Featured Post Today
print this page
Latest Post

Tip Ajak Isteri Buat Seks

 

Ada suami sangat sukar untuk mengajak isteri mereka mengadakan persetubuhan. Jika anda salah seorang yang mengalami masalah ini, anda jangan risau kerana ada jalan penyelesaiannya.

Caranya ialah menggoda isteri secara seksual. Manusia memang dilahirkan bernafsu dan sudah pasti anda boleh menggoda isteri anda. Berikut ada 3 cara untuk anda ajak isteri anda buat persetubuhan.

1- Tenangkan isteri anda.
Isteri anda perlu berada dalam keadaan tenang untuk dia terangsang untuk melakukan hubungan seks. Jika fikirannya runsing dan tidak tenang, nafsunya susah untuk bangkit. Anda tenangkan fikiran anda dengan cuba menyelesaikan masalah dia. Lakukan kerja membersih rumah supaya dia rasa kurang bebanan. Apabila fikirannya tenang, mood lakukan seks pasti akan datang pada isteri anda.

2- Menggoda isteri anda melalui sentuhan dan ciuman.
Apabila ada kesempatan anda cium dan peluk isteri anda. Apabila berjalan keluar anda pegang tangan isteri anda. Apabila anda selalu sentuh dan cium isteri anda, dia akan tertarik  secara seksual sepenuhnya kepada anda.

3- Jadi suami yang baik.
Tak payah untuk bersikap romantik. Anda cuma perlu jadi suami sebenar iaitu melindungi isteri anda, membimbing isteri anda, memberi segala keperluan dan bermacam-macam lagi tindakan yang sepatutnya anda lakukan.

Amat pelikkan 3 cara diatas? Ini adalah cara tidak langsung untuk mengajak isteri melakukan persetubuhan. Sebab itu ia tidak melibatkan perbuatan seks seperti terus mengajak ke katil dan sebagainya.



 

Sumber : lambatpancut.com
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Ilmu Batin Hebat - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger