Featured Post Today
print this page
Latest Post

Kewajipan Bersetubuh Suami Isteri



Agama Islam telah menetapkan kewajipan suami iaitu memberi nafkah lahir dan batin kepada isterinya. Kewajipan nafkah lahir itu umpamanya memberinya makan, minum, pakaian, perhiasan dan sebagainya. Sedang nafkah batin adalah mengisi dan memuaskan keperluan seksual isteri.
Bagi suami yang mempunyai isteri lebih dari satu maka berkewajipan menggilir isterinya itu menurut kesepakatan mereka bersama. Dan kesempatan itu tidak boleh diingkari. Dengan ketentuan seperti itu menunjukkan bahawa suami mempunyai kewajipan memenuhi hajat seksual isterinya.

Begitu juga sebaliknya, seorang isteri pun mempunyai kewajipan melayani hajat seksual suaminya. Isteri tidak boleh menolak bila pada suatu saat ia diperlukan suaminya untuk berhubungan kelamin. Dan ini memang tugas bagi setiap isteri, sebagai imbalan jerih payah suami yang telah dengan sukarelanya memenuhi kewajipan yang dibebankan kepadanya dalam perkahwinan.
Dengan adanya kewajipan yang timbal balik antara suami isteri maka dapatlah di penuhi kewajipan seksual masig-masing dengan bersetubuh. Dengan demikian tidak akan terjadi kesimpang siuran di dalam memenuhi hajat mereka berdua. Seperti halnya pada suatu waktu suami mengajak isterinya bersetubuh. Akan tetapi ajakannya itu ternyata ditolak.
Demikian pula ada kalanya seorang isteri mengajak suaminya berhubungan kelamin, tetapi ajakan itu ditolaknya. Kalau hal ini berterusan, pasti terjadi kekecewaan dari pihak isteri.
Mengapa sampai terjadi hal seperti itu? Ada dua penyebabnya yang tidak difahami oleh suami isteri iaitu:
a) Kerana suami atau isteri tidak mengetahui tanda-tanda bila biasanya masa berahi keduanya datang. Suami tidak mengetahui tanda dan masa berahi isterinya. Demikian pula isteri tidak mengetahui tanda dan masa berahi suaminya.
b) Suami atau isteri tidak mengetahui kemampuan bersetubuh dari ‘partner’nya masing-masing. Suami tidak mengetahui kemampuan bersetubuh isterinya. Begitu juga isteri tidak mengetahui kemampuan bersetubuh suaminya.
Apabila kedua penyebab itu dapat diketahui oleh kedua belah pihak, maka tidak akan terjadi kesalahfahaman antara keduanya; kerana tidak ada unsur paksaan atau perasaan terpaksa di dalam setiap hubungan seks. Kedua unsur itu dapat menjadi hambatan dalam mencapai keharmonian dalam rumah tangga.
Berapa kalikah suami mampu mengadakan hubungan seks dalam seminggu atau sebulan? Tidak ada jawapan yang tepat mengenai soal ini. Semua orang yang tergolong ahli dalam bidang seksual tidak ada yang menyimpulkan secara tepat. Sesungguhnya bilangan yang normal tidak ada, semuanya berbeza-beza antara satu dengan yang lain. Ada orang yang melakukan hubungan seks sekali pada setiap malam. Ada yang melakukannya dua hari sekali, ada yang setiap tiga hari sekali, ada yang melakukannya sekali dalam seminggu, bahkan ada yang melakukannya 3-4 kali dalam sebulan.
Tegasnya tidak ada bilangan yang tetap dalam hal ini kerana kemampuan seksual tidak boleh diukur dari wujud fizik, umpamanya ukuran zakar. Akan tetapi bergantung dari kemampuannya memprodusi air mani, kesihatan badan, makanan yang cukup vitamin, cukup istirehat, perasaan selalu gembira, pengaruh ransgsanga-rangsangan yang erotis dan sebagainya. Kesemua itu dapat mempengaruhi kemampuan bersetubuh seseorang.
Begitu juga kemampuan seksual menjadi menurun bila terjadi gangguan penyakit, dalam keadaan lapar, bekerja berat, dalam penderitaan, ketegangan-ketegangan perasaan dan lain sebagainya. Oleh sebab itu tidak ada ketentuan waktu yang boleh digunakan sebagai jadual bersetubuh.
Agama Islam membenarkan kahwin dengan empat orang wanita. Ketentuan itu tentu erat sekali hubungannya dengan kemampuan seksual seseorang. Kerana empat orang wanita yang dikahwininya itu tentu menuntut nafkah batin kepada suaminya. Dengan demikian, ia wajib menggilir isterinya itu selama empat hari dalam seminggu. Jadi melihat peraturan Islam yang demikian, kemungkinan besar secara alamiah rata-rata manusia itu mempunyai kekuatan atau kemampuan senggama empat kali dalam seminggu.
Mengenai bila datangnya masa berahi wanita, pengetahuan ini memang perlu diketahui oleh setiap wanita sebab mengajak isterinya bersetubuh di saat-saat ia tidak ada ghairah seksual, hasilnya tentu tidak memuaskan kerana hubungan seks yang dilakukan keduanya atas dasar suka sama suka dan saling hajat-menghajatkan. Ertinya di dalam batin isterinya tidak ada kehendak untuk menolak. Di sinilah perlunya seorang suami yang dapat mengetahui masa berahi isterinya.
Menurut Marshall dalam Physiology of Reproduction, dia menulis “Masa bangkitnya nafsu berahi wanita pada umumnya sehabis menstruasi (haid)”. Sedang menurut Ellis adalah kebalikannya iaitu sebelum datangnya masa haid, hanya kadang-kadang saja nafsunya memuncak sehabis haid.
Pada tahun 1918 Marie Stopes dalam bukunya yang popular Married Love mengatakan bahawa rata-rata nafsu seks wanita menjadi naik dan mencapai puncaknya dua kali dalam sebulan. Iaitu satu kali dalam dua minggu, sedang pada waktu haid nafsu itu turun serendah-rendahnya. Dari ketentuan-ketentuan yang diberikan oleh Marie Stopes itu, maka pada tahun 1919 Dr Havelok Ellis membuat kesimpulan sebagai berikut:
i.Pada wanita memang ada gelombang syahwat yang teratur, yang sejalan dengan gelombang haid.
ii.Ada dua puncaknya yang tertinggi pada gelombang itu.
Dari berbagai pendapat di atas itu, kiranya ada satu pendapat yang agaknya bersesuaian dengan firmah Allah di dalam Al-Quran yang bermaksud:
“Maka apabila mereka telah suci (dari haid) maka datangilah mereka dengan cara yang diperintahkan Allah kepada kalian”.
(Al-Quran, Surah Al Baqarah Ayat 222)

Perintah mendatangi isteri sehabis masa haid di dalam ayat itu, dapat diambil suatu kefahaman bahawa pada saat-saat habis haid itulah nafsu seks wanita naik memuncak. Sehingga perlulah Allah memberi peringatan kepada para suami dengan bahasa yang halus untuk menggauli isterinya.
Dan dari kefahaman itu dapat pula ditarik suatu kesimpulan bahawa puncak kepuasan dalam bersetubuh dapat dicapai berkat adanya keserasian kehendak dan bererti pula persetubuhan itu didasari oleh perasaan suka sama suka.
Kebolehan suami dalam menentukan masa berahi isterinya dan kesedaran dalam mengukur kemampuan suaminya merupakan kunci kejayaan bersama dalam mencapai kepuasan seksual. Sehubungan dengan itu selain pengetahuan yang telah diterangkan mengenai masa datangnya berahi wanita yang kebanyakannya jatuh pada hari-hari menjelang dan sesudah haid, ada kalanya seorang isteri mempunyai tabiat yang berbeza.
Suami yang bijak hendaklah, memperhatikan tanda-tanda dari kelakuan isterinya yang dapat diertikan sebagai ajakan untuk bermain seks sebab mengajak secara terus terang untuk bermain seks bagi seorang wanita bertentangan dengan sifat wanita kerana jiwanya yang banyak diliputi oleh rasa malu.
Begitu pula kesedaran seorang isteri dalam mengukur kemampuan seks suaminya agak penting juga. Isteri hendaklah memperhatikan tabiat suaminya di dalam setiap hubungan seks. Umpamanya beberapa kali kekuatannya di dalam setiap persetubuhan, atau beberapa kali keinginan seksual dalam seminggu dan lain sebagainya yang patutnya dijadikan catitan.
Di samping itu seorang isteri patut mengetahui pekerjaan suami pada hari itu kiranya mempunyai pekerjaan berat, tentu pada malam harinya tidak dapat mengajak berhubungan kelamin dengannya. Kerana pekerjaan berat mempengaruhi pula daya kemampuan seks seseorang. Jadi seorang isteri dapat menunda persetubuhan pada hari lain.
Membina kehidupan seksual yang sihat antara suami isteri, maka dikehendaki sikap toleransi dan saling memberi kebahagiaan merupakan kunci bagi bahagianya perkahwinan. Biasanya usaha menuju ke arah itu tidak mendapat kesulitan apabila suami isteri itu pandai menyesuaikan dan mengatur frekuensi hubungan seks antara mereka berdua secara teratur. 

4 Sebab Kelentit Wanita Tidak Terangsang

Tahukah anda biji kelentit wanita terlalu mudah terangsang hanya dengan sentuhan sahaja. Tetapi ada sesetengah wanita kelentit mereka ada yang yang tidak terangsang ketika disentuh oleh pasangan. Apakah sebab-sebab perkara ini berlaku. Mungkinkah sudah tidak berselera dengan seks?



Antara punca-punca kelentit wanita tidak terangsang ketika disentuh adalah :

1- Stress. Wanita yang stress susah untuk dirangsang dan diajak melakukan persetubuhan kerana fikiran mereka terlalu terterkan dengan masalah yang dialami. Wanita yang stress akan sentiasa berfikir mengenai masalah yang melanda dirinya tanpa mempedulikan perkara lain. walaupun ketika itu dia disetubuhi dan dirangsang dengan begitu hebat sekali.

2- Trauma dengan hubungan seks. Wanita yang trauma dengan hubungan seks tidaka akan terangsang bila kelentitnya dirangsang. Dengan kata mudah "mati rasa". Jika perkara ini berlaku kepada anda sila atasi sekarang, Bila trauma sudah hilang nafsu seks anda akan datang kembali seperti biasa.

3- Tidak bernafsu. Wanita yang sudah tidak bernafsu terhadap hubungan seks sukar untuk dirangsang.

4- Masalah kesihatan - rembesan hormon dan aliran darah. Rembesan hormon yang kurang akan menyebabkan kelentit tidak mampu memberi reaksi apabila ia dirangsang. Sama juga seperti lelaki dimana jika rembesan hormon tidak cukup, zakar tidak mampu menegang dengan keras walaupun nafsunya sedang membara.



Kepentingan Membelai dan Mengusap Senjata Sulit

Seorang lelaki pernah memberitahu saya bahawa buah zakar dan alat kelaminnya kerap termasuk ke dalam kulit sejak beberapa bulan lalu. Dia juga berkata, kedua-dua buah zakarnya kecut dan zakarnya mengecil.

Dia tidak gemuk dan perkara ini tidak pernah berlaku ketika zaman muda. Dia juga ada seorang anak berumur sembilan tahun.



Apabila saya tanya kenapa hanya seorang, dia menjelaskan sudah berpisah dengan pasangannya enam tahun lalu dan kini masih menduda. Sejak itu, dia tidak melakukan onani, malah tidak mengalami mimpi basah. Berdasarkan semua jawapan itu, saya merumuskan zakarnya menjadi kecil dan kecut kerana tidak digunakan lagi.

Saya teringat cerita beberapa sahabat yang bertanya Imam Al-Nawawi kenapa anggota kelamin mereka kecut dan tidak bermaya apabila kembali daripada pengembaraan selepas berniaga dan pulang ke pangkuan isteri.

Imam Al-Nawawi menyatakan, jika lama tidak digunakan, anggota itu akan menjadi ‘tak berguna’. Dia juga menjelaskan cara mencergaskan kembali anggota itu dengan membelai dan mengusap dengan niat menyegarkannya semula.

Mungkin agaknya cara mengurut dan mengusap anggota kelamin menjadi amalan sebilangan lelaki kita untuk mengekalkan keaktifan anggota kelamin.

Namun, cara ini tidak berguna jika anggota kelamin lelaki tidak berfungsi akibat penyakit atau masalah kesihatan.

Mereka perlu berjumpa doktor untuk menyelesaikan masalah mati pucuk, bukan mencuba ubat daripada pasaran gelap atau mendapat rawatan daripada mereka yang tidak bertauliah.

Memandangkan hubungan seksual satu aktiviti lasak, ia memerlukan tenaga fizikal yang mantap. Jika lemah atau letih, sukar untuk memulakan atau meneruskannya. Pencapaian ereksi pula memerlukan perjalanan darah yang lancar dalam otot zakar dan kekuatan otot benteng zakar untuk mengekalkan ketegangan zakar.

Jika darah tidak lancar, ereksi gagal dan jika otot benteng zakar tidak kukuh, ereksi tidak kekal. Pendek kata, untuk menjayakan hubungan kelamin, badan perlu sihat dan anggota kelamin perlu berfungsi dengan sempurna.

Semua ini boleh tergugat apabila kesihatan tergugat. Cara bijak untuk mengekalkan tahap kesihatan cemerlang ialah dengan mengamalkan gaya hidup sihat.

Amalkan pemakanan seimbang, jaga berat badan, hindari rokok dan minuman keras serta urus tekanan dengan baik. Sememangnya semua yang disarankan itu nampak senang tapi ternyata secara rambang, sangat sukar melakukannya. Anda boleh bayangkan keadaan lelaki muda yang sepatutnya mempunyai daya kemampuan syahwat yang mantap, tetapi sebaliknya pula berlaku.


Kegemukan atau obesiti, tidak melakukan senaman berkala, tidak banyak bergerak tapi banyak duduk, merokok, minum minuman keras, penggunaan dadah, banyak aktiviti malam, tekanan, masalah kesihatan seperti peningkatan kolesterol dan penyakit kronik (tekanan darah tinggi atau penyakit kencing manis sewaktu umur muda) menggugat fungsi seksual dan mengakibatkan masalah seksual.

Jika mahu jauhkan diri daripada masalah seksual seperti mati pucuk, masalah cepat klimaks yang menandakan kelemahan syahwat dan mengekalkan kesihatan seksual pada tahap terbaik, lakukan apa saya syorkan.

Jika keadaan masih sama, itu bermakna masalah terbabit perlukan sokongan rawatan dan rawatan itu perlu daripada doktor, bukan dengan membeli ubat atau produk daripada Internet atau kawan.


Jumpa doktor dan jalani pemeriksaan serta dapatkan bimbingan dan perawatan berkualiti dan selamat. Lelaki tidak boleh malu untuk mendapatkan rawatan bagi menyelesaikan masalah seksualnya. Masalah seksual adalah penyakit dan ia perlu dirawat oleh doktor.

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Ilmu Batin Hebat - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger