Jangan biarkan isteri terbaring dalam keadaan kecewa kerana gelora nafsunya tidak dipenuhi. Percayalah pekara inilah yang membuatkan isteri lebih menyayangi pasangan.
Fahami Bahasa tubuh
Wanita sememangnya jarang unntuk meluahkan kemahuannya tentang apa yang diiginkan di tempt tidur. Bagaimanapun ia sebenarnya boleh dibawa dengan petunjuk bahasa tubuh.

Perhatikan gerakan-gerakan tubuh isteri yang sebenarnya mungkin ingin memberitahu sesuatu kepada anda secara verbal. Perhatikan bagaimana pasangan anda memberi reaksi terhadap sentuhan. Jika anda melihat tubuhnya tegang ketika disentuh, ubahlah cara sentuhan sehingga isteri berasa nyaman dan senang. Sebaliknya jika ia masih belum memberi kesan, inilah waktunya untuk meningkatkan volume sentuhan.

Jangan melakukan gaya yang keterlaluan
Ada lelaki yang mempunyai fantasi yang tinggi danselalu ingin mencuba gaya baru di tempat tidur. Pastikan kesediaan isteri dahulu sebelum merancang membuat gaya yang baru, jangan melakukan kesilapan.
Ada pasangan yang tidak dapat menerima aksi-aksi baru terutama yang keterlaluan. Sekiranya anda mahu mencuba aksi-aksi baru, perkenalkanlah posisi dan fantasi anda secara perlahan lahan kepadanya.
Pujuk dengan cara yang betul iaitu dengan lembut dan mesra sehinggalah mendapat persetujuan. Tetapi perhatikanlah juga reaksinya, kerana mungkin pasangan anda tidak menyukainya.
Jangan abaikan pasangan
Semua wanita akan rasa kecewa bila pasangan mengabaikan dirinya ketika di tempat tidur. Selalunya ia berlaku apabila suami telah mencapai ejakulasi . Sungguhpun kepenatan namun janganlah mengabaikan isteri setelah anda menikmati kepuasan.
Perlakukan pasangan seperti sedang bercumbu , peluk dan cium dan genggamlah tangannya. Seharusnya inilah masanya suami menunjukkan rasa cinta dengan menyenangkan isteri walaupun sudah merasai kepuasan.
Bahagian sensitif
Lelaki memang lebih tertarik untuk terus memusatkan perhatian ke alat kelamin wanita ketika hubungan seks, sehingga melupakan bahagian-bahagian tubuh wanita yang dipenuhi dengan deria sensitif.
Sebolehnya ketika bersama isteri, cium bahagian bahagian yang sensitif seperti bahagian belakang, leher dan dadanya. Usaplah punggung dan kakinya. Lakukan dengan lembut kerana wanita akan merasakan kesan yang luar biasa setiap kali suami melakukannya.


 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Ilmu Batin Hebat - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger