MALAM
pertama adalah satu cabaran jika pasangan berkenaan tidak berpengalaman
‘bermain cinta’. Jika pasangan wanita selama ini menyimpan kesuciannya untuk
jejaka idaman, pasti malam pertama memberi makna kepadanya apabila dapat memberi
anugerah yang sangat bernilai itu kepada pasangannya dan mereka mengecapi
gelora malam berkenaan.
Namun,
perlu diingatkan kepada wanita supaya tidak perlu takut atau ‘seriau’ dengan
‘pelayaran’ malam pertama kerana ia akan memberi tekanan kepada dirinya dan
juga pasangan. Sebaik-baiknya, mereka melayani dengan mengikut jejak langkah
dan memberi kerjasama kepada pasangan supaya sentuhan malam pertama berjalan
lancar.
Seseorang
wanita juga perlu bersabar jika tidak disentuh pada malam pertama kerana
mungkin pasangan mereka masih dalam peringkat menyesuaikan diri atau terasa
letih dan lesu selepas proses perkahwinan. Jika
keadaan mengizinkan, hubungan keintiman seksual dilakukan dan sentuhan malam
pertama akan berlaku, tetapi pasangan wanita perlu tahu fungsinya apabila
pasangan mereka mendekati dan mula menyentuh tubuh sambil melucutkan pakaiannya
sehelai demi sehelai.
Dia boleh
membantu pasangannya bersedia dengan menyentuh mengikut keselesaan pasangannya.
Menyentuh anggota sulit pasangan ketika itu mungkin mengakibatkan pasangan
hilang kawalan syahwat dan boleh menyebabkannya terpancut.
Apabila
sentuhan intim berjalan hingga ke peringkat pasangan lelaki hendak mendekatkan
ereksinya ke paras anggota sulit, pasangan wanita perlu melegakan pahanya bagi memudahkan
proses berkenaan.
Paling
penting ketika malam pertama ialah pasangan wanita perlu melegakan kemut bagi
membolehkan ereksi lelaki dapat terlepas daripada ‘penahan’ iaitu selaput dara
yang mengelilingi pembukaan faraj.
Jika
terasa kesat untuk permulaan, geselan boleh dilakukan secara lembut dan
sentuhan tubuh badan dilakukan serentak supaya rangsangan berlaku dan mukosa
faraj menjadi lebih lembap serta memudahkan pergerakan zakar ke dalam faraj.
Andainya
masih juga kesat, tidak salah untuk pasangan berkenaan menggunakan jeli bagi
memudahkan lagi kemasukan zakar ke dalam faraj kerana apabila sudah ‘mengenali’
sentuhan pertama itu, mereka akan rasa yakin dan tidak teragak-agak
mengulanginya mengikut kehendak dan cita rasa mereka.
Bagaimanapun,
perlu diingatkan bahawa masalah boleh berlaku. Pasangan lelaki boleh terasa
tertekan atau cemas kerana memikirkan tanggungjawab yang hendak dilakukannya,
iaitu hubungan penetratif.
Jika
berasa seriau, pasangan lelaki akan mudah hilang kawalan dan perasaan rangsangan
menyebabkan ereksi yang membina itu terus kendur, sekali gus dia gagal
melakukan tanggungjawab malam pertama kepada pasangannya.
Keadaan
ini dikenali sebagai ‘mati pucuk malam pertama’. Perkara sama boleh berlaku
kepada pasangan wanita. Jika seriau, dia tidak dapat mengawal pembukaan faraj
dan ketika pasangan ingin menyalurkan ereksi, farajnya akan mencengkam tanpa
kawalan yang dikenali ‘vaginismus’.
Sumber
Catat Ulasan