4 Tanda Si Dia Mahukan Nafkah

 

Wanita ada kalanya mudah membiarkan perasaan malu menyelubungi diri saat berhajat untuk melakukan hubungan seksual. Ada kalanya hati mahu namun mulut pula berat sekali untuk berkata. Oleh itu, lelaki jangan ambil ringan akan situasi ini. Amati tanda-tanda ini agar anda berdua tidak terlepas.
1. Melihat Anda Penuh Ghairah
Sudah pasti anda akan dapat mengenal pasti jika si dia melihat anda penuh ghairah. Baca bola matanya. Jika matanya memandang halus diselang-selikan dengan pandangan sinis, ini menandakan dia sudah bersedia merelakan dirinya kepada anda. Ambil kesempatan ini dan teruskan tindakan.
2. Aura Si Dia
Mungkin ia agak sukar dilihat dari mata kasar tetapi jika anda berdua sudah biasa hidup bersama, pasti anda akan merasakan satu aura hangat yang lahir dari segenap tubuhnya. Dia juga mungkin akan mula merapatkan tubuhnya kepada anda.
3. Si Dia Yang Mulakan
Jika si dia sudah mula mengusap, membelai dan mencium perincian tubuh badan anda, apa lagi yang anda tunggu? Jangan pula anda buat-buat bodoh dengan niat untuk mempermainkan, nanti anda juga yang rugi.
4. Bangkitkan Topik Berahi
Ketika anda sedang berbual-bual, mahupun sedang menonton filem romantik. Tanpa semena-mena si dia mula bangkitkan isu atau topik yang memberahikan. Contohnya, memuji natural lakonan aksi ciuman di kaca televisyen. Itu petanda yang dia sememangnya inginkan momen seks bersama anda.
Sumber :  Maskulin

Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Ilmu Batin Hebat - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger