NIKMATI HUBUNGAN SEKS – Hubungan seks seharusnya
dilakukan dengan penuh perasaan kasih sayang. Nikmati hubungan tersebut
dengan melakukan secara perlahan dan tidak terlalu gelojoh atau terlalu
pantas. Hubungan seks yang terlalu pantas hanya akan menyebabkan klimaks
yang terlalu awal.
TENANG - Tidak perlu tergesa – gesa atau berperasaan
kelam kabut ketika melakukan hubungan seks. Jika anda tergesa – gesa
pasti akan datang inzal dengan cepat. Buang segala tekanan dan lakukan
hubungan dengan perasaan tenang. Jangan tertekan, sebaliknya berikan
yang terbaik ketika melakukan hubungan seks.
KAWAL PERNAFASAN - Jangan bernafas terlalu laju.
Sebaliknya bernafas secara relaks dan secara tidak langsung anda akan
lebih tenang ketika melakukan hubungan seks. Jangan biarkan nafsu
mengawal nafas anda. Kawal pernafasan secara sedar. Ketika mendayung,
bernafas sekata dengan dayungan supaya gerakan anda lebih padu dan
bertenaga. Jika nafas anda kelam kabut, anda pasti akan rasa tertekan
dan akan alami pancutan atau ejakulasi pramatang.
BERSENAM – Lelaki yang bertubuh kurus atau mereka yang
kurang mempunyai lemak badan lebih tahan lama ketika bersetubuh. Bagi
yang bertubuh gempal, amalkan senaman dan kerap berjalan supaya badan
akan menjadi lebih sihat. Seterusnya meningkatkan daya tahan ketika
bersetubuh.
REHAT 30 SAAT – Ketika saat puncak, keluarkan zakar
dari alat sulit pasangan selama 30 saat sambil menikmati tubuh badan
isteri dan seterusnya mulakan kembali. Proses ini akan memanjangkan lagi
daya tahan seks.
GUNAKAN KONDOM – Penggunaan kondom bukan sahaja
menjadikan seks lebih sihat malah dapat mengatasi pancutan awal. Kondom
berkesan mengurangkan sensitiviti terhadap kepala zakar lantas
menyebabkan hubungan seksual tahan lebih lama.
LUPAKAN MASALAH - Bagi mendapatkan hubungan yang lebih
seronok dan tahan lama, elakkan daripada memikir sebarang masalah
ketika mengadakan hubungan seks. Ini kerana ia akan mengganggu
konsentrasi ketika hubungan seks lantas menyebabkan pancutan awal.
*FOKUS KEPUASAN BERSAMA – Lelaki yang inginkan
hubungan intim tahan lama seharusnya fokus terhadap kepuasan diri dan
pasangan dengan cara lebih menikmati tubuh badannya. Elakkan dari hanya
memikirkan kepuasan diri sahaja kerana ia akan memaksa diri untuk cepat
klimaks.
Sumber : Maskulin
Catat Ulasan