1. Bangun awal dari bini
Tak biasa pun, kena cuba juga. Kalau payah bangun, beli jam! Haaa...
suami kena bangun lebih awal sebelum isteri bangun dari tidur selama
tempoh berpantang. Sediakanlah air mandian untuk isteri anda. Rebuskan
daun-daun kayu untuk air mandian si isteri. Biasanya seminggu pertama,
digalakkan mandi air rebusan daun ini untuk kembalikan kesegaran badan.
Kalau susah nak jumpa daun-daun ubat untuk mandian, cukuplah sekadar
menyediakan air suam untuk mandian isteri (bagi yang tak mempunyai water
heater).
2. Sarapan mudah
Sediakan sarapan untuk isteri seawal mungkin. Sebaiknya lepas solat
Subuh, sediakanlah sarapan untuk isteri anda… Kalau boleh, tidak perlu
sambung tidur semula… Kalau tak dapat sediakan sarapan yang agak berat,
memadai segelas milo dan roti bakar..Pasti isteri anda rasa amat
dihargai.
3. Takut pun, kena mandikan bayi
Cubalah belajar untuk mandikan anak sendiri walaupun kepala masih
lembut. Kalau tak begitu nak mahir mandikan bayi, sekurang-kurangnya
bantulah isteri, ibu atau mentua sediakan air mandian. Bayi biasanya
dimandikan dengan air suam untuk elakkan hypothermia. Pada peringkat
awal, kawalan suhu badan bayi masih lemah.
4. Cuba uruskan anak yang lain
Kalau anak dah ramai, pastikan segala urusan anak-anak itu diuruskan.
Janganlah semua nak harapkan isteri yang baru lepas bersalin untuk
menjaga anak-anak yang lain. Biarkan si isteri berehat sepenuhnya dengan
bayi yang baru dilahirkan. Urusan-urusan yang dimaksudkan merangkumi
makan-minum, mandi, pakaian sehinggalah menidurkan anak.
5. Sediakan air pun penting
Sediakan keperluan-keperluan yang sering dianggap remeh, berhampiran
isteri seperti sebotol air minuman berserta gelas, tuala, bakul baju
kotor, majalah dan buku kegemaran (untuk mengelakkan boring).
6. Ada di sisi bukan asyik melepak
Mungkin bini jenis berdikari tapi cukuplah anda berada di sisinya untuk
menghulurkan bantuan apa-apa yang perlu. Jangan sampai isteri terpaksa
menjerit-jerit memanggil untuk minta bantuan sedangkan si suami tertidur
di depan televisyen selepas menonton astro.
7. Bersihkan mana yang patut
Pastikan persekitaran isteri dan bayi sentiasa bersih dan kemas. Bantu
isteri mengumpulkan pakaian kotor dan basuhlah pakaian-pakaian itu.
Tidak susah sekiranya anda menggunakan mesin basuh. Jangan harapkan
isteri untuk bangun berjalan untuk membasuh dan menyidai pakaian. Dalam
tempoh berpantang, yakinkan isteri tugasan membasuh, jemur dan angkat
pakaian boleh dilakukan anda.
8. Motivasi tanpa bayaran
Sungguhpun anda letih, janganlah ditunjukkan depan isteri. Isteri
perlukan semangat untuk pulih dari kesan-kesan melahirkan. Jika suami
tiada semangat, sentiasa lesu dan lemah, isteri akan rasa sedih dan
mungkin menggalakkan dia jadi lebih murung. Elok anda cuba maniskan
wajah walau kadang tak mampu nak buat.
9. Ikhlaskan hati, jangan ungkit
Jika sebelum ini isteri menghabiskan lebih 365 hari dalam setahun
menjaga makan minum, pakaian anda dan anak2 lain, apalah salahnya
memanjakan dia hanya untuk tempoh 40 hari berpantang. Inilah masanya
anda buktikan cinta dan kasih sayang anda padanya. Isteri itu kan amanah
untuk suami.
Sumber
Catat Ulasan